Selasa, 14 April 2009

Persediaan ke Pulau PangkoQ..



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah sekali lagi saya masih diberi peluang untuk hidup dan memperbaiki diri..

Pada malam ini INsya Allah rombongan kedua bagi kem bina insan guru II akan bertolak..

Rasa ketaq jugak sebab lama tak join aktiviti fizikal2 nih... .

Kepada Allah saya serahkan segala urusan agar semuanya berjalan dengan lancaq..

Saya berpegang bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya..

Insya Allah saya boleh snorkelling, kayak, night camp, abseling, Eksplorasi pulau dan memasak...

Sahabat-sahabat yang lain pun mesti boleh..!

Tawakkal.....................





















Ahad, 12 April 2009

celaru..


Assalamualaikumwarahmatullah.. luahan demi luahan....

Di hari yang indah dan permai ini, bersyukur kepadaNya dapat aku bertemu kembali dengan keluarga di kampung.. Diri ini penuh dengan dosa dan noda. Fikiran bercelaru seketika. Kadang-kadang kemarahan datang meledak pabila kemarahan itu dibangkitkan. Aku tahu, aku perlu pandai mengawalnya. Kehidupan yang penuh dengan urusan dan perkara yang ingin diselesaikan tidak patut untuk ku jadikan alasan..

Di mulut seringkali mengingatkan bahawa dosa-dosa ini semakin menebal di hati. Ibadat yang tidak mantap membuatkan diriku sudah semakin jauh daripada ketenangan hakiki. Keresahan dan kemelut merentap jiwa yang hitam ini. Aku jadi sedih dan terus sedih. Persekitaran yang semakin tandus dengan unsur kerohanian membuatkan ku semakin ingin menangis.

Masa semakin pantas berlalu, aku semakin celaru dengan diri.. semakin sesak di kepala memikirkan diri. Namun aku masih membiarkan nafsu menguasai diri. Mengharap teman-teman yang dapat mengingatkanku kepada jalan kebenaran, bersama-sama berdakwah dan bermuahasabah. Masih keliru memilih teman, diri sendiri harus kuat. Jangan diikut nafsu dan ikut sama mengeji, mengumpat dalam menilai seseorang. Siapalah kita untuk menilai orang lebih-lebih. Mungkin orang yang diumpat itu lebih baik daripada kita. Diri sendiri masih punya sejuta dosa, mengapa sibuh menjarah orang.

Dan untukmu teman.. kenapa suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang.. kerana perbuatanmu membuatkan ada satu halangan yang menyebabkan aku tidak mampu berkawan rapat denganmu..

Luahan ini sudah semakin bercelaru.. aku juga semakin buntu.. peperiksaan yang baru saja habis masih lagi membelanggu fikiran.. Apakah aku hidup untuk dunia. Pastinya bukan.. Kesibukan dunia yang melampau juga bukan sebab untukku mengelak diri daripada beramal. Diri sendiri yang tidak pandai mengurus masa..

Masih dalam perjalanan mencari jalan pulang.......

Isnin, 6 April 2009

Buat Pendidik: Pembelajaran Masteri..

"Mastery learning proposes that all children can learn when provided with the appropriate learning conditions in the classroom".

..90% of students can learn what is normally thaught in schools at an A level if they are given enough time and appropriate instruction..


Berdasarkan kepada kenyataan di atas, pembelajaran masteri percaya bahawa setiap orang boleh berjaya jika pelajar diberikan masa dan guru menggunakan kaedah mengajar yang sesuai. Pembelajaran ini sudah diperkenalkan oleh Bloom sejak tahun 60 an lagi.

Bagaimana cara pembelajaran masteri nih..?Asas-asas perancangan pembelajaran masteri nih adalah seperti berikut:-

Susun konsep dan bahan pembelajaran ke dalam unit-unit kecil pembelajaran. Contohnya topik makanan halal dan haram menurut Islam. Kita bahagikan kepada pengertiannya, ayat tilawah yang berkaitan, hikmah dan seterusnya.Dalam pengajaran kita kena galakkan pembelajaran penemuan kepada mereka. Kita juga boleh modelkan perkara yang kita akan ajar.

;Pembelajaran masteri mengutamakan penilaian tahap prestasi pelajar. Di antara kriteria pengredannya ialah dengan berasaskan:
~Bilangan sebenar objektif dikuasai..
~Guru menyemak tahap pencapaian pelajar pada akhir setiap unit.
~Bilangan unit yang telah disempurnakan.

Antara bentuk pengredan yang dapat dilakukan adalah seperti aktiviti kuiz ka, projek ka, atau peperiksaan akhir.. Sebelum tu bolehla jugak kita menunjukkan dan berkongsi contoh-contoh kerja yang kita buat kepada pelajar-pelajar.

Jadi bila guru dapat melihat prestasi murid tersebut.. Guru perlu tahu mana pelajar yang telah berjaya menguasai dan yang mana perlu belajar dengan lebih baik lagi.

>>Bila kita nampak kesalahan dan kelemahan mereka, Kita kena segera memberi cadangan bagi mengatasi
masalah pembelajaran mereka sebelum kita buat percubaan yang kedua.. huhu.Kita kena bagi skema jawapan dekat pelajar. Kita juga kena sering bagi maklumbalas positif dan membina supaya mereka dapat menguasai pembelajaran dengan lebih baik lagi...Yang ni adalah point yang penting, Kadang-kadang kita jawab soalan ujian, lepas cikgu semak dan nilai xplak bagi balik dekat pelajar. Payah la pelajar nak tahu kat mana dia salah. Boleh jadik dia ulang balik kesalahan dia tuh.huhu.

;Pelajar mempelajari bahan yang perlu dikuasai. Pelajaran akan dilanjutkan hanya jika pelajar benar-benar dapat dikuasai oleh pelajar.

Masa untuk belajar pelajar perlu dilihat pada kesesuaian, kesesuaian dan tahap pelajar.

Gaya strategi pembelajaran yang dapat disesuaikan:~

*sTraTegi PemBeLajAran Aktif
*sTraTegi PembeLajaRan KonstuktiVis
*sTraTegi PemBeLaJaRaN kOoPeratif
*sTraTegi PemBeLaJaRaN auTentIk
*sTraTegi PemBeLaJaRaN refLektif


Sekian dulu untuk gAya PemBeLaJaraN maSteri.. PengaJaran Ini amat baGus sekali kerana ia percaya pelajar mampu berjaya jika kena pada masa dan cara pengajaran yang seSuai. Ingat yang paling penting daripada gaya pembelajaran masteri ialah setiap penilaian dibuat untuk mengetahui tahap penguasaan mereka agar dapat diperbaiki lagi tetapi bukan hendak menilai prestasi pelajar di antara yang lain..

~Subhanallah~Alhamdulillah~Allahuakbar~













PBL oh PBL..



Tahukah aNdA..?


Mari bersama-sama mengulangkaji tajuk konstruktivisma bersama saya sambil menambahkan pengetahuan..

What is Problem Based Learning?.. hmm.. Ini ialah satu konsep pendekatan pembelajaran berasaskan masalah.. di bawah tajuk pembelajaran berpusatkan pelajar ..

POint dia.. Apa yang saya faham arr.. cara pengajaran dia..

~Cikgu akan memberikan satu masalah yang realistik dengan masalah sebenar pelajar laa..
~Kemudian pelajar mencari jawapan.Tetapi jawapannya tidak semestinya mempunyai jawapan yang tertentu dan benar. Jawapan dia boleh pelbagai..
~Contohnya isu-isu sosial, peristiwa dan sebagainya..


sekian dahulu point2 penting untuk Problem Based Learning. Pastinya pengertian ini akan lebih menambahkan kefahaman kita untuk mendalami bidang pendidikan..

Apa yang perlu guru tahu...


Buat pendidik..

Guru harus melengkapkan tiga pengetahuan penting ini :-

::Pengetahuan kandungan::
Yakni bermakna guru tu kena
menguasai pelajaran yang akan diajar. Benda ni sudah pasti. Contohnya saya akan akan mengajar pendidikan Islam so kenalah menguasai subjek tu supaya apa yang diajarkan lebih berkesan dan berjaya. Jadi sebagai seorang guru kita kena menguasainya dengan secara lebih mendalam. Bukan terhad memahami dengan rujukan buku teks sahaja.

::Pengetahuan pedagogi::
Apa itu pedagogi? Pedagogi ni
adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Jadi guru kena memantapkan pengetahuan ini dalam cara menyampaikan isi pengajarannya.

::Pengetahuan Kurikulum::
Hahh..yang ni pun tak kurang pentingnya. Kena la tau kurikulum yang diajar.


~End dulu~

Ahad, 5 April 2009

Cabaran untuk diriku yang bakal bergelar guru pendidikan Islam


Alhamdulillah, sesungguhnya saya amat bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala di atas segala nikmat-nikmat yang telah dikurniakannya. Memang tidak mampu untuk ku hitung.. Saya juga berasa amat bersyukur kerana ditakdirkan untuk menjadi seorang pendidik. Bukannya apa.. bila saya sudah bergelar Ustazah sekurang-kurangnya dapat saya mengingati kembali ilmu-ilmu yang telah dipelajari pada zaman muda-muda sehingga sekarang ini. Menjadi seorang ustazah jugak membuatkan saya berusaha menjadi insan yang solehah kerana ingin anak-anak didik kita tidak melakukan perkara maksiat ataupun buruk yang kita tunjukkan sehingga menyebabkan tarbiyah kita kurang berhasil. Kalau tidak bergelar seorang ustazah, mungkin lebih kurang lagi usaha saya dalam mendidik diri sendiri. Jom tengok sat isi kandungan falsafah pendidikan di Malaysia..

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dari segi memberi sumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kalau dihayati pada falsafah pendidikan di Malaysia di atas begitu cantik sekali kerana ia mempunyai konsep bersepadu di antara intelek, rohani dan jasmani. Oleh itu, dari segi rohani guru pendidikan Islam adalah orang yang paling menonjol untuk memainkan peranan. Walaupun pada hakikatnya setiap orang Islam wajib berdakwah antara satu sama lain.

Menjadi seorang mukmin yang kuat adalah perkara penting yang perlu diusahakan oleh seorang guru pendidikan Islam. Menurut Imam Nawawi, mukmin yang kuat bermakna:

~keazaman tinggi dan bijaksana dalam urusan akhirat.

~terkehadapan dalam jihad.

~tinggi keazaman dalam menyuruh makruf dan mencegah mungkar .

~sanggup bersusah payah untuk menegakkan agama Allah S.W.T.

~cintakan Ibadat dan menjaganya.

Oh indahnya ciri-ciri seorang mukmin yang kuat...

Saya terkenang kembali kata-kata Dr. Halim dalam kuliah kaedah mengajar.

"Saya nak ingatkan, mengajar pendidikan Islam tak sama dengan subjek lain"

Memang betoi Dr. Halim sebab ustaz dan ustazah ni bukan setakat nak bagi lecture atau bahan pengajaran seperti subjek lain tetapi kita juga berperanan menjadi pengganti ibu dan ayah mereka, pendakwah kepada umat Islam serta mentarbiyah mereka.

Sebab itu juga saya mesti ingat kerana zaman sekarang adalah zaman yang terrlebih canggih. Segala informasi yang tak patut dilihat, didengar dan sebagainya sudah melebar dalam kalangan remaja Islam. Jika dilihat kepada statistik jumlah jenayah pelajar daripada PDRM dari tahun 2000-2006 telah menunjukkan bahawa pelajar melayu@ Islam yang paling ramai bagi setiap tahun. Antara jenayah-jenayah yang telah mereka berani lakukan adalah curi dan ragut, pecah rumah, mencederakan dengan atau tanpa senjata, menipu, kumpulan samun senjata dan lain-lain yang tak gamak disebutkan lagi.Sabaq ja lah. Apapun saya yakin bahawa mereka ini masih boleh berubah. Insya Allah..

Hahh.. amacam wahai diri.. bersiap sedialah dengan ilmu yang mantapp sebelum diposting mengajaqq..huhu..

Semoga saya dapat menjadi seorang pendidik yang mendidik seperti kata 'arnabun' dalam cbox saya. Aminn..

Sabtu, 4 April 2009

aKu ReLa..


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

DR. Asri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails