Assalamualaikum.. Apa khabar..? Semoga anda semua sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam hidayahNya..
Sejak beberapa hari ini, beberapa orang sahabat saya telah mngsms saya untuk meminta sedikit nasihat bagi ujian yang melanda mereka. Sesungguhnya, saya begitu terharu sekali kerana mereka begitu kuat dan tabah biarpun dilanda masalah.. Saya hanya mampu memberi kata-kata perangsang kepada mereka. Hanya mereka dan Allah Subhanahuwataala sahaja yang mengerti berat penderitaan mereka. Beberapa kali saya menaip perkataan yang sama untuk mereka iaitu Perjuangan itu pahit kerna syurga itu manis. Saya harap kiranya nasihat yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggungi. Amin.
Nasihat,nasihat dan nasihat… Nasihat adalah suatu perkara yang amat penting bagi jiwa kita yang gelisah sebagai ubat bagi untuk melegakannya. Saya juga sangat suka jika ada sesiapa yang sudi memberi nasihat kepada saya. Diri ini mudah alpa.. Ucapan terima kasih kepada sesiapa yang pernah dan selalu menasihati diri ini sehingga sekarang. Terima kasih, Tenkiu, Syukran yang tidak terhingga sekali lagi..
Beruntunglah sahabat-sahabatku jika ada sesiapa yang sudi menasihati kita. Kita memohon segenap taufiq, semoga Allah memberikan kepada kita semua kemampuan melihat aib diri sendiri dan juga mempermudahkan kita untuk berpaling dari keaiban-keaiban orang lain. Kita dituntut untuk mempelajari keaiban diri sendiri. Jika tidak mungkin, maka hendaknya kita meminta bantuan daripada orang lain dan para penasihat yang ikhlas dan ahli dalam masalah tersebut.
Ibnu Jauzi r.h. berkata: “Sesungguhnya jika Allah menginginkan kebaikan untuk hambaNya, maka Dia akan perlihatkan keaiban-keaiban diri hamba itu. Siapa yang memiliki mata hati, maka keaiban-keaiban itu tidak lagi tersembunyi baginya. Jika seseorang telah mengetahui keaibannya maka sangat mungkin baginya untuk mengubati keaiban itu. Akan tetapi, kebanyakan manusia bodoh atas keaiban-keaiban diri mereka sendiri. Mereka dapat melihat kotoran mata di mata saudaranya namun tidak mampu melihat kotoran di hadapan matanya sendiri.
Oleh itu amat penting sekali untuk kita mencari sahabat karib yang jujur, berhati nurani dan berkeyakinan teguh serta menjadikannya sebagai pengawal atas diri kita untuk mengingatkannya akan etika dan tindakan tidak baik yang kita lakukan. Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a. pernah berkata:” Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan kita akan keaiban-keaiban kita” (ad-Darimi, dalam mukadimah Sunannya,juz 1, hal. 164). Kita sebaliknya amat tidak suka jika ada seseorang yang memberitahu akan keaiban diri kita. Hal ini jelas menunjukkan kelemahan diri kita. Janganlah berpaling apabila ada sahabat kita yang sudi menasihati kita dengan ikhlas kerana ia amat bermakna bagi pemantapan dan keselamatan diri kita .
Setakat ini sahaja pengisian untuk kali ini. Semoga dapatlah kita ambil manfaat darinya walaupun sedikit. Lastly.. Selamat beramal….