Ahad, 14 November 2010

Mahar ke syurga..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..


Bismillahirrahmanirrahim..


Sekarang ini saya berada di sebuah kawasan yang tidak dapat untuk dinyatakan tempatnya. Apa yang pasti saya berada berseorangan tidak ditemani teman namun Allah tetap memerhatikan saya. Lalu bagi mengisi masa ini dari diterjah perkataan boring,maka tercetuslah idea untuk tajuk post kali ini.Catatan ini juga terhasil bukan  kerana keboringan semata tetapi  apa yang saya rasa sepanjang hidup di dunia  buat masa ini..


Masa terus berjalan tik tok tik tok.. 


Saya semakin hari semakin berdebar sebenarnya. Sebab kita  makin dekat dengan kematian kita. Masa terus berjalan tanpa mempedulikan kita. Tetapi jika kita terus leka dan lalai.Ia adalah satu kerugian yang nyata.


Dan.. pasti setiap orang ada masalah tersendiri dalam mengharungi hidup ini. Masalahnya pelbagai. Masing-masing tidak sama kerana setiap orang ada keunikannya yang tersendiri.


Secara straight to the point...


Apa yang ingin saya sampaikan adalah berkaitan dengan pengorbanan. Kita sering menangis, mengeluh dengan ujian. Kata kita..berat sekali untuk ditanggung.. rasa tidak patut kita menerima ujian sebegitu.. 





Tapi itulah tiket untuk kita ke syurga. Ya, ujian yang kita hadapi itu adalah tiket untuk kita ke syurga. Perasaan sedih, kecewa yang Allah uji sebenarnya ada sebabnya. Baca ayat ini..


Firman Allah subhanahuwataala yang bermaksud : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Ankabut : 2,3)


Firman Allah subhanahuwataala yang bermaksud :Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?.” (Surah Ali-Imran : 142)




Kita berserahlah pada Allah.. biarlah air mata kita itu jatuh berlinangan..dan kita  redha dengan apa yang Allah uji tapi dalam masa yang sama Allah tetap memerintahkan kita untuk berdoa kepadaNya supaya diringankan ujian.


Perjuangan memang memerlukan pengorbanan. Itu mahar kita ke syurga. Relalah jiwamu, jasadmu,hartamu ke jalan Allah. Kelak Allah akan membalas setimpal dengan apa yang kita korbankan. Korbankanlah apa yang jiwa inginkan kalau keinginan kita itu bercanggah dengan tuntutan syariat..


Biarlah air matamu berlinangan kerana itulah air mata redha seorang hamba yang pasrah berserah, bertawakkal pada Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.. Ambillah iktibar dari kisah para anbiya' dan Salafussoleh yang sangat tinggi pengorbanan mereka. Apalah sangat pengorbanan kita jika dibandingkan dengan mereka.. Nak masuk syurga memang memerlukan pengorbanan..


Semoga Allah menerima amal-amal kita..Amin..

Rabu, 10 November 2010

Keseriusan~

"Orang yang senantiasa tidur untuk menuruti keinginan matanya, makan untuk menuruti keinginan perutnya, tertawa terbahak-bahak atau menghabiskan waktunya untuk hal yang sia-sia, bermain dan bersenda gurau, maka mustahil dia akan menjadi orang yang menang dan bergabung dalam barisan mujahidin"

Khamis, 9 September 2010

Selamat hari raya~


Selamat hari raya buat semua.. Taqabbalallahu Minna wa minkum (Semoga Allah menerima amal-amal kita semua).

Daun yang jatuh takkan membenci angin

Bismillahirrahmanirrahim..Jom baca artikel ni. Sangat menyentuh hati.. =)


Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.







KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU. 





PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”















Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.









Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. 









Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.









Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.









Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.









Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.









Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.


Ahad, 5 September 2010

Gadis yang solehah..

Bismillahirrahmanirrahim..



Gadis yang  solehah itu cukup ku kagumi..

Hari-hari ku damba untuk menjadinya..

Gadis yang solehah itu ..

Menjadi pandangan yang menyejukkan bagi setiap mata keimanan..

Gadis yang solehah itu..
Cukup malu dari melakukan maksiat..

Gadis yang solehah itu..

Sangat menjaga auratnya supaya tidak menjadi  ujian bagi kaum Adam..

Gadis yang solehah itu..

begitu taat dan kasih pada kedua ibu bapanya..

Gadis yang solehah itu..

takut terjebak dalam ikhtilat...

Gadis yang solehah itu ..

Insya Allah bakal menjadi peneman dan pembantu seorang mujahid..

Dan membesarkan pejuang-pejuang Islam...

Gadis yang solehah itu pastinya Mujahidah sejati mengagungkan cinta Ilahi dalam hidupnya.....

serta tulus dan ikhlas dalam amalan..

Teruslah berusaha menjadi gadis solehah itu.........

Masih belum terlambat bagi setiap detik keinsafan...

untukku menjadi gadis solehah itu..
luahan perasaan:
Syuhada@Ummu Mujahid
     5/9/2010
           Catatan muhasabah diri dari kelalaian~


Mencari diri dalam sinar Ramadhan..

Bismillahirrahamnirrahim..

Tadi baca artikel di saifulislam.com sangat sedih.  Tajuk dia jemputan buat yang sudi. Sila renungkan hadith ni..

Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau meriwayatkan daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa sesungguhnya baginda telah bersabda: Setiap umatku masuk ke Syurga kecuali yang menolaknya. Lalu baginda ditanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang menolak (peluang masuk ke Syurga) itu? Baginda menjawab: Sesiapa yang mentaatiku, dia masuk ke Syurga, sesiapa yang mengingkariku maka dia itulah yang menolak [Hadith riwayat al-Bukhari]

Allah taala dengan rahmatNya yang Maha Agung telah memberi peluang kepada kita dengan banyaknya. Di antaranya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Apakah kita telah berusahan untuk mengaut semua peluang-peluang itu?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

 Renunglah pula pada ayat al-Quran di atas. Allah memerintahkan kita berpuasa supaya dapat menggilap lagi taqwa kita. Apakah sudah kita tingkatkan ketaqwaan kita pada bula ramadhan ini. Bulan ramadhan bakal meninggalkan kita.


Air mata

Sudahkah air mata kita ditumpahkan untuk muhasabah keinsafan? Ataukah air mata itu ditumpah untuk pada perkara yang sia-sia? Pada makhluk yang tidak dapat memberi apa-apa harapan? Pada harapan yang tidak kesampaian? Pada dunia yang fana ini?

Sama-sama kita renungkan sejenak... Semoga saya dan anda semua sentiasa sedar akan kelalaian diri supaya tidak lupa akhirat..

Insya Allah.........................

Sabtu, 4 September 2010

Pendengar setia ku.......



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah... Dengan izinNya dapat saya sampai dengan selamatnya di Kampung Kota Mengkuang pagi tadi. Berjumpa mama dan abah dengan gembiranya. Sesampainya di rumah saya menceritakan apa yang terbuku di hati.

Pendengar yang setia

Saya sangat selesa bercerita masalah saya dengan mama dan abah. Mereka sangatlah pendengar yang setia pada setiap keluhan jiwa saya. Walaupun berulangkali saya meluahkan masalah yang sama, tapi mama dan abah tidak jemu-jemu memberikan kaunseling, sokongan dan nasihat kepada saya.

Alhamdulillah..diikutkan hati sebenarnya saya pasti hiba dengan masalah yang kecil ni. Tapi mama dan abah sentiasa memberi cadangan kepada saya. Sekarang masalah yang timbul mampu ditenangkan dan dibuang jauh resah di hati...

Akhir kalam...

Hidup memang tidak lari dengan masalah.... Kita kena kembali kepada ajaran Islam bagi setiap permasalahan yang timbul dalam hidup. Janganlah segan-segan berkongsi masalah dengan ibu ayah kita kerana mereka adalah antara orang yang paling memahami diri kita ~


Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil.

Rabu, 1 September 2010

Masa terus berlalu...


Bismillahirrahmanirrahim...

c.e.p.a.t.n.y.a.....

Pagi tadi telah menyaksikan penutupan satu program Ihya' Ramadhan di sekolah saya. Sungguh cepat masa berlalu.. Segala-galanya pantas. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Setiap hari bakal berlaku perubahan.

Tidak lama lagi bakal bertemu dengan keluarga di Kampung. Adik saya dah buat status di facebook cakap rindukan saya.Hehe. Biasalah bila dok jauh dengan keluarga macamnilah. Tapi, Alhamdulillah, sahabat-sahabat dan kakak-kakak di sini baik belaka. Orang sini lemah-lembut dan bersopan-santun. Alhamdulillah sekali lagi. Salah satu rezeqi yang tidak dapat dihitung oleh saya. Tetapi Islam di sini masih lagi minoriti.=(. Mudah-mudahan hidayah Allah menerangi Tambunan. Insya Allah sama-sama kita doakan. 


Semoga bulan Ramadhan ini bakal menyaksikan satu perubahan yang baik buat diri kita semua. Biarlah sedikit asalkan istiqamah. Insya Allah..teruslah berubah jika diri masih dibelenggu kemaksiatan..teruslah berubah jika diri masih tidak ikhlas..teruslah berubah jika ingin meraih darjat taqwa..teruslah berubah jika ingin berjaya meraih cinta ALLAH.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah di blog yang biasa-biasa ini. Harapan saya agar segala yang dicoretkan dapat diambil manfaatnya walaupun sedikit. Semoga kita semua sama-sama dijauhkan daripada api neraka dan mendapat tempat di syurga. Amin...




Selasa, 31 Ogos 2010

Tadabbur al-Quran..



Bismillahirrahmanirrahim...

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana al-Quran diturunkan. Betapa mulianya bulan ini. Alhamdulillah, pastinya ramai yang bertadarus dan cuba mengkhatamkan al-Quran.Fenomena sebegini amat bagus.

Namun begitu, kita juga harus ingat, baca jangan hanya nak ekspress. Alangkah baik dan lebih bagus jika kita dapat mentadabbur ayat al-Quran itu. Maknanya.. bukan setakat kita baca sahaja ayat dia. Paling best dan baik lagi kalau kita  faham makna ayat tu..Seterusnya kita renung dengan mendalam dan menghayatinya. Sungguh.. amat mensyahdukan dan indah sekali suasana ketika seorang hamba mentadabbur ayat-ayat Allah sehingga mengalirkan air mata dek penghayatan pada kalam Allah.

Rugi tau..!

Sayang sungguh kalau kita sudah banyak kali khatam al-Quran tapi tak tahu makna dalamnya. Sudahkah kita khatam tafsir al-Quran? Bagi sapa-sapa yang belum lagi.Marilah kita mengkhatam tafsir al-Quran pulak. At least, kita tau kandungan dalam tu. Al-Quran tu manual hidup kat dunia ni. Sia-sia lah kalau kita tidak sempat membaca panduan hidup kat dunia andai kita ditakdirkan meninggal dahulu. Sebab dengan rahmat dan kasih sayang Allah lah al-Quran diturunkan supaya manusia dapat mengambil pelajaran dan faham cara untuk hidup di atas dunia yang penuh cabaran ni. 

Firman Allah subhanahu wa taala maksudnya:

 “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian” (Surah Al-Israa’ ayat 82)

Firman Allah subhanahu wa taala lagi maksudnya:

 “ Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah.” (al-Nah, ayat 89) 


Kita dapat tau yang mana perbuatan  Allah suka, yang mana yang Allah murka. Mestilah kita kena tau semua tu sebab kita hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Kita berdiam atas muka bumiNya. Jadi tak adalah kita buat perkara yang bertentangan dengan etika sebagai seorang muslim.

Jadi, apa tunggu lagi.. Selamat mentadabbur ayat-ayat al-quran. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih soleh@solehah dan sentiasa di jalan yang lurus...

Assalamualaikum... =)

Isnin, 30 Ogos 2010

Ramadhan yang hampir ke penghujungnya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini sudah hari yang ke 20 kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu. Itu saya akui. Dan telah sampai masa yang kita tunggu-tunggu iaitu meraih malam lailatul qadar di sepuluh malam yang terakhir.

Oleh itu marilah sama-sama kita mengusahakan dan memaksakan diri kita untuk meningkatkan lagi ibadah kita. Ayuh, janganlah asyik mendengar lagu raya sahaja, memikirkan pasal baju raya apa yang ingin dipakai. Feel ramadhan dahulu. Peluang keemasan masih ada. Tidakkah kita mahu kalau dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah . Inilah peluang yang Allah janjikan kepada hamba-hambaNya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Perhatikan baik-baik hadith ini:


Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda :





“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan

dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”





Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)



Bagi muslimah yang datang haid, janganlah sedih, banyak lagi ibadat yang dapat kita lakukan.
Itu adalah fitrah bagi setiap muslimah jadi terimalah takdir ini dengan seadanya dan Allah itu Maha Adil. Jangan sedih k..

Lagi satula teguran untuk saudari muslimah ku yang ku kasihi.. Di bulan puasa yang mulia tatkala kaum muslimin sedang berjuang menjaga puasa maka mintak tolong hormat dengan mengenakan baju yang menutup aurat. Janganlah pergi bazar dengan baju yang dok pakai di rumah. Mintak tolonglah ya..sama-sama mengingatkan. Lagipun, kan nampak lebih manis pakai baju yang menutup aurat di bulan yang mulia ini. Bila lagi nak mula buat perubahan kalau tidak di bulan yang berkat ini.. =)

Ok Jumpa lagi bila ada masa Insya Allah.. selamat beramal soleh... =)


Program dan program..

 Assalamualaikum...

  
Bismillahirrahamnirahim..

Alhamdulillah.. sekarang ni dah masuk bulan kelapan saya di sekolah 'baru'.  Saya berasa sangat bersyukur di atas takdir ini. Sesungguhnya setiap takdir itu ada kemanisannya yang tersendiri jika dipandang dengan kacamata keimanan. 

Teringat masa di Universiti dahulu, saya bukanlah seorang insan yang aktif berpesatuan. Saya lebih banyak lepak di library dan rela menjadi ahli persatuan biasa sahaja.  Saya sangat suka belajar walaupun keputusan saya tidaklah cantik sangat.hehe. Sehinggakan saya berkeinginan kuat untuk menyambung pelajaran di peringkat master. Hajat saya tercapai juga apabila permohonan saya diterima. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya apabila ada sahaja aral melintang yang menyebabkan saya terhalang untuk mencapai keinginan yang satu itu.

Pemilihan saya untuk mengisi borang permohonan DPLI dulu hanyalah salah satu syarat untuk menyedapkan hati kedua ibubapa saya. Dan tidak disangka, saya mendapat DPLI dan membatalkan hasrat saya pula untuk menyambung master. Saya berfikir selama ini saya asyik dengan study sehingga tiada masa bakti tenaga saya untuk masyarakat pula. Maksud saya dengan aktiviti-aktiviti luar. Jadi saya merasakan untuk berkhidmat dahulu sebagai seorang guru pendidikan Islam yang pasti akan memaksa diri saya dari terperuk dalam dunia teori sahaja.

Alhamdulillah, saya dapat belajar banyak tentang persatuan dan program dengan baik di sekolah baru saya. Peluang ini amat saya hargai. Melihat guru-guru di sini yang begitu mahir dan cekap dalam melaksanakan tugas. Harapan saya agar saya dapat melaksanakan kerja yang diberi dengan lebih cekap lagi. Saya masih lagi bertatih dalam pelaksanaan praktikal ini. Semoga ini semua dapat melancarkan lagi kerja-kerja dakwah kita. Insya Allah... amin.

Sahabat-sahabat doakan saya terus berjaya memberi satu sumbangan kepada orang Islam.Insya Allah.. Selamat memburu lailatulQadar.


Rabu, 18 Ogos 2010

Bertaqwalah akan siksa neraka...


Nabi salalllahu 'alayhiwassalam bersabda : “Bertaqwalah (Selamatkanlah diri kalian) akan siksa neraka, walaupun dengan separuh kurma. Jika kalian tidak mendapatkannya, maka cukup dengan bertutur kata yang baik.” (HR. Bukhari no. 6023 dan Muslim no.1016.)

Isnin, 16 Ogos 2010

Lamanya saya tak update blog..


Bismillahirrahamanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Lamanya si syuhada ni xupdate blog..

Saya masih di sini..

Menghayati di setiap takdir yang Allah tentukan ....

Cuba menggapai sinar keikhlasan..

Mengharap rahmat Allah..

Minta dijauhkan dari api neraka yang Maha Dasyat...


Berjumpa lagi... bergembiralah dengan setiap detik hidupmu jika kau hidup dalam kepatuhan padaNya....

dan saya sangat-sangat berterima kasih pada yang sudi menjadi follower saya dan memeriahkan chatbox saya.. Semoga kalian semua berada dalam rahmatNya...

Insya Allah khair................~

-Nurul Syuhada @ Ummu Mujahid-
Tambunan@Jitra.........

Selasa, 13 April 2010

Semalam


Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...

Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan

Ampunkan segala dosa-dosa

Moga esok ku kan lebih sempurna

Semalam

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...

Sabtu, 30 Januari 2010

Bingkisan rindu..


Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ini hampir sebulan saya berada di negeri bawah bayu... Sudah boleh terima kenyataan yang saya sekarang berada di negeri Sabah bukan di semenanjung.

Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang di atas segala limpah rahmat dan nikmatNya...

Ucapan jutaan terima kasih juga buat kenalan-kenalan baru dan lama di Sabah yang telah menolong saya.Serta Semua insan-insan yang telah menghulurkan bantuan secara tidak langsung atau tidak. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa kalian. ..

Dan pengorbanan mama dan abah tidak dapat saya lupakan. Sering merisaukan anaknya walaupun sudah besaq panjang. Memang terharu.....

Sesungguhnya berada di Sabah ini adalah suatu peluang hijrah kepada diri saya. Alhamdulillah di atas hikmah yang diberikan ini...

Sekian sahaja..rasanya ini sahaja intro untuk cerita dari Sabah. Selamat berhijrah jugak buat semua umat Islam..Semoga kita menjadi insan yang semakin bertaqwa~

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam..
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa(niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails