Jumaat, 8 Mei 2015

Dah jadi Ummi kepada dua orang anak




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..


Hari ini merupakan hari yang ke 43 bagi kelahiran anak saya yang kedua. Syukur di atas peluang dan nikmat yang Allah berikan. Pengalaman yang saya dapat sehingga hari ini sungguh bernilai. Ujian dan dugaan yang mendatang sesungguhnya memberikan satu erti dalam hidup ini. Memang tidak sia-sia segala sesuatu ujian yang Allah beri.
             Melangkah sehingga ke hari ini perlukan tawakkal yang kuat daripada Allah. Supaya kita sedar bahawa Allah benar-benar ada untuk mendengar keluhan kita. Manusia kadang-kadang alpa bahawa Allah lah tempat bergantung harap yang sebenarnya. Allah yang bersifat As-Somad.

Cerita tentang Muhassanah (anak kedua)

- Asyik tidoq aja
-Tidak banyak meragam
-Tidoq malam ok
-Mata bulat
-Pandai tidoq sendiri


Cerita tentang Mujahidah (anak pertama)

-Cerai susu pada hari ke 10  kelahiran Muhassanah ketika umur 2 Tahun 5 bulan
-Sangat sayang adik, bila adik baring mesti tido sebelah sampai ummi dia selalu gabra.
-Agak merap tapi boleh handle dengan pertolongan Allah.Mungkin kejutan budaya dapat adik baru.
-Belum dapat bercakap lancar.
-Pandai ABC, 123, one two three, alif ba ta.
-Sudah pandai tidoq sendiri

Ditakdirkan PJJ dengan suami

         Alhamdulillah suami dapat jqaf di Mersing. Jadinya saya di Jitra, si dia di Mersing. Selepas cuti 7 hari suami saya balik Mersing. Di sinilah bermula cabaran emosi dan kekuatan jiwa raga. Namun sudah saya ceritakan kepada Allah Subhanahuwa taala dan Allah banyak mengabulkan doa saya. Alhamdulillah. Cuma di sini sedikit nasihat tambahan bersama apabila dilanda ujian :-

- Seperti yang saya beritahu ingatlah Allah itu As-Somad tempat bergantung harap yang sebetulnya.
- Bila dilanda musibah sebutlah Alhamdulillah 'ala Kulli hal
-Banyakkan menyebut La haw la wala quwwata illa billahil' aliyyil 'azim sebab kita punya kudrat adalah daripada Allah
- Ingatlah setiap ujian itu Allah beri sesuai dengan keadaan dan kemampuan
-Zikir pagi petang yang sahih jangan dilupakan walaupun berada dalam keadaan haid atau nifas
-Menangislah semahunya dengan Allah. Waktu yang sangat membahagiakan.
-Ceritalah segalah masalahmu pada Allah kerana Allah ada jalan penyelesaiannya.
-Banyaklah merendah diri ketika berdoa kepada Allah.


Ingatlah perjalanan kita ke kubur semakin dekat (ketaq la pulak). Oleh itu tingkatkan amal bukan semakin menurun. Semoga kita sama-sama beroleh keselamatan di hari akhirat. Amin.....

Selasa, 24 Jun 2014

Besarkan kesyukuran..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..





Allah Ta’ala berfirman,
وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” ( Saba’: 13)
Ramadhan al-mubarak semakin menghampiri. Peluang keampunan Allah terbuka luas.

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu” 



- [Muttafaqun ‘alaih]
         Lama ku tidak mencoret  sesuatu di sini..Hari ini aku berumur 29 tahun lebih. Muhasabah ku sehingga hari ini tentang kehidupan ini adalah memperbesarkan kesyukuran. Seperti biasa kadang- kadang jiwa ini datang seolah-olah tiada semangat perjuangan. Rasanya seperti selalu sangat. Sedih.. Nikmat yang aku dapat memang tidak terhitung. Bukan diriku sahaja malah semua daripada kita sebenarnya menerima nikmat yang tidak terhitung. Aku pun tidak dapat menaip nikmat-nikmat itu di sini lantaran banyaknya.


 Allah Ta’ala berfirman,
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nahl: 18)
          Jomlah kita muhasabah bersama..  Setiap daripada kita akan meninggal dunia, jadi apakah amal yang kita akan bawa untuk dipersembahkan di hadapan Allah. Apakah kita sudah berusaha yang terbaik untuk dengan melaksanakan cara hidup islam? Apakah kita sudah struggle habis- habisan untuk menegakkan agama Allah sebagai agama yang benar?


            Masya Allah..jika diriku.. Memang masih lagi kurang. Walaupun aku lesu dalam beramal..nikmat Allah masih kurasai. Besarkanlah kesyukuranmu.. 


Rabu, 26 Februari 2014

Template Risalah Panitia Pendidikan Islam

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..


Berikut merupakan Risalah Ramadhan Kareem yang telah diedarkan di sekolah saya. Semoga bermanfaat. Sila klik Link di bawah.


***Dilarang menggunakan softcopy ini untuk perniagaan. Ia telah diwaqafkan untuk Umat Islam.

Isnin, 24 Februari 2014

Faedah Mengurus Diri tahun 5 Pendidikan Islam

Assalamualaikumwarahmatullah..


Sini ada Power Point Faedah Mengurus Diri. Di bawah sila klik link tersebut.

Faedah Mengurus Diri Power Point

***Dilarang menggunakan softcopy ini untuk perniagaan. Ia telah diwaqafkan untuk Umat Islam.

Alphabet Printable

    Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..



Silakan download huruf-huruf abjad di bawah. Semua ini saya dapatkan daripada laman web        http://www.mrprintables.com/. Selamat mendownload..
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Alphabet printable

Rabu, 19 Februari 2014

Power Point Rukun Islam

Assalamualaikum..

Feel free to download Power Point Rukun Iman yang mungkin dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di bawah merupakan link untuk dimuat turun.

https://drive.google.com/file/d/0B_2Ho6fdPm3fdjlscUtQMFlHSDQ/edit?usp=sharing






***Dilarang menggunakan softcopy ini untuk perniagaan. Ia telah diwaqafkan untuk Umat Islam.

Idea untuk mengajar




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh


Apa khabaq? Hope sihat. Hari ini saya teringin nak berkongsi idea mengajaq yang dapat kita gunakan dalam pengajaran.  Tapi saya nak habaq betoi-betoi, saya pun tak berapa nak pandai. Sajala kongsi mudahan Allah bagi idea mengajaq pada saya lebih banyak lagi. Amin

Jom kita baca..

1) Guna papan hitam

Inilah kebiasaan guru selalu guna. Pelajar tengok apa yang kita tulis di papan hitam. Lagi cantik kalau ada kapur warna warni. Kalau tak guna papan hitam, papan putih pun tak apa. Dengan menulis di papan hitam, kita dapat melakar apa yang ingin kita terang kepada semua orang. Pelajar juga dapat menyalin nota dengan apa yang kita tulis di papan hitam.

2) Buku-buku pelajar

Buku-buku pelajar amat banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang guru menggunakan satu pembalut supaya pelajar dapat membezakan di antara subjek lain. Antaranya ialah:

a) Buku Teks: Hat ni senang sebab semua pelajar ada buku teks. Buku teks pula berwarna-warni. Dalam buku teks pula ada disediakan idea-idea untuk mengajar. Nota pun semua ada dalam tu. Pada masa hadapan lagila canggih, ada buku teks digital. Ok, dengan buku teks kita boleh suruh depa:
- menulis nota berpandukan buku teks
- membaca teks
- Merujuk buku teks apabila membuat latihan

b) Buku nota: Suruh depa hias buku nota depa cantik-cantik sikit. Pada muka surat pertama tulis biodata dan azam mereka. Bila depa salin nota, kita pilihla beberapa orang pemenang yang menulis nota paling cantik, kemas dan sebagainya. Mesti depa syok kot no. Lepas tu kita cop buku depa guna well done ka, tahniah ka.. Hat cop ni saya tak besa buat lagi, tapi nak buat.

c) Buku Latihan: Buku latihan ataupun fail latihan bolehla dijadikan semangat untuk pelajar belajar seperti melihat siapakah yang paling banyak markah. Selain itu juga mungkin guru boleh melihat peningkatan latihan yang telah dibuat. Pembetulan juga boleh dibuat di dalam buku latihan.

3- Video

Kalau video pelajar mesti suka sebab macam tv kan. Lepas tu video sekarang pun macam-macam. Video boleh dijadikan induksi untuk mengajaq. Video juga sesuai ditayangkan untuk menunjukkan perlakuan sesuatu, pengajaran, dan sebagainya. Pilihlah video yang bagus dan berkaitan. Elakkan video yang berunsur hiburan semata-mata dan membawa dosa seperti tidak menutup aurat dan sebagainya.

4-Kad Imbasan
Kad Imbasan ni selain daripada kita beli, banyak juga cikgu suka buat sendiri sebab ikut silibus. Kalau zaman sekarang ni biasanya orang laminate untuk bagi lebih kemas dan cantik. Namun buat dengan kad manila ataupun daripada kotak masih lagi relevan untuk digunakan pada masa kini. Pelajar pun suka sebenaqnya.

5- Ganjaran hadiah

Saya ingat lagi kenangan menjadi pelajar, kalau cikgu tawar hadiah semangat nih nak jawab. Masa dekat universiti dulu pun saya masih ingat ketika kelas Dr. Fadlan Othman, beliau selalu menawarkan hadiah buku bagi yang berjaya menjawab soalan. Syok betoi masa tu pasai memang suka sangat hadiah buku. So moral of the story bagila hadiah apa pun tak pa seperti duit, alat tulis, penanda buku or whatever as long ia adalah hadiah, pelajar-pelajar teruja nak jawab. Dan tak semestinya sebab jawab soalan juga. Terpulanglah, mungkin dia antara pelajar yang paling beradab pada ketika itu atau paling apa2...

6-Kuiz

Kuiz ni menarik minat pelajar untuk bersaing di antara kumpulan atau individu. Buatlah kuiz macamana pun, jadikan kelas kita ceria dan bersemangat untuk menjawab. Pelajar-pelajar mungkin akan berusaha melakukan yang terbaik. Sebelum mula ngajaq, habaqla dulu kata nanti nak buat kuiz tengok siapa yang faham.

7- Bercerita

Siapa yang pandai bercerita tu bonuslah sebab dapat dijadikan cara pengajaran. Pelajar kadang-kadang memerlukan kefahaman dengan cara penceritaan. Cerita yang menarik akan membuatkan pelajar anda ternganga. Sebagaimana saya mendengar cerita guru-guru saya.

8- Garang

Aik garang pun idea gak ka. Maksud saya, bila kita menunjukkan ketegasan kita kepada pelajar mungkin dia akan lebih menumpukan perhatiannya. Berdiri dan renung setiap orang. Pelajar yang tidak menumpukan perhatian akan resah dan mencari kesalahan dirinya seterusnya melihat pengajaran anda. Memberi amaran sekiranya pelajar tidak menumpukan perhatian ataupun gagal menyiapkan kerja sekolah.

9- Pamer nama pelajar

Ok, untuk idea ini saya berikan contoh, sekiranya pelajar tersebut berjaya menghafal rukun Iman. Tulis namanya nombor pertama di atas papan hitam supaya pelajar-pelajar lain dapat melihat. Ia seperti kuiz tetapi kita hanya mencatit kedudukan nombor. Mungkin jika kelas ramai memadailah meletakkan top 10 sahaja supaya orang terakhir tidak down.

10-Latihan mengingat

Kita beri masa beberapa waktu untuk ingat dan kita adakan pertandingan atau kuiz. Cikgu kutip buku-buku nota dan padam papan hitam dan biarkan mereka menghafal. Mungkin lebih sesuai bagi pengajaran yang tidak terlalu banyak. Bagi sikit-sikit untuk pelajar ingat.

11- Power Point

Power point dapat membantu anda menerangkan kepada pelajar sesuatu pengajaran kerana banyak dapat dimuatkan seperti gambaq, video, tulisan yang menarik dan sebagainya. Mungkin anda boleh mengajaq sepanjang PdP hanya menggunakan Power Point. Pastikan setiap slide tidak terlalu berat. letakkan gambar bersesuaian dan minmakan.

12- Bimbingan rakan sebaya

Kadang-kadang dengan kita depa tak berapa nak ingat sangat. Kenal pasti pelajar yang lemah dan minta pelajar yang faham untuk mengajar mereka. Cara ini akan memberikan satu usaha yang baik dalam mempercepatkan kefahaman pelajar. Bagi pelajar menengah asingkan ikut jantina supaya tidak berlaku pergaulan bebas.

13-Kumpulan

Bina kumpulan untuk membincangkan soalan-soalan yang diberi. Sekali lagi tolong jangan campuq laki pompuan.

14- Pelajar tampil ke hadapan

Ini pun boleh menggetarkan hati pelajar untuk menumpukan perhatian. Panggil pelajar samada untuk jawab soalan, pembentangan, model dan sebagainya. Pelajar juga dapat melatih pengucapan awam.

15- Tunjuk Cara

Ok, maksudnya guru menunjukkan contoh seperti perlakuan wuduk supaya pelajar nampak lebih real. Berlakon jika perlukan pengajaran sedemikian untuk memahamkan pelajar.

16-Permainan

Macam-macam mainan kita boleh reka mengikut kesesuaian tajuk dan subjek. Antaranya kotak beracun, dam ular dan sebagainya.


Err.. mata dah macam nak tutup. Banyak lagi nih, insya Allah akan update dari masa ke semasa di sini. Maaf jika terkurang. Sesungguhnya saya memang manusia yang lemah. Semoga ada manfaatnya. Insya Allah.






Isnin, 17 Februari 2014

Template terima kasih

Assalamualaikum

Di sini ada template terima kasih yang boleh diambil . Semoga bermanfaat =)

https://drive.google.com/file/d/0B_2Ho6fdPm3fLXBTUFZ1cFdxSUk/edit?usp=sharing




***Dilarang menggunakan softcopy ini untuk perniagaan. Ia telah diwaqafkan untuk Umat Islam.

Rabu, 12 Februari 2014

My new entry for 2014

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahim..


It's been too long since I don't update any entry for almost 1 year I think. I am still a new mom and teaching in Alor Setar. I feel so useless because let my blog without post anything here. My daughter is almost 1 year  3 months old. This is my first entry in English. I'm sorry for my broken English. 



 My life's passion


I am interested in being Productive Muslimah even I am not, but I will, Insya Allah. You can check this website  for more articles. If in Malaysia, Ustaz Pahrol  also always advises to all Muslims becoming a ' Mukmin Professional. From what I understand about Productive Muslim and Mukmin Professional is a Muslim that excellence in work and Ibadah. May Allah grant to us a patience in becoming it.

Teaching idea

What you give, you get back. The word that I use to hear. As a Muslim, what you contribute, you get more back. So because of that I want to share about teaching ideas and anything about education. So feel free to download it soon.

Thank you and Assalamualaikum.




Khamis, 21 Mac 2013

Anakku 4 bulan ++

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah berkesempatan untuk update blog pada hari ini. Maklumlah esok bermulanya cuti sekolah. So, bolehla dok rilek rilek sat. Kalau tidak tak dan nak mengadap blog ni sangat.

Anakku sudah 4 bulan lebih. Keletahnya makin hari melucukan. Ragamnya pun dah tak banyak. Tidur malamnya pun lena sekali. ALhamdulillah. Sekarang dah boleh tinggai sikit. Tak la merap sangat. Meniarap pulak masih dalam proses. Cakap pula memang ramah..hehe..

Tak sangka memang tak sangka.. saya sudah menjadi ummi. Memang bila ada anak akan ada satu perubahan pada sikap kita. Saya menjadi lebih alert kerana adanya anak yang perlukan perhatian dan jagaan. Bukan bermakna ada anak kita terbeban tapi sebenaqnya ia adalah anugerah dan kita juga menjadi lebih matang.

Saya memang masih belajar untuk menguruskan anak. Semoga anakku jadi hamba Allah sejati. Ok, jom kita tengok muka anak saya....

muka cam abi...assalamualaikum semua...

Setakat ni dulu..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails