‘In the End..it doesn’t even matter..”
Suatu waktu dulu.. aku seorang penggemar muzik yang agak hebat jugak.Minat aku pada lagu-lagu sangat mengharukan. Aku kenal habis lagu-lagu serta penyanyinya. Yang paling aku minat lagu omputih dan lagu berunsur rock.Lirik-liriknya ku hafal. Lagu-lagu tulaa yang menjadi santapan rohani aku bilamana aku rasa tension, sedih dan boring . Aku merasakan seolah-seolah ia mengiringi perasaan aku dan begitu memahami aku. Masuk bilik aku akan pastikan ianya dipasang agar hati ini tidak sepi. Aku paling minat linkin park. Kenapa aku minat linkin park? Aku rasa depa hebat! Terutama mike shinoda, dengan gayanya yang rocker+ rap. Rasa macam cool gila ah.Bila nak tulis kata-kata hikmat kat orang, selalu ku ambil lirik-lirik lagu linkin park. Barula power. Padahal depa (mereka) bukan orang Islam.. Betapa tulinya hati aku. Masa tuu aku tidak nampak dengan jelas kenapa kak-kak pengawas dan kak-kak badan dakwah selalu melarang kami dengar lagu..Abah ngan mama pun selalu marah kalau aku bukak lagu-lagu ni. Xdak pa palahh bagi ku..dengar lagu ja.. Walaupun dalam hati ini terdetik juga menyatakan kegilaan aku ini memang tidak baik. Namun aku tidak nampak ia sesuatu perkara yang perlu dibesar-besarkan.
Then..al-kisah..timbul kesedaran yang sebenar pada diriku.. iaitu pada hari pertama aku mula masuk kelas tutorial Qiraat dan Hafazan yang dikendalikan oleh Ustaz Ashraff( Pensyarah jabatan al-Quran dan al-Sunnah).Barakallahufik.Masa tuu aku baru first year di ukm.. Pada hari tersebut, Ustaz memulakan intro kelas pertamanya dengan bercerita mengenai kelebihan al-Quran. Syarahan Ustaz yang memukau tuu menusuk dalam kalbu aku. Kemudian ustaz menyentuh sikap orang yang suka dengar lagu-lagu selain daripada nasyid. Katanya..kenapa hendak dengar lagu-lagu orang yang lalai dengan ajaran agama..lebih baik dengar lagu nasyid..Tidak elok(begitulah lebih kurang maknanya). Aku tersentak..betui jugak..
Firman Allah taala:Maksudnya: ”..dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati Kami..”
(18:28)
Asyik jadi halwa telinga, berkumpul di ingatan.. Memang boleh melalaikan aku..boleh menggelapkan hati nih dengar nyanyian orang yang terang-terang lalai dengan agama. Aku ni lagila dasyat..suka dengar lagu orang kafir..berlainan anutan pulak tuu. Apa yang selalu aku jadikan sebagai pengisian jiwa aku itu tidak didasari wahyu, sebaliknya hanya menurut keinginan hati. Lirik-liriknya pula terlalu mengikut kata hati, terlalu bersedih..terlalu berputus asa..terlalu melayan hati yang lara..kadang-kadang terlalu ganas. Mengapa hendak diturutkan kata hati sedangkan kita ada panduan yang lengkap iaitu al-Quran. Ngeri jugak aku bila benda-benda sebegitu yang aku simpan di hati ini dan selalu menerawang di fikiran aku . Aku tak mahu ia jadi sebahagian daripada diri aku. Aku tidak mahu kerana benda tuu hati ini tidak dapat melihat petunjuk Ilahi.Sedangkan selain mencapai kebahagian di dunia ini, aku juga ingin hidup bahagia di akhirat sana... Hidup ini hanyalah sementara. Aku muhasabah diri aku..Aku hitung kembali sikap-sikap mazmumah aku.
Firman Allah taala:Maksudnya: ”..padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit”
(9:38)
Firman Allah taala: Maksudnya:” Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”
(87:17)
Hmm..hati ini juga tersentuh melihat amalan seorang sahabat aku ni. Dia langsung tak mendengar lagu-lagu. Sebaliknya Al-Quran dijadikan pengubat jiwa. Alhamdulillah.. aku dipertemukan dengan orang sebegini. Aku akui aku nampak kelebihan pada amalannya itu.
Firman Allah S.W.T: ( Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman).. 17:82.
Ya..betul..kita sebagai orang Islam sepatutnya menjadikan al-Quran sebagai penenang jiwa bukan lagu-lagu yang merosak jiwa. Bahkan apabila kita membaca al-Quran kita dikira beribadat, diberi pahala,rahmat dan petunjuk yang sebenar dalam mengharungi masalah. Bukannya memanjangkan kesedihan dan ketidakpuasan hati kita. Sungguh.. Allah itu Maha Penyayang. Syukur, setelah aku menghentikan tabiat aku yang minat ’giler’ pada lagu-lagu yang lagha nii...aku dapat melihat banyak kelemahan pada diriku dalam mempersiapkan diri menuju akhirat. Bacalah Al-Quran..ia melembutkan hati kita.. .Kita disuruh agar membaca agar hati kita senatiasa hidup. Baca dan hayati maknanya.. Alhamduliillah di atas petunjukMu serta rahmatMu ..Semoga diri ini tetap di atas jalanMu..