Ahad, 23 Mac 2008

Buku best! (2)


Tajuk : 7 Tipu Daya Syaitan ke atas Umat Islam
Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Harga : RM 12.00

D
apatkannya segera di pasaran … Inilah buku yang patut dibaca dalam kita mengharungi dunia yang fana dan penuh ujian ini.. Agar kelak kita terselamat daripada azab api neraka… Pasti tidak merugikan dunia dan akhirat kita…. Renungilah Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

Maksudnya: ”Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka”.
(Faathir 35:6)

Selamat membaca..!

2 ulasan:

Soleh Google ☁️ 👓 📙 berkata...

Salam,
Eh, dah baca ke buku tu?..klu ye..bleh share..?hehe-smile-

Ummu Mujahid berkata...

Maaf lambat reply.. Baiklah saudara, untuk menambahkan lagi keinginan saudara bagi membeli buku ini, saya akan sharela sikit tentang isi kandungannya. Bagi saya, buku ini amat menarik kerana pengarangnya telah berusaha mengumpulkan perkara-perkara yang berkaitan dengan syaitan daripada dalil-dalil yang diyakini iaitu al-Quran dan hadith. Buku ini bukan setakat menceritakan tentang bentuk-bentuk tipu daya syaitan ke atas manusia bahkan ia juga menerangkan asal-usul syaitan, asal usul permusuhan syaitan dan lima strategi melawan syaitan. Perkara-perkara sebegini amat penting supaya kita dapat mengelakkan tipu dayanya ke atas diri kita. Dalam masa yang sama kita dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke lembah api neraka. Tipu daya syaitan amat halus dan kadang-kadang tanpa kita sedari kita telah terpengaruh dengan hasutan syaitan walaupun kita adalah dari golongan yang berpendidikan tinggi. Antara objektif syaitan yang utama dalam permusuhannya kepada manusia ialah:

1. Menyesatkan manusia
2. Mengkafirkan manusia
3. Memusyrikkan manusia
4. Menjadikan manusia penghuni neraka

Dengan perkongsian ini, semoga saudara lebih memahami kenapa buku ini penting untuk dimiliki. Wallahua’lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails