Isnin, 7 April 2008

Dia kawan kita bukannya LAWAN...



Satu peringatan buat diri ini serta yang membaca artikel ini.

Setiap orang ada cara tersendiri dalam membuat sesuatu perkara. Masing-masing mempunyai fikrah tersendiri.

Terkadang kerana hendak mempertahankan fikrah kita sendiri, kita sanggup memusuhi saudara seakidah kita. Yang paling menyedihkan, permusuhan kita disebabkan oleh perkara furu’ sahaja. Kita sepatutnya menghormati pendapat yang diyakininya selagi mana ia bukanlah perkara asas. Janganlah disebabkan pendapatnya tidak selari dengan kita, kita menganggapnya sebagai lawan. Kita memandang remeh kepadanya kerana menyangka kitalah yang hebat. Dia adalah kawan kita bukan lawan selagi mana dia adalah saudara seagama kita. Selagi mana ada semangat keislman yang membara dalam dirinya dialah kawan. Ingatlah jangan sampai perselisihan pada perkara furu’ dapat meleraikan ukhwah fillah sesama kita. Bantulah dia jika benar dia berada di pihak yang salah dengan cara yang berhikmah bukan meperlekehkannya.


Hilangkan kedengkian tanamkan kasih sayang

Jadilah kita seperti iman para sahabat dalam berukhwah sebagaimana telah disebut dalam al-Quran. Firman Allah Subhanahuwataala :

Maksudnya: Dan orang-orang (Islam) yang datang selepas mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai TUHAN kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah ENGKAU jadikan dalam hati kami rasa hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.Wahai Tuhan kami, sesungguhnya belas kasihan dan rahmat-Mu amat luas.” –Surah al-Hasyr: 10

Oleh itu marilah kita kuatkan ukhwah kita dengan bersama-sama menegakkan yang ma'ruf menentang yang munkar bukan bertelagah sesama sendiri.

Wallahua’lam.

3 ulasan:

Galmaran berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Futuristics berkata...

NICE Blog :)

syuhada' berkata...

Thank you.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails