Selasa, 24 Mac 2009

Perbincangan aku dan dia..





Malam yang sunyi sepi ini kami habiskan bersama dengan bermuhasabah diri dan mengungkit kembali kisah-kisah lama yang membawa rasa pahit manis, masam dan masin. Segala amanat yang disampaikannya ku simpan kemas agar menjadi satu kenangan yang tersyahdu.huhu.

Nawal, kawan, sahabat @ teman semenjak dari tingkatan 1 kami bersama-sama sehinggalah ke peringkat dpli ini. Namun takdir telah menentukan segalanya. Nawal telah mendapat tawaran sebagai pegawai hal ehwal agama Islam di Jakim. Aku pasrah dan redha kerana perpisahan di dunia yang didasari dengan dasar keimanan pastinya membawa suatu hikmah yang terindah daripada Allah Subhanahuwataala.

Perpisahan sebegini agak memeritkan jiwaku sebagaimana perpisahan daku dengan kak Sakinah. Kerna mereka di antara insan-insan yang amat caring dengan aku selain daripada keluarga yang tercinta.

Kak sakinah kata doakanlah untuk dia. Ya mestiii. Apa yang paling daku berharap sesangat ialah agar kami dapat bersama-sama menempuh onak duri, ujian dan rintangan dalam perjalanan menuju ke suatu jalan yang lurus menuju kepada tempat yang hakiki iaitu di syurga nanti serta berada dalam keredhaan Ilahi. Amin ya Rabbal 'Alamin...

4 ulasan:

a.t.u.l.a.s.c.a. berkata...

kak syud, ni kak nawal mane ni?? kak nawal group 2A tu ke? huhu...tahniah untuk kak nawal...! akak jangan cedih2 ye kak...setiap perpisahan Allah pasti gantikan dengan sebuah pertemuan....

Tanpa Nama berkata...

huu..jgn sdeyh2..ak pon tmpg sdeyh sbb xleh dgaq lwk kak nawal dh

.::Nur Faizah Azizan::. berkata...

jgn sdeye2 ye kak.. ;)

Ummu Mujahid berkata...

Buat semua.. nawal tak jadi pi.. Alhamdulillah..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails