Sabtu, 1 Disember 2012

Nikmat Allah

Assalamualaikum kepada yang sudi membaca. Sudah lama tidak berblog. Ingin juga saya kongsikan kisah hidup buat kenangan. Alhamdulillah pada 7hb 11 lalu lahirlah seorang puteri anugerah daripada Allah buat kami suami isteri. Ini adalah nikmat Allah yang nyata, anak kami sihat.
            Semasa saya mengandung, saya sering diingatkan tentang hb saya rendah. Macam-macam risiko yang diberitahu. Alhamdulillah saya tak ada apa-apa komplikasi sepanjang bersalin. Kadang-kadang terdetik dalam hati, harap-harap anakku lahir dalam keadaan sihat dan sempurna. Sepanjang saya mengandung, rasanya 4, 5 kali jugaklah scan baby. Salah satunya scan 3d. Setiap hari dok check keperluan baby and saya after bersalin. Cuti memang saya ambik awal 2 minggu sebab pi gheja pun cam xbersemangat. Hehe.
            Selama 2 minggu tu, memang xsabaqlah nak tunggu time bersalin. Mula-mula mama, abang and adik dok jangka bersalin awal la. Tengok-tengok sampai ke hari due date tak bersalin pun. Mama saya dah resah, takut macam-macam. Takut baby tertelan najis la. Saya teruskan dengan check jantung baby di klinik desa.  Saya pun resah juga dok pikiaq, terlalu banyak tanya dan baca pengalaman bersalin. Macam-macam cara juga saya baca macamana nak bagi mudah bersalin dan pengalaman orang yang overdue. Takut gak kalau kena induce or czer. Oleh itu saya usahakan dengan berdoa dan solat malam kepada Allah. Saya mintak supaya Allah mudahkan saya bersalin, saya tau bersalin tu sakit tapi saya mintak juga Allah mudahkan . Selain itu, adala yang saya buat seperti minum air zamzam, air akar fatimah, Salindah dan lain-lain. Tetapi yang tu sampingan ja. Yang utama dan yang berkuasa hanya Allah Subhanahuwataala. Semuanya dengan izinNya. Antara kata-kata azimat daripada insan-insan yang saya ingat.
        Mama: Kakak kena mintak sungguh-sungguh kat Allah.
        Tok: Buat sembahyang hajat la.. Dia yang berkuasa..
        Abang: Tak pa.. sakit tu jadi kaffarah dosa.
        Kak Wani dan Kak Zana: Apa-apa pun kita mampu hadapinya.
        Abah: Hang jangan lupa selawat dan Istighfar

Dan banyak lagi..


           Alhamdulillah Allah taala kabulkan urusan bersalin tanpa czer dan induce pada hari kelima overdue, Sakitnya pun tak lama. Semuanya bagi saya mudah dan mampu untuk dilalui. Sakit tu memang la ada tapi boleh bertahan lagi.
         
Lepas bersalin

           Rupanya lepas bersalin pun mencabar jugak. Dengan pantang, dengan nak jaga diri, dengan anak berjaga malamnya. Sebelum ni saya tak pernah ada pengalaman menguruskan baby, bila dah ada kelam kabut juga dok mesej kawan-kawan, google sana sini tentang pelbagai perkara yang sangat baru bagi diriku yang selama ini selalu berilek.. Teringat masa tak mengandung-mengandung lagi dulu. Mama kata.. " Ala, hampa enjoy dulu cara tak ada anak". La baghu cek tau ... Masa dalam pantang, sebenarnya emosi kita pun tak stabil. Kita akan rasa letih sangat dan dalam masa yang sama nak menguruskan bayi baru lahir. Memang kena banyak sabar berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ni.
            Okla.. setakat ni dulula cerita saya.. Nanti cerita len.  Wassalam.




           
         



Jumaat, 14 September 2012

8th Giveaway daripada umiyumi2




Assalamualaikum..

Lama tak berblog. Tetiba ja nak join Giveaway ni. First time pulak tu. Mana nak tau kalau ada rezqi. Jadi sesapa yang nak join jugak bolehlah menyertai 8th Giveaway daripada umiyumi2 seperti syarat-syarat berikut. Hadiahnya berupa kuali Tefal bersaiz 28 cm. 

1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca. 


2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.

3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : 
http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html

4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1  entry.

4) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada
 26 September 2012. 

5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.



Rabu, 12 September 2012

Perjalanan 32 Minggu

Assalamualaikumwarahmatullah kepada semua pembaca..

Terima kasih sudi tersinggah ke blog saya. Lama betoi tak update. Rasa macam buang masa bila ja nak update tapi teringin. Dulu-dulu saya pernah teruja tengok orang yang sebut bizi sangat sampai tak sempat nak update. Now, saya dah rasakan perasaan tu sebab fikir keutamaan mengupdate blog ni jatuh ranking yang agak ke bawah.

Pengalaman mengandung 32 Minggu

              Pada trimester pertama.. Mula-mula tau kata mengandung seronok tak sangga. Memang rasa macam nak teghyak sebab penantian selama 8 bulan. Rasa sangat kasih Allah taala. Kemudian masuk dalam bulan kedua kot.. Loya dan muntah ja hari-hari. Bila bangun tidoq ja terus nak pi sinki. Memang rasa tak tau nak habaq la. Tapi bila ingatkan orang lain lebih teruk lagi, ada yang sampai 7 kali sehari muntah. Saya hanyalah sekali dua cam tu ja dalam sehari. Tu pun tak tahan. Asyik berbaring ja. Pantang ada bau yang kuat sikit. Bau masakan tu tak payah cakapla. Memang kalau orang yang loya akan alah pada bau masakan. Uish.. bila ingat balik rasa cam loya lah pulak.. Erm saya mula buat buku pada minggu ke 8. Semua ok just anemia ja.

             Ok terus ke trimester kedua.. Masa ni dah lega loya dan muntah .Saya rasa macam baru menikmati indahnya mengandung.Makan pun selera dan berat pun bertambah. Hihi. Rasa macam tak percaya ja dah mengandung.  Baru sedaq kata dah mengandung bila baby dalam perut semakin membesar. Lepas tu pulak baby dalam perut dah mula menendang-nendang..hihi.. best. Tapi apa yang saya nampak masa time saya mengandung ni kalau dari sudut kerjaya saya la.. Saya semakin down ja. Mungkin bila dah mengandung jadi malas pikir pasal kerja. Rasa sedih jugak. Pastu jadi garang pulak tu. Huhu..

          Trimester ketiga..sekarang ni lah. Rasa macam adalah berat sikit bila nak jalan tu.. Tidoq pun macam seghyau-seghyau takut baby terpenyek ka apa ka.. Masa ni jugak dah scan 4d dekat Pusat Rawatan Mahsuri. Nampak muka baby yang comel tu. Macam muka Abi dia yang comel tu jugak..  Tapi barang belum beli habis lagi. Sempat lagi kot no. Kemudian nak usahakan bagi hb darah naik. Yang terbaru 9.3. Turun pulak. erm..

         Harapan saya agar saya dapat meningkatkan kualiti kerja saya. Memang rasa down and letih sangat bila kerja time mengandung ni. Tak bestkan. Saya ada apply tukar sekolah sebab nak bagi dekat dengan baby nanti. Usaha saja Allah yang menentukan. Mudah-mudahan saya lebih bagus bila dok sekolah baru. Manala nak tau kan. Ok setakat ini dulu. Akan diusahakan lagi untuk entri akan datang.

Khamis, 9 Februari 2012

Harus United..

Assalamualaikum...

Untukku dan sahabat-sahabatku...
 Kita sebagai guru agama di sekolah harus united..
 Jangan ada dengki-mendengki...
 Jangan ada yang berkira..
 Jangan ada yang malas...
 Jangan ada yang mengumpat..
 Jangan ada yang leka...
 Kita sebagai pendakwah bukat setakat guru agama..
 Kita perlu sebarkan dan fahamkan mereka yang belum memahami..
 Ini tugas kita..
 Kalau kita tak bersatu...
 Macamana pelajar-pelajar dan rakan-rakan kita?
 Kita perlu menjadi murabbi..
 Perbaiki diri dan serulah orang lain..
 Jikalau bukan kita yang menghidupkan agama Islam di sekolah..
siapa lagi..?

Isnin, 6 Februari 2012

BBM

Assalamualaikum..




"Sekarang ni tengah mencari BBM yang sesuai untuk anak murid saya... Itulah yang saya dok pikiaq hari-hari, Mungkin sebab saya cikgu baru. Jadi BBM saya terlalu sedikit dan kena update selalu... Kena kreatif untuk buat BBM supaya anak-anak murid pun suka nak belajaq.. Ermm.. Oleh kerana saya masih baru mengajar.. Jadi memang la kena buat BBM selalu. Nanti dah ada semua tajuk tak payahlah buat lagi. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Betoi dak? Betoi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails