Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Apa khabaq? Hope sihat. Hari ini saya teringin nak berkongsi idea mengajaq yang dapat kita gunakan dalam pengajaran. Tapi saya nak habaq betoi-betoi, saya pun tak berapa nak pandai. Sajala kongsi mudahan Allah bagi idea mengajaq pada saya lebih banyak lagi. Amin
Jom kita baca..
1)
Guna papan hitam
Inilah kebiasaan guru selalu guna. Pelajar tengok apa yang kita tulis di papan hitam. Lagi cantik kalau ada kapur warna warni. Kalau tak guna papan hitam, papan putih pun tak apa. Dengan menulis di papan hitam, kita dapat melakar apa yang ingin kita terang kepada semua orang. Pelajar juga dapat menyalin nota dengan apa yang kita tulis di papan hitam.
2)
Buku-buku pelajar
Buku-buku pelajar amat banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang guru menggunakan satu pembalut supaya pelajar dapat membezakan di antara subjek lain. Antaranya ialah:
a)
Buku Teks: Hat ni senang sebab semua pelajar ada buku teks. Buku teks pula berwarna-warni. Dalam buku teks pula ada disediakan idea-idea untuk mengajar. Nota pun semua ada dalam tu. Pada masa hadapan lagila canggih, ada buku teks digital. Ok, dengan buku teks kita boleh suruh depa:
- menulis nota berpandukan buku teks
- membaca teks
- Merujuk buku teks apabila membuat latihan
b)
Buku nota: Suruh depa hias buku nota depa cantik-cantik sikit. Pada muka surat pertama tulis biodata dan azam mereka. Bila depa salin nota, kita pilihla beberapa orang pemenang yang menulis nota paling cantik, kemas dan sebagainya. Mesti depa syok kot no. Lepas tu kita cop buku depa guna well done ka, tahniah ka.. Hat cop ni saya tak besa buat lagi, tapi nak buat.
c)
Buku Latihan: Buku latihan ataupun fail latihan bolehla dijadikan semangat untuk pelajar belajar seperti melihat siapakah yang paling banyak markah. Selain itu juga mungkin guru boleh melihat peningkatan latihan yang telah dibuat. Pembetulan juga boleh dibuat di dalam buku latihan.
3-
Video
Kalau video pelajar mesti suka sebab macam tv kan. Lepas tu video sekarang pun macam-macam. Video boleh dijadikan induksi untuk mengajaq. Video juga sesuai ditayangkan untuk menunjukkan perlakuan sesuatu, pengajaran, dan sebagainya. Pilihlah video yang bagus dan berkaitan. Elakkan video yang berunsur hiburan semata-mata dan membawa dosa seperti tidak menutup aurat dan sebagainya.
4-
Kad Imbasan
Kad Imbasan ni selain daripada kita beli, banyak juga cikgu suka buat sendiri sebab ikut silibus. Kalau zaman sekarang ni biasanya orang laminate untuk bagi lebih kemas dan cantik. Namun buat dengan kad manila ataupun daripada kotak masih lagi relevan untuk digunakan pada masa kini. Pelajar pun suka sebenaqnya.
5-
Ganjaran hadiah
Saya ingat lagi kenangan menjadi pelajar, kalau cikgu tawar hadiah semangat nih nak jawab. Masa dekat universiti dulu pun saya masih ingat ketika kelas Dr. Fadlan Othman, beliau selalu menawarkan hadiah buku bagi yang berjaya menjawab soalan. Syok betoi masa tu pasai memang suka sangat hadiah buku. So moral of the story bagila hadiah apa pun tak pa seperti duit, alat tulis, penanda buku or whatever as long ia adalah hadiah, pelajar-pelajar teruja nak jawab. Dan tak semestinya sebab jawab soalan juga. Terpulanglah, mungkin dia antara pelajar yang paling beradab pada ketika itu atau paling apa2...
6-
Kuiz
Kuiz ni menarik minat pelajar untuk bersaing di antara kumpulan atau individu. Buatlah kuiz macamana pun, jadikan kelas kita ceria dan bersemangat untuk menjawab. Pelajar-pelajar mungkin akan berusaha melakukan yang terbaik. Sebelum mula ngajaq, habaqla dulu kata nanti nak buat kuiz tengok siapa yang faham.
7-
Bercerita
Siapa yang pandai bercerita tu bonuslah sebab dapat dijadikan cara pengajaran. Pelajar kadang-kadang memerlukan kefahaman dengan cara penceritaan. Cerita yang menarik akan membuatkan pelajar anda ternganga. Sebagaimana saya mendengar cerita guru-guru saya.
8-
Garang
Aik garang pun idea gak ka. Maksud saya, bila kita menunjukkan ketegasan kita kepada pelajar mungkin dia akan lebih menumpukan perhatiannya. Berdiri dan renung setiap orang. Pelajar yang tidak menumpukan perhatian akan resah dan mencari kesalahan dirinya seterusnya melihat pengajaran anda. Memberi amaran sekiranya pelajar tidak menumpukan perhatian ataupun gagal menyiapkan kerja sekolah.
9-
Pamer nama pelajar
Ok, untuk idea ini saya berikan contoh, sekiranya pelajar tersebut berjaya menghafal rukun Iman. Tulis namanya nombor pertama di atas papan hitam supaya pelajar-pelajar lain dapat melihat. Ia seperti kuiz tetapi kita hanya mencatit kedudukan nombor. Mungkin jika kelas ramai memadailah meletakkan top 10 sahaja supaya orang terakhir tidak down.
10-
Latihan mengingat
Kita beri masa beberapa waktu untuk ingat dan kita adakan pertandingan atau kuiz. Cikgu kutip buku-buku nota dan padam papan hitam dan biarkan mereka menghafal. Mungkin lebih sesuai bagi pengajaran yang tidak terlalu banyak. Bagi sikit-sikit untuk pelajar ingat.
11-
Power Point
Power point dapat membantu anda menerangkan kepada pelajar sesuatu pengajaran kerana banyak dapat dimuatkan seperti gambaq, video, tulisan yang menarik dan sebagainya. Mungkin anda boleh mengajaq sepanjang PdP hanya menggunakan Power Point. Pastikan setiap slide tidak terlalu berat. letakkan gambar bersesuaian dan minmakan.
12-
Bimbingan rakan sebaya
Kadang-kadang dengan kita depa tak berapa nak ingat sangat. Kenal pasti pelajar yang lemah dan minta pelajar yang faham untuk mengajar mereka. Cara ini akan memberikan satu usaha yang baik dalam mempercepatkan kefahaman pelajar. Bagi pelajar menengah asingkan ikut jantina supaya tidak berlaku pergaulan bebas.
13-
Kumpulan
Bina kumpulan untuk membincangkan soalan-soalan yang diberi. Sekali lagi tolong jangan campuq laki pompuan.
14-
Pelajar tampil ke hadapan
Ini pun boleh menggetarkan hati pelajar untuk menumpukan perhatian. Panggil pelajar samada untuk jawab soalan, pembentangan, model dan sebagainya. Pelajar juga dapat melatih pengucapan awam.
15-
Tunjuk Cara
Ok, maksudnya guru menunjukkan contoh seperti perlakuan wuduk supaya pelajar nampak lebih real. Berlakon jika perlukan pengajaran sedemikian untuk memahamkan pelajar.
16-
Permainan
Macam-macam mainan kita boleh reka mengikut kesesuaian tajuk dan subjek. Antaranya kotak beracun, teka-teki dan sebagainya.
Err.. mata dah macam nak tutup. Banyak lagi nih, insya Allah akan update dari masa ke semasa di sini. Maaf jika terkurang. Sesungguhnya saya memang manusia yang lemah. Semoga ada manfaatnya. Insya Allah.