SESIBUk maNA pun..Jangan TiNggaLkan al-Quran.. Jika tidak nAnti kita akan cepat lalai.. Ingat.. :)
Ahad, 11 November 2007
KUmPuL keKuatan Diri.....
Bismillahirrahmanirrahim..
Lamanya saya tak post apa-apa artikel..hehe. Hidup ke tak blog ni..hehe.Ya Allah..Yang Maha Mengetahui.. Sesungguhnya daku mengetahui banyak perkara. Namun yang mampu ku laksanakan hanyalah sedikit.Ampunilah daku. Ini semua kerana diriku yang tidak tahan dengan godaan nafsu.
Bukannya saya ketandusan idea untuk menulis artikel.. sebenarnya saya mahu agar apa yang saya tulis di blog nanti adalah perkara yang saya juga laksanakan. Biarlah cakap serupa bikin.Hish..lemahnya aku. Insya Allah..tak lama lagi saya akan post beberapa artikel khas untuk sahabat-sahabat yang saya sayangi.
Saya akan berusaha menjadi mukmin sebenar.. Saya akan berusaha mengarang artikel untuk menyebarkan ilmu yang telah saya pelajari. Saya mahu sahabat-sahabat saya sedar akan luasnya rahmat Allah sebagaimana yang saya rasakan. Saya mahu sahabat-sahabat saya tahu dan merasakan nikmatnya menjadi seorang muslim sebagaimana yang saya rasai.. Saya mahu kita sama-sama beroleh keredhaan Ilahi.. Saya mahu kita semua masuk syurga..Insya Allah..
Sekian coretan ringkas saya buat kali ini..Salam perjuangan!

Sabtu, 13 Oktober 2007
Selamat Hari Raya
Untuk semua umat Islam..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir dan Batin
Semoga amal ibadah kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah Subhanahu wa taala dan diberi peluang lagi untuk bertemu Ramadhan.. Harapanku agar kita sama-sama istiqamah dengan amalan kita di bulan Ramadhan..Aminn.
Jumaat, 5 Oktober 2007
Hati seorang kawan..
Syafinatun menulis
"Nah, ambil benda ni. Apa ni? Hati aku Hati kau? Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku? Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih. Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke? Tapi maaf, untuk apa? Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja.Maksud kau. Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya. Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama. Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah.
sumber http://www.ukhwah.com/

Peluang Last minute dan lailatul qadar
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 15 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 15 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.
Semenjak dua menjak ini soalan-soalan agama yang sampai kepada saya menunjukkan minat orang kepada ilmu Islam secara agak luar biasa, mungkin kerana ia merupakan bulan Syaitan dibelenggu. Alhamdulillah. Kita mengharapkan prestasi dan minat yang sama akan berterusan setelah tamatnya Ramadhan nanti.
Tidak terkecuali juga, soalan-soalan yang menggambarkan agak keringnya umat Islam kini dari ilmu Islam. Dari bentuk soalan-soalan yang diutarakan, seseorang pasti dapat mengandaikan tahap ilmu dan kefahaman seseorang.
Saya tiada masalah dengan soalan sebegini, cuma adakalanya merasa sayu dengan pengetahuan si penanya. Jangan bimbang saya tidak kenal anda, tidak perlu merasa malu. Lebih penting adalah kesungguhan dan minat yang masih berbaki untuk pelajari, ia jauh lebih baik dari menjadi orang yang langsung tidak mengendahkan keredhaan dan ketetapan hukum yang ditentukan Islam. Tahniah.
Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir
"Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan saya
"Study last minute"
"Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"
"Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"
Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.
Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.
Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.
Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :
وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ
Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )
J ika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.
Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.
Memang benar tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat.
Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.
Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.
Kehebatan Malam Al-Qadr
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Imam Al-Qurtubi mencatatkan
قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق
Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)
Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?
Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?
Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.
Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.
Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram
.
Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.
Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.
Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)
Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://zaharuddin.net/
15 Ramadhan 1428 H
27 September 2007

Selasa, 4 September 2007
PERINGATAN BERSAMA..MEMBETULKAN NIAT DALAM MENUNTUT ILMU
SABDA NABI S.A.W ERTINYA : DARIPADA KA’AB BIN MALIK R.A KATANYA : AKU MENDENGAR RASULULLAH S.A.W. BERSABDA: SESIAPA YANG MENUNTUT ILMU (AGAMA) UNTUK MENYAINGI ULAMA ATAU BERBAHAS DENGAN ORANG JAHIL ATAU SUPAYA DENGAN ILMU TERSEBUT WAJAH ORANG RAMAI TERTUMPU KEPADANYA, MAKA ALLAH MASUKKAN DIA KE DALAM NERAKA.
(RIWAYAT AL-TIRMIZI, IBN MAJAH DARIPADA IBN ‘UMAR, AL-HAKIM DARIPADA JABIR BIN ‘ABDILLAH. AL-HAKIM MENSAHIHKANNYA DAN DISETUJUI OLEH AL-ZAHABI. LIHAT : AL-MUSTADRAK 1/272, CETAKAN DAR AL-MA’RIFAH, BEIRUT. ADA PERSELISIHAN DALAM MENENTUKAN KEDUDUKAN HADITH INI, NAMUN HADITH INI MEMPUNYAI SYAHID (PEMBUKTIAN DARIPADA RIWAYAT LAIN) YANG MENJADIKANNYA PADA DARJAH SAHIH).
"Menuntut ilmu itu adalah untuk mencari kebenaran serta menegakkannya dan berpegang dengannya......."
Linkin Park.. Blink 182..Avril Lavigne..Good Bye!
‘In the End..it doesn’t even matter..”
Suatu waktu dulu.. aku seorang penggemar muzik yang agak hebat jugak.Minat aku pada lagu-lagu sangat mengharukan. Aku kenal habis lagu-lagu serta penyanyinya. Yang paling aku minat lagu omputih dan lagu berunsur rock.Lirik-liriknya ku hafal. Lagu-lagu tulaa yang menjadi santapan rohani aku bilamana aku rasa tension, sedih dan boring . Aku merasakan seolah-seolah ia mengiringi perasaan aku dan begitu memahami aku. Masuk bilik aku akan pastikan ianya dipasang agar hati ini tidak sepi. Aku paling minat linkin park. Kenapa aku minat linkin park? Aku rasa depa hebat! Terutama mike shinoda, dengan gayanya yang rocker+ rap. Rasa macam cool gila ah.Bila nak tulis kata-kata hikmat kat orang, selalu ku ambil lirik-lirik lagu linkin park. Barula power. Padahal depa (mereka) bukan orang Islam.. Betapa tulinya hati aku. Masa tuu aku tidak nampak dengan jelas kenapa kak-kak pengawas dan kak-kak badan dakwah selalu melarang kami dengar lagu..Abah ngan mama pun selalu marah kalau aku bukak lagu-lagu ni. Xdak pa palahh bagi ku..dengar lagu ja.. Walaupun dalam hati ini terdetik juga menyatakan kegilaan aku ini memang tidak baik. Namun aku tidak nampak ia sesuatu perkara yang perlu dibesar-besarkan.
Then..al-kisah..timbul kesedaran yang sebenar pada diriku.. iaitu pada hari pertama aku mula masuk kelas tutorial Qiraat dan Hafazan yang dikendalikan oleh Ustaz Ashraff( Pensyarah jabatan al-Quran dan al-Sunnah).Barakallahufik.Masa tuu aku baru first year di ukm.. Pada hari tersebut, Ustaz memulakan intro kelas pertamanya dengan bercerita mengenai kelebihan al-Quran. Syarahan Ustaz yang memukau tuu menusuk dalam kalbu aku. Kemudian ustaz menyentuh sikap orang yang suka dengar lagu-lagu selain daripada nasyid. Katanya..kenapa hendak dengar lagu-lagu orang yang lalai dengan ajaran agama..lebih baik dengar lagu nasyid..Tidak elok(begitulah lebih kurang maknanya). Aku tersentak..betui jugak..
Firman Allah taala:Maksudnya: ”..dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati Kami..”
(18:28)
Asyik jadi halwa telinga, berkumpul di ingatan.. Memang boleh melalaikan aku..boleh menggelapkan hati nih dengar nyanyian orang yang terang-terang lalai dengan agama. Aku ni lagila dasyat..suka dengar lagu orang kafir..berlainan anutan pulak tuu. Apa yang selalu aku jadikan sebagai pengisian jiwa aku itu tidak didasari wahyu, sebaliknya hanya menurut keinginan hati. Lirik-liriknya pula terlalu mengikut kata hati, terlalu bersedih..terlalu berputus asa..terlalu melayan hati yang lara..kadang-kadang terlalu ganas. Mengapa hendak diturutkan kata hati sedangkan kita ada panduan yang lengkap iaitu al-Quran. Ngeri jugak aku bila benda-benda sebegitu yang aku simpan di hati ini dan selalu menerawang di fikiran aku . Aku tak mahu ia jadi sebahagian daripada diri aku. Aku tidak mahu kerana benda tuu hati ini tidak dapat melihat petunjuk Ilahi.Sedangkan selain mencapai kebahagian di dunia ini, aku juga ingin hidup bahagia di akhirat sana... Hidup ini hanyalah sementara. Aku muhasabah diri aku..Aku hitung kembali sikap-sikap mazmumah aku.
Firman Allah taala:Maksudnya: ”..padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit”
(9:38)
Firman Allah taala: Maksudnya:” Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”
(87:17)
Hmm..hati ini juga tersentuh melihat amalan seorang sahabat aku ni. Dia langsung tak mendengar lagu-lagu. Sebaliknya Al-Quran dijadikan pengubat jiwa. Alhamdulillah.. aku dipertemukan dengan orang sebegini. Aku akui aku nampak kelebihan pada amalannya itu.
Firman Allah S.W.T: ( Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman).. 17:82.
Ya..betul..kita sebagai orang Islam sepatutnya menjadikan al-Quran sebagai penenang jiwa bukan lagu-lagu yang merosak jiwa. Bahkan apabila kita membaca al-Quran kita dikira beribadat, diberi pahala,rahmat dan petunjuk yang sebenar dalam mengharungi masalah. Bukannya memanjangkan kesedihan dan ketidakpuasan hati kita. Sungguh.. Allah itu Maha Penyayang. Syukur, setelah aku menghentikan tabiat aku yang minat ’giler’ pada lagu-lagu yang lagha nii...aku dapat melihat banyak kelemahan pada diriku dalam mempersiapkan diri menuju akhirat. Bacalah Al-Quran..ia melembutkan hati kita.. .Kita disuruh agar membaca agar hati kita senatiasa hidup. Baca dan hayati maknanya.. Alhamduliillah di atas petunjukMu serta rahmatMu ..Semoga diri ini tetap di atas jalanMu..
Selamat datang..ahlan wasahlan..welcome
Bismillahirrahmaanirrahiim…
Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan sekalian alam dan selawat serta salam ke atas Rasulullah.
Syukur yang tidak terhingga..dengan izinNya, Allah taala masih memberikan peluang kepada aku untuk membuat blog. Dapat jugak aku menyumbang sesuatu... Walaupun blog ini nampaknya serba kekurangan.. Namun insya Allah, aku akan cuba mengupdate blog aku ini dari semasa ke semasa. Segala tunjuk ajar dan teguran daripada sahabat-sahabat amat aku harapkan.
Kemudian..aku nak tujukan penghargaan kepada mama dan abah aku yang banyak berkorban untuk aku..dan kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi inspirasi kepada aku secara langsung ataupun tidak langsung.terima kasey laa banyak-banyak..i lap u all..
Semoga usahaku ini diredhai olehNya...Sama-samalah kita saling ingat mengingatkan.. Aku amat mengharapkan pandangan dan pengalaman sahabat-sahabat untuk dikongsi bersama agar kita semua dapat bersama mencapai kebahagian di dunia dan akhirat nanti..Aminn
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Langgan:
Catatan (Atom)