Rabu, 25 Februari 2009

Jangan LaGhA.....!!


Hari-hari yang penuh dengan l a g h a..
Bismillahirrahmanirrahim..
Pagi itu..aku bangun dengan mendadaknya.. Kepala otak ku terasa begitu berserabut sekali, entah mengapa agaknya.

Wahai Muslimah.. Engkaukah Mujahidah itu? Tidak.. Tidak..pastinya tidak. Aku cukup pasti… Aku terus membuka laptop aku. Ya Allah, gersangnya jiwa aku. Aku mesti mencari sesuatu untuk menyuburkannya kembali. Aku mencari-cari siri ceramah yang sesuai. Kemudian aku menjumpai satu sesi ceramah singkat dalam 15-20 minit oleh AA Gym. Subhanallah, terubat sedikit rasanya jiwaku ini.

Dengan rasa rendah diri dan hinanya, saya ingin memperingati kita bersama hasil daripada muhasabah diri ini.. Mudah-mudahan hambaMu ini kekal di jalan yang benar. Amin Ya Rabbal ‘Alamin…………..



Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya,-
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:-
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)

Cuba sahabat-sahabat lihat pada ayat yang saya ihighlightkan. Menjuhi diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia adalah ciri-ciri seorang mukmin yang berjaya. Orang mukmin yang berjaya bukan sahaja tidak melakukan perkara yang sia – sia malahan mereka memastikan diri mereka tidak menghampiri perkara – perkara tersebut.Orang mukmin tidak akan lakukan sesuatu yang sia-sia baik dari segi perbuatan mahupun perkataan kerana perkara-perkara ini akan membuatkan diri seseorang itu lalai dari sentiasa mengingati Allah swt. Namun begitu, pada masa kini terlalu banyak godaan yang berbentuk hiburan buat kita. Hanya benteng iman dan taqwa sahaja yang dapat menangkis segala godaan-godaan itu.

Jadi apakah itu perkara sia – sia? Perkara sia-sia ialah yang tidak mendatangkan sebarang faedah, keuntungan mahupun kebaikan sebagai seorang khalifah dan hamba Allah .Antara contoh-contoh benda-benda yang sia-sia ini adalah seperti membuat benda yang tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan iman seorang individu itu dengan bersembang sia-sia, melihat cerita-cerita drama yang berunsur hiburan semata, mendengar umpatan dan sebagainya.

Orang yang beriman selalunya tidak bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka mesti menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Kita mesti mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia.
Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala.Berdiamlah jika diam itu untuk mengelakkan dari berkata-kata perkara maksiat dan sia-sia atau supaya tidak menyakiti hati orang dan dibuat kerana takutkan Allah.

Sedangkan dengan melakukan perkara-perkara yang menyebabkan iman seseorang meningkat adalah lebih baik daripada menghabiskan waktu dengan perkara lagha. Antaranya ialah dengan memuji Allah swt dengan zikrullah, membaca Al-Quran dengan menambah pengetahuan kita tentang Allah. Rebutlah peluang-peluang keemasan ini di depan matamu. Walaupun di era yang serba canggih ini kita dapati semakin banyak budaya kotor yang menular namun disebaliknya kita boleh menggunakannya untuk kebaikan. Gunakan kemudahan teknologi ini yang memudahkan dan mempercepatkan urusan kita untuk kita melakukan amalan-amalan soleh bukannya menambah saham dosa.

Sesungguhnya setiap saat waktu adalah modal kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Samada kita pandai menggunakannya ataupun membazirkannya. Pandai menjaga waktu merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.

Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi.

Kita amat sedih jika kehilangan duit tetapi tidak menyesali cepatnya waktu itu berlalu. Sesungguhnya nilai waktu itu melebihi dengan nilai emas. Bila waktu telah berakhir tiadalah lagi modal kita untuk melipatgandakan amal agar kita selamat di sana. Ya Allah..kuatkanlah diri ini untuk mengurus waktu yang amat bernilai itu.

Selasa, 24 Februari 2009

Sinopsis Dpli dalam masa 2 bulan..


Assalamualaikum buat sesapa yang membaca, terbaca dan dibacakan blog ni..

Ini adalah luahan rasa pada 8 Februari 2009..

Waktu sekarang menunjukkan pukul 5.43 petang. Saya sedang duduk di depan laptop sambil mencari bahan assignment. Alhamdulillah sekarang saya sedang menjalani kursus yang bakal menggelarkan saya sebagai seorang pendidik.

Entri kali ini akan menyentuh mengenai nikmat Allah dan kasih sayangNya.
Saudara-saudari sekalian, saya ingin mengajak anda menyelami kata-kata saya. Mudah-mudahan ia akan membawa hasil yang positif.

Sejak dua menjak atau tiga menjak ni, saya banyak benar melakukan dosa. Sehinggakan boleh melayakkan saya menjadi ahli neraka secara rasminya. Saya amat takut sekali.. Saya selalu terfikir apakah kaffarah yang bakal ku lalui nanti. Tetiap hari dok pikiaq sebelum dari masuk dpli lagi. Saya membayangkan dosa-dosa saya lalu kadang-kadang saya terfikir bagaimana agaknya cabaran dan ujian dalam dpli nanti a.huhu.

Tapi.. Allah sangat penyayang. Saya tidak merasakan sebarang kesukaran atau kegelisahan yang teramat ketika sedang berkursus dalam dpli ini. Saya begitu malu yang amatt. Memang tidak terhitung nikmat-nikmat Allah kepada saya. Di dpli ini, saya mendapat ramai kawan baru yang baik-baik belaka. Environment kehidupan saya tidaklah menyesakkan dada saya. Saya juga mendapat ilmu yang pelbagai di sini.

Sahabat-sahabat, sesungguhnya Allah teramatlah pengasih kepada hambaNya. Dia telah memberi kebaikan kepada kita melalui perantaraan hamba-hambaNya dan sebagainya. Contohnya seperti saya, pada hari ini, saya tinggal berseorangan dan rasa cam tak berapa nak bersemangat. Lalu Allah telah mengirimkan sahabat-sahabat yang telah menceriakan dan mengembalikan semangat saya ketika waktu makan tengahari. Pada hari ini juga dengan nikmat kasih sayangNya, saya masih mampu untuk membasuh dan meyidai baju walaupun badan saya rasa sakit-sakit sikit sebab main bola tampar, badminton dan berjogging. Huhu.. hati saya juga semakin terubat apabila bertemu dengan orang-orang di sini yang sentiasa murah dengan senyuman walaupun tak kenal pun sapa yang senyum tu. Ahh..terlalu banyak untuk saya khabarkan di sini. Tapi cubalah sahabat-sahabat renungkan kembali nikmat yang sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya yang kita dapat pada hari ini. Itulah tanda kasih sayangNya kepada kita. Dia terlalu sayanggggg kepada kita…. So.. Bersyukurlah.. :) . Selagi ada peluang marilah kita melakukan amal makruf nahi munkar. Moga-moga juga dosa-dosa kita yang lalu akan terhapus.

Saya harap usaha saya yang kecik ni adala manfaatnya. Sekian dulu,..wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails