Rabu, 25 Februari 2009

Jangan LaGhA.....!!


Hari-hari yang penuh dengan l a g h a..
Bismillahirrahmanirrahim..
Pagi itu..aku bangun dengan mendadaknya.. Kepala otak ku terasa begitu berserabut sekali, entah mengapa agaknya.

Wahai Muslimah.. Engkaukah Mujahidah itu? Tidak.. Tidak..pastinya tidak. Aku cukup pasti… Aku terus membuka laptop aku. Ya Allah, gersangnya jiwa aku. Aku mesti mencari sesuatu untuk menyuburkannya kembali. Aku mencari-cari siri ceramah yang sesuai. Kemudian aku menjumpai satu sesi ceramah singkat dalam 15-20 minit oleh AA Gym. Subhanallah, terubat sedikit rasanya jiwaku ini.

Dengan rasa rendah diri dan hinanya, saya ingin memperingati kita bersama hasil daripada muhasabah diri ini.. Mudah-mudahan hambaMu ini kekal di jalan yang benar. Amin Ya Rabbal ‘Alamin…………..



Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya,-
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:-
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)

Cuba sahabat-sahabat lihat pada ayat yang saya ihighlightkan. Menjuhi diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia adalah ciri-ciri seorang mukmin yang berjaya. Orang mukmin yang berjaya bukan sahaja tidak melakukan perkara yang sia – sia malahan mereka memastikan diri mereka tidak menghampiri perkara – perkara tersebut.Orang mukmin tidak akan lakukan sesuatu yang sia-sia baik dari segi perbuatan mahupun perkataan kerana perkara-perkara ini akan membuatkan diri seseorang itu lalai dari sentiasa mengingati Allah swt. Namun begitu, pada masa kini terlalu banyak godaan yang berbentuk hiburan buat kita. Hanya benteng iman dan taqwa sahaja yang dapat menangkis segala godaan-godaan itu.

Jadi apakah itu perkara sia – sia? Perkara sia-sia ialah yang tidak mendatangkan sebarang faedah, keuntungan mahupun kebaikan sebagai seorang khalifah dan hamba Allah .Antara contoh-contoh benda-benda yang sia-sia ini adalah seperti membuat benda yang tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan iman seorang individu itu dengan bersembang sia-sia, melihat cerita-cerita drama yang berunsur hiburan semata, mendengar umpatan dan sebagainya.

Orang yang beriman selalunya tidak bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka mesti menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Kita mesti mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia.
Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala.Berdiamlah jika diam itu untuk mengelakkan dari berkata-kata perkara maksiat dan sia-sia atau supaya tidak menyakiti hati orang dan dibuat kerana takutkan Allah.

Sedangkan dengan melakukan perkara-perkara yang menyebabkan iman seseorang meningkat adalah lebih baik daripada menghabiskan waktu dengan perkara lagha. Antaranya ialah dengan memuji Allah swt dengan zikrullah, membaca Al-Quran dengan menambah pengetahuan kita tentang Allah. Rebutlah peluang-peluang keemasan ini di depan matamu. Walaupun di era yang serba canggih ini kita dapati semakin banyak budaya kotor yang menular namun disebaliknya kita boleh menggunakannya untuk kebaikan. Gunakan kemudahan teknologi ini yang memudahkan dan mempercepatkan urusan kita untuk kita melakukan amalan-amalan soleh bukannya menambah saham dosa.

Sesungguhnya setiap saat waktu adalah modal kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Samada kita pandai menggunakannya ataupun membazirkannya. Pandai menjaga waktu merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.

Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi.

Kita amat sedih jika kehilangan duit tetapi tidak menyesali cepatnya waktu itu berlalu. Sesungguhnya nilai waktu itu melebihi dengan nilai emas. Bila waktu telah berakhir tiadalah lagi modal kita untuk melipatgandakan amal agar kita selamat di sana. Ya Allah..kuatkanlah diri ini untuk mengurus waktu yang amat bernilai itu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails