Rabu, 2 September 2009

Rasulullah contoh terbaik..


Salah seorang pelajarku yang comel dan lawak..

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca tulisan yang tidak seberapa ini. Kiranya adalah manfaat yang dapat diambil dari blog ini. :)

********
Pagi tadi sambil saya bersiap-siap ke sekolah, seperti biasa saya akan melayan kuliah tafsir al-Quran daripada Ustaz Zahazan di radio IKIM.fm. Sebenarnya hari ini adalah hari di antara hari-hari lain yang akan saya geruni.Huhu. Sebab apa ya.. Sebab hari Rabu memanglah hari yang mencabar bagi diri saya.


Suri tauladan terbaik...

Semasa mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan, saya merasa terubat sedikit segala kegusaran dan kebimbangan. Alhamdulillah. Saya amat tertarik dengan apa yang disampaikan olehnya. Antaranya adalah tentang Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sebagai suri tauladan terbaik. Semoga dengan ceramah itu menambahkan kecintaanku kepada kekasih Allah yang mulia. Saya tersedar dengan kata-kata ustaz tersebut supaya menyanjung tinggi, mengambil tauladan dan iktibar daripada Rasulullah kerana baginda adalah insan yang terpilih dan mulia. Ustaz menambahkan lagi kata-katanya agar kita semua lebih mengagungkan Rasulullah, para sahabat dan salafussoleh kerana keimanan dan ketaqwaan mereka sudah diakui. Ini berbeza dengan orang yang masih hidup kerana kita tidak tahu keimanan mereka di kemudian hari. Kesolehan seseorang itu hanya dapat dilihat pada pengakhiran hidupnya. Hati manusia mudah membolak-balik sebab itu kita jangan terlalu yakin apabila kita sudah digelar oleh orang sebagai orang baik tetapi dikemudian hari jika iman kita tidak teguh ataupun ketaqwaan semakin hilang, boleh jadi menyebabkan pengakhiran kita berbeza daripada sebelumnya.Lalu mencampakkan diri kita kepada kebinasaan.Na'uzubillahiminzalik. Saya akui kadang-kadang saya terlalu menyanjung insan yang masih hidup hingga terlupa kepada role model terbaik kita iaitu Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.


Berhikmah, sopan dan lemah-lembut

Saya juga tertarik dengan isi kandungan ceramah tersebut yang menceritakan tentang akhlak Nabi, Ya.. nabi bukan setakat berakhlak kepada orang Islam bahkan kepada haiwan dan orang bukan Islam. Jadi ia menambahkan lagi semangat untuk saya dalam menghadapi cabaran pada hari ini.. Seterusnya kisah-kisah Rasulullah yang begitu berhikmah, sopan dan lemah-lembut. Contohnya bagaimana orang arab badwi yang sangat kasar dalam bertemu dengan Rasulullah dilayannya dengan penuh berhikmah untuk menjinakkan hatinya kepada jalan yang benar. Subhanallah.. Dan banyak lagi kisah-kisah lain yang menunjukkan sikap Rasulullah yang begitu halus dan berhikmah.. Hmm.. bagaimana dengan sikap kita apabila berhadapan dengan orang yang kasar begini.. Mungkin kita akan melenting kepada sikap tidak hormatkan orang. Kata-kata ini kutujukan khusus kepada diriku sendiri yang mudah melafazkan kemarahan.

Pada tengahari tadi saya berusaha melalui cabaran itu. Mengaplikasikan cara Rasulullah berdakwah.Kepada Allah saya bertawakkal. Sedih tu memang sedih. Lepas solat Zohor di surau ku curahkan segalanya kepadaNya.. Memori tentang kelas itu masih berlegar-legar di kepalaku. Saya terus menuju kepada sahabat saya Ustazah Basirah yang sedang menjaga kelas 5ss untuk menemaninya. Tak disangka terjadi satu perkara yang melawakkan sehingga habis satu kelas ketawa. Dan memori kelas 5ss meluputkan memori luka saya sedikit sebanyak. Alhamdulillah sehingga ke saat ini fikiran saya tidaklah sangat terbeban dengan masalah yang dihadapi siang tadi tetapi tersenyum-tersenyum seorang diri kerana mengingatkan peristiwa lawak di kelas 5ss...........

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.........

3 ulasan:

pikah yang baik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pikah yang baik berkata...

hee..silap taip daa td..tuh yg remove..akak....berusaha!

Ummu Mujahid berkata...

adik terima kasih sbb selalu bagi semangat kat aku...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails