Isnin, 30 Ogos 2010

Ramadhan yang hampir ke penghujungnya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini sudah hari yang ke 20 kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu. Itu saya akui. Dan telah sampai masa yang kita tunggu-tunggu iaitu meraih malam lailatul qadar di sepuluh malam yang terakhir.

Oleh itu marilah sama-sama kita mengusahakan dan memaksakan diri kita untuk meningkatkan lagi ibadah kita. Ayuh, janganlah asyik mendengar lagu raya sahaja, memikirkan pasal baju raya apa yang ingin dipakai. Feel ramadhan dahulu. Peluang keemasan masih ada. Tidakkah kita mahu kalau dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah . Inilah peluang yang Allah janjikan kepada hamba-hambaNya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Perhatikan baik-baik hadith ini:


Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda :





“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan

dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”





Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)



Bagi muslimah yang datang haid, janganlah sedih, banyak lagi ibadat yang dapat kita lakukan.
Itu adalah fitrah bagi setiap muslimah jadi terimalah takdir ini dengan seadanya dan Allah itu Maha Adil. Jangan sedih k..

Lagi satula teguran untuk saudari muslimah ku yang ku kasihi.. Di bulan puasa yang mulia tatkala kaum muslimin sedang berjuang menjaga puasa maka mintak tolong hormat dengan mengenakan baju yang menutup aurat. Janganlah pergi bazar dengan baju yang dok pakai di rumah. Mintak tolonglah ya..sama-sama mengingatkan. Lagipun, kan nampak lebih manis pakai baju yang menutup aurat di bulan yang mulia ini. Bila lagi nak mula buat perubahan kalau tidak di bulan yang berkat ini.. =)

Ok Jumpa lagi bila ada masa Insya Allah.. selamat beramal soleh... =)


2 ulasan:

sweetie2010.blogspot berkata...

Selamat beramal juga buat adik, Bersama kita menambah amal ibadat dan mendapat kelebihan malam lailatulQadar.

Moga puasa kita diterima Allah swt dan dosa2 kita diampunkan di penghujung ramadan ini. Amin.

Ummu Mujahid berkata...

Kak Sweetie mudah-mudahan kita beroleh ampunan daripada Allah.. Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails