Selamat hari raya buat semua.. Taqabbalallahu Minna wa minkum (Semoga Allah menerima amal-amal kita semua).
Khamis, 9 September 2010
Daun yang jatuh takkan membenci angin
Bismillahirrahmanirrahim..Jom baca artikel ni. Sangat menyentuh hati.. =)
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.
KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”
Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.
Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.
Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.
Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.
Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.
Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.
Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.
Label:
^tINGKATKAN iMAN DAN TAQWA^,
^Ukhwah^
Ahad, 5 September 2010
Gadis yang solehah..
Bismillahirrahmanirrahim..
Gadis yang solehah itu cukup ku kagumi..
Hari-hari ku damba untuk menjadinya..
Gadis yang solehah itu ..
Menjadi pandangan yang menyejukkan bagi setiap mata keimanan..
Gadis yang solehah itu..
Cukup malu dari melakukan maksiat..
Gadis yang solehah itu..
Sangat menjaga auratnya supaya tidak menjadi ujian bagi kaum Adam..
Gadis yang solehah itu..
begitu taat dan kasih pada kedua ibu bapanya..
Gadis yang solehah itu..
takut terjebak dalam ikhtilat...
Gadis yang solehah itu ..
Insya Allah bakal menjadi peneman dan pembantu seorang mujahid..
Dan membesarkan pejuang-pejuang Islam...
Gadis yang solehah itu pastinya Mujahidah sejati mengagungkan cinta Ilahi dalam hidupnya.....
serta tulus dan ikhlas dalam amalan..
Teruslah berusaha menjadi gadis solehah itu.........
Masih belum terlambat bagi setiap detik keinsafan...
untukku menjadi gadis solehah itu..
luahan perasaan:
Syuhada@Ummu Mujahid
5/9/2010
Catatan muhasabah diri dari kelalaian~
Label:
^Bait-bait pilihanku^,
^Duhai Wanita^
Mencari diri dalam sinar Ramadhan..
Bismillahirrahamnirrahim..
Tadi baca artikel di saifulislam.com sangat sedih. Tajuk dia jemputan buat yang sudi. Sila renungkan hadith ni..
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau meriwayatkan daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa sesungguhnya baginda telah bersabda: Setiap umatku masuk ke Syurga kecuali yang menolaknya. Lalu baginda ditanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang menolak (peluang masuk ke Syurga) itu? Baginda menjawab: Sesiapa yang mentaatiku, dia masuk ke Syurga, sesiapa yang mengingkariku maka dia itulah yang menolak [Hadith riwayat al-Bukhari]
Allah taala dengan rahmatNya yang Maha Agung telah memberi peluang kepada kita dengan banyaknya. Di antaranya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Apakah kita telah berusahan untuk mengaut semua peluang-peluang itu?
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Renunglah pula pada ayat al-Quran di atas. Allah memerintahkan kita berpuasa supaya dapat menggilap lagi taqwa kita. Apakah sudah kita tingkatkan ketaqwaan kita pada bula ramadhan ini. Bulan ramadhan bakal meninggalkan kita.
Air mata
Sudahkah air mata kita ditumpahkan untuk muhasabah keinsafan? Ataukah air mata itu ditumpah untuk pada perkara yang sia-sia? Pada makhluk yang tidak dapat memberi apa-apa harapan? Pada harapan yang tidak kesampaian? Pada dunia yang fana ini?
Sama-sama kita renungkan sejenak... Semoga saya dan anda semua sentiasa sedar akan kelalaian diri supaya tidak lupa akhirat..
Insya Allah.........................
Sama-sama kita renungkan sejenak... Semoga saya dan anda semua sentiasa sedar akan kelalaian diri supaya tidak lupa akhirat..
Insya Allah.........................
Sabtu, 4 September 2010
Pendengar setia ku.......
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah... Dengan izinNya dapat saya sampai dengan selamatnya di Kampung Kota Mengkuang pagi tadi. Berjumpa mama dan abah dengan gembiranya. Sesampainya di rumah saya menceritakan apa yang terbuku di hati.
Pendengar yang setia
Saya sangat selesa bercerita masalah saya dengan mama dan abah. Mereka sangatlah pendengar yang setia pada setiap keluhan jiwa saya. Walaupun berulangkali saya meluahkan masalah yang sama, tapi mama dan abah tidak jemu-jemu memberikan kaunseling, sokongan dan nasihat kepada saya.
Alhamdulillah..diikutkan hati sebenarnya saya pasti hiba dengan masalah yang kecil ni. Tapi mama dan abah sentiasa memberi cadangan kepada saya. Sekarang masalah yang timbul mampu ditenangkan dan dibuang jauh resah di hati...
Akhir kalam...
Hidup memang tidak lari dengan masalah.... Kita kena kembali kepada ajaran Islam bagi setiap permasalahan yang timbul dalam hidup. Janganlah segan-segan berkongsi masalah dengan ibu ayah kita kerana mereka adalah antara orang yang paling memahami diri kita ~
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil.
Label:
^keluarga^,
^Muhasabah diri sendiri^
Rabu, 1 September 2010
Masa terus berlalu...
Bismillahirrahmanirrahim...
Pagi tadi telah menyaksikan penutupan satu program Ihya' Ramadhan di sekolah saya. Sungguh cepat masa berlalu.. Segala-galanya pantas. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Setiap hari bakal berlaku perubahan.
Tidak lama lagi bakal bertemu dengan keluarga di Kampung. Adik saya dah buat status di facebook cakap rindukan saya.Hehe. Biasalah bila dok jauh dengan keluarga macamnilah. Tapi, Alhamdulillah, sahabat-sahabat dan kakak-kakak di sini baik belaka. Orang sini lemah-lembut dan bersopan-santun. Alhamdulillah sekali lagi. Salah satu rezeqi yang tidak dapat dihitung oleh saya. Tetapi Islam di sini masih lagi minoriti.=(. Mudah-mudahan hidayah Allah menerangi Tambunan. Insya Allah sama-sama kita doakan.
Semoga bulan Ramadhan ini bakal menyaksikan satu perubahan yang baik buat diri kita semua. Biarlah sedikit asalkan istiqamah. Insya Allah..teruslah berubah jika diri masih dibelenggu kemaksiatan..teruslah berubah jika diri masih tidak ikhlas..teruslah berubah jika ingin meraih darjat taqwa..teruslah berubah jika ingin berjaya meraih cinta ALLAH.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah di blog yang biasa-biasa ini. Harapan saya agar segala yang dicoretkan dapat diambil manfaatnya walaupun sedikit. Semoga kita semua sama-sama dijauhkan daripada api neraka dan mendapat tempat di syurga. Amin...
Langgan:
Catatan (Atom)