Alhamdulillah, sesungguhnya saya amat bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala di atas segala nikmat-nikmat yang telah dikurniakannya. Memang tidak mampu untuk ku hitung.. Saya juga berasa amat bersyukur kerana ditakdirkan untuk menjadi seorang pendidik. Bukannya apa.. bila saya sudah bergelar Ustazah sekurang-kurangnya dapat saya mengingati kembali ilmu-ilmu yang telah dipelajari pada zaman muda-muda sehingga sekarang ini. Menjadi seorang ustazah jugak membuatkan saya berusaha menjadi insan yang solehah kerana ingin anak-anak didik kita tidak melakukan perkara maksiat ataupun buruk yang kita tunjukkan sehingga menyebabkan tarbiyah kita kurang berhasil. Kalau tidak bergelar seorang ustazah, mungkin lebih kurang lagi usaha saya dalam mendidik diri sendiri. Jom tengok sat isi kandungan falsafah pendidikan di Malaysia..
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dari segi memberi sumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Kalau dihayati pada falsafah pendidikan di Malaysia di atas begitu cantik sekali kerana ia mempunyai konsep bersepadu di antara intelek, rohani dan jasmani. Oleh itu, dari segi rohani guru pendidikan Islam adalah orang yang paling menonjol untuk memainkan peranan. Walaupun pada hakikatnya setiap orang Islam wajib berdakwah antara satu sama lain.
Menjadi seorang mukmin yang kuat adalah perkara penting yang perlu diusahakan oleh seorang guru pendidikan Islam. Menurut Imam Nawawi, mukmin yang kuat bermakna:
~keazaman tinggi dan bijaksana dalam urusan akhirat.
~terkehadapan dalam jihad.
~tinggi keazaman dalam menyuruh makruf dan mencegah mungkar .
~sanggup bersusah payah untuk menegakkan agama Allah S.W.T.
~cintakan Ibadat dan menjaganya.
Oh indahnya ciri-ciri seorang mukmin yang kuat...
Saya terkenang kembali kata-kata Dr. Halim dalam kuliah kaedah mengajar.
"Saya nak ingatkan, mengajar pendidikan Islam tak sama dengan subjek lain"
Memang betoi Dr. Halim sebab ustaz dan ustazah ni bukan setakat nak bagi lecture atau bahan pengajaran seperti subjek lain tetapi kita juga berperanan menjadi pengganti ibu dan ayah mereka, pendakwah kepada umat Islam serta mentarbiyah mereka.
Sebab itu juga saya mesti ingat kerana zaman sekarang adalah zaman yang terrlebih canggih. Segala informasi yang tak patut dilihat, didengar dan sebagainya sudah melebar dalam kalangan remaja Islam. Jika dilihat kepada statistik jumlah jenayah pelajar daripada PDRM dari tahun 2000-2006 telah menunjukkan bahawa pelajar melayu@ Islam yang paling ramai bagi setiap tahun. Antara jenayah-jenayah yang telah mereka berani lakukan adalah curi dan ragut, pecah rumah, mencederakan dengan atau tanpa senjata, menipu, kumpulan samun senjata dan lain-lain yang tak gamak disebutkan lagi.Sabaq ja lah. Apapun saya yakin bahawa mereka ini masih boleh berubah. Insya Allah..
Hahh.. amacam wahai diri.. bersiap sedialah dengan ilmu yang mantapp sebelum diposting mengajaqq..huhu..
Semoga saya dapat menjadi seorang pendidik yang mendidik seperti kata 'arnabun' dalam cbox saya. Aminn..
1 ulasan:
Thanks for finally writing about > "Cabaran untuk diriku yang bakal bergelar guru pendidikan Islam" < Loved it!
Here is my weblog: wine gifts
Catat Ulasan