Memaparkan catatan dengan label ^Muhasabah diri sendiri^. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ^Muhasabah diri sendiri^. Papar semua catatan

Ahad, 11 Disember 2016

Melengunglah….


Assalamualaikum sahabat-sahabat… Apa habaq? Sihat kot.. Hari ni dan kelmarin saya dok baca balik post2 lama saya. Pulun sungguh dok update dulu. So sekarang teringin nak update lagi. Tetiba ja jadi rajin pasaipa tak tau. Sajalah nak tinggalkan kenangan sikit kat dunia, mana nak tau kot esok lusa saya dah arwah. Wallahua'lam. Ish, takutlah pulak kata lagu tu. Dahla amalan pun cam.. hmm..

Baiklah.. sahabat-sahabat.. Kita sekarang dok kat alam mana? Alam dunia…


Apakah sifat-sifat dunia itu?


Firman Allah Subhanahuwataala:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” ( Al-Hadid: 20)

Sifat dunia yang diterangkan dalam surat Al-Hadid ayat 20 ini menceritakan sifat dunia :
  • La’ib, ertinya dunia hanyalah permainan, maksudnya cuma mendatangkan keletihan pada badan.
  • Lahwu, ertinya membuat hati lalai.
  • Perhiasan, ertinya nikmat dunia hanya digunakan untuk berhias diri.
  • Saling berbangga dengan kesenangan.
  • Saling berlumba dalam memperbanyak harta dan anak.
  • Dunia benar-benar membuat orang takjub seperti tanam-tanaman yang mengagumkan petani.
  • Dunia akan fana dengan cepatnya.
  • Dunia tidak kekal.


Pasaipa saya mulakan dengan menyebut tentang dunia? Pasai kita la ni asyik dok sibuk sangat tentang dunia. Dengan kerja pejabatlah, kerja sekolahlah, kerja rumahlah.. Lepas tu dah penat dengan kerja-kerja tu teringin pulak macam-macam.. Ada moto, teringin gheta viva, Ada gheta viva teringin gheta Alza, Dah ada gheta Alza teringin gheta 4x4, Aphard lah, lorilahh..…Teringin nak beli rumah, nak beli tanah, teringin beli rumah kedai..  Di kecelahan tu hp ni dok kat tangan. Online shopping sana sini dan sibuk dengan hp nya…  So celah mana sebenaqnya kita nak melengungg…



Nak melengung pasaipaa??


Melengung ni saya merujuk kepada tafakkur dan muhasabah diri.

Janganlah diabaikan kepentingan melengung dalam hidup anda. Melengung ni banyak faedahnya:-

1- Sedaq aib dan kelemahan diri sendiri sehingga segan nak sembang tentang aib orang
2- Boleh sampai kluaq ayaq mata pasai dok pikiaq mendalam sangat. Berfikir tentang hebatnya Allah, nikmat Allah bagi dan dosa-dosa sendiri.
3-Muhasabah diri sebelum dimuhasabahkan kat alam lain nanti.
4- Preparation untuk hari akhirat yang kekal abadi

Waktu melengung yang paling best ialah di sepertiga malam. Lepas solat.. sunyi dan syahdu.. Memang sedihlah..

Cuma jangan melengung time tak kena sampai gheja tak jadi. (Peringatan untuk diri sendiri)..

Itu sahaja.. dan sungguh.. nasihat ini saya benar-benar mahu anda praktikkan.. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua..


Jom layan nasyid ni..













Selasa, 24 Jun 2014

Besarkan kesyukuran..



Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..






Allah Ta’ala berfirman,


وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ


“Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” ( Saba’: 13)


Ramadhan al-mubarak semakin menghampiri. Peluang keampunan Allah terbuka luas.


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”

- [Muttafaqun ‘alaih]


Lama ku tidak mencoret sesuatu di sini..Hari ini aku berumur 29 tahun lebih. Muhasabah ku sehingga hari ini tentang kehidupan ini adalah memperbesarkan kesyukuran. Seperti biasa kadang- kadang jiwa ini datang seolah-olah tiada semangat perjuangan. Rasanya seperti selalu sangat. Sedih.. Nikmat yang aku dapat memang tidak terhitung. Bukan diriku sahaja malah semua daripada kita sebenarnya menerima nikmat yang tidak terhitung. Aku pun tidak dapat menaip nikmat-nikmat itu di sini lantaran banyaknya.



Allah Ta’ala berfirman,


وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ


“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nahl: 18)


Jomlah kita muhasabah bersama.. Setiap daripada kita akan meninggal dunia, jadi apakah amal yang kita akan bawa untuk dipersembahkan di hadapan Allah. Apakah kita sudah berusaha yang terbaik untuk dengan melaksanakan cara hidup islam? Apakah kita sudah struggle habis- habisan untuk menegakkan agama Allah sebagai agama yang benar?


Masya Allah..jika diriku.. Memang masih lagi kurang. Walaupun aku lesu dalam beramal..nikmat Allah masih kurasai. Besarkanlah kesyukuranmu..



Rabu, 12 September 2012

Perjalanan 32 Minggu

Assalamualaikumwarahmatullah kepada semua pembaca..

Terima kasih sudi tersinggah ke blog saya. Lama betoi tak update. Rasa macam buang masa bila ja nak update tapi teringin. Dulu-dulu saya pernah teruja tengok orang yang sebut bizi sangat sampai tak sempat nak update. Now, saya dah rasakan perasaan tu sebab fikir keutamaan mengupdate blog ni jatuh ranking yang agak ke bawah.

Pengalaman mengandung 32 Minggu

              Pada trimester pertama.. Mula-mula tau kata mengandung seronok tak sangga. Memang rasa macam nak teghyak sebab penantian selama 8 bulan. Rasa sangat kasih Allah taala. Kemudian masuk dalam bulan kedua kot.. Loya dan muntah ja hari-hari. Bila bangun tidoq ja terus nak pi sinki. Memang rasa tak tau nak habaq la. Tapi bila ingatkan orang lain lebih teruk lagi, ada yang sampai 7 kali sehari muntah. Saya hanyalah sekali dua cam tu ja dalam sehari. Tu pun tak tahan. Asyik berbaring ja. Pantang ada bau yang kuat sikit. Bau masakan tu tak payah cakapla. Memang kalau orang yang loya akan alah pada bau masakan. Uish.. bila ingat balik rasa cam loya lah pulak.. Erm saya mula buat buku pada minggu ke 8. Semua ok just anemia ja.

             Ok terus ke trimester kedua.. Masa ni dah lega loya dan muntah .Saya rasa macam baru menikmati indahnya mengandung.Makan pun selera dan berat pun bertambah. Hihi. Rasa macam tak percaya ja dah mengandung.  Baru sedaq kata dah mengandung bila baby dalam perut semakin membesar. Lepas tu pulak baby dalam perut dah mula menendang-nendang..hihi.. best. Tapi apa yang saya nampak masa time saya mengandung ni kalau dari sudut kerjaya saya la.. Saya semakin down ja. Mungkin bila dah mengandung jadi malas pikir pasal kerja. Rasa sedih jugak. Pastu jadi garang pulak tu. Huhu..

          Trimester ketiga..sekarang ni lah. Rasa macam adalah berat sikit bila nak jalan tu.. Tidoq pun macam seghyau-seghyau takut baby terpenyek ka apa ka.. Masa ni jugak dah scan 4d dekat Pusat Rawatan Mahsuri. Nampak muka baby yang comel tu. Macam muka Abi dia yang comel tu jugak..  Tapi barang belum beli habis lagi. Sempat lagi kot no. Kemudian nak usahakan bagi hb darah naik. Yang terbaru 9.3. Turun pulak. erm..

         Harapan saya agar saya dapat meningkatkan kualiti kerja saya. Memang rasa down and letih sangat bila kerja time mengandung ni. Tak bestkan. Saya ada apply tukar sekolah sebab nak bagi dekat dengan baby nanti. Usaha saja Allah yang menentukan. Mudah-mudahan saya lebih bagus bila dok sekolah baru. Manala nak tau kan. Ok setakat ini dulu. Akan diusahakan lagi untuk entri akan datang.

Khamis, 9 Februari 2012

Harus United..

Assalamualaikum...

Untukku dan sahabat-sahabatku...
 Kita sebagai guru agama di sekolah harus united..
 Jangan ada dengki-mendengki...
 Jangan ada yang berkira..
 Jangan ada yang malas...
 Jangan ada yang mengumpat..
 Jangan ada yang leka...
 Kita sebagai pendakwah bukat setakat guru agama..
 Kita perlu sebarkan dan fahamkan mereka yang belum memahami..
 Ini tugas kita..
 Kalau kita tak bersatu...
 Macamana pelajar-pelajar dan rakan-rakan kita?
 Kita perlu menjadi murabbi..
 Perbaiki diri dan serulah orang lain..
 Jikalau bukan kita yang menghidupkan agama Islam di sekolah..
siapa lagi..?

Isnin, 6 Februari 2012

BBM

Assalamualaikum..




"Sekarang ni tengah mencari BBM yang sesuai untuk anak murid saya... Itulah yang saya dok pikiaq hari-hari, Mungkin sebab saya cikgu baru. Jadi BBM saya terlalu sedikit dan kena update selalu... Kena kreatif untuk buat BBM supaya anak-anak murid pun suka nak belajaq.. Ermm.. Oleh kerana saya masih baru mengajar.. Jadi memang la kena buat BBM selalu. Nanti dah ada semua tajuk tak payahlah buat lagi. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Betoi dak? Betoi..

Rabu, 10 Ogos 2011

Tackle murid..





Assalamualaikum..


Bismillahirrahmanirrahim..
  
              Hari ni dah masuk 2 bulan dah saya bernikah. Ghasa macam tak percaya lagi ni. Dah masuk ke alam yang penuh dengan pancaroba dan tanggungjawab yang besaq. 
              Sekarang ni saya sedang memikirkan macamana cara untuk memikat hati murid dalam proses pembelajaran. Murid-murid saya pula dalam kategori masalah pendengaran. Payah lagi kalau tak mahir bahasa isyarat lagi. Dulu masa dekat Universiti memangla ada belajaq jugak. Tapi lepas tu dapat posting masalah pembelajaran. Lepas tu lagi, dapat tukaq balik bidang masalah pendengaran. Gabra juga bila dok ingat balik bahasa isyarat ni.
         



    Kalau kita tak prepare untuk masuk kelas mengajar budak.. Uiish kacau gak. Erm..saya ni ada jugak buat preparation tapi mungkin strategi tu tak kena. Ghasa macam geram pulak tak dapat nak tackle hati depa... Satlagi nak masuk kelas ni. Harap-harap jangan ada yang berjalan.err.. Tak larat nak garang dah ni. Saya mesti tukaq plan lain pulak. Beralih kepada aktiviti yang lebih menarik lagi.Tak pa lah, yang penting setiap cikgu perlu ada persediaan untuk mengajar murid-murid yang diamanahkan ini. Sebut pasai amanah ghasa ketaq perut pulak... 




Oklah..selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan profesional dan mantap. Ya untuk saya jugak.




Jumaat, 18 Februari 2011

Rintihan cinta......


Aku tahu Engkau Tuhanku Cinta Teragung..
Aku tahu mencintaiMu amat perlu..
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan..
Aku berusaha ke arah itu..
Tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu..
Oh banyak yang datang mengganggu..
Nafsuku dan syaitan terkutuk..
Dunia mempesona menggamit selalu..
Di waktu itu lupaku padaMu..
Cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga..
Walaupun sedikit terasa indahnya..
Kemudian lupa lagi..
Adakalanya lupaku padaMu..
Berpanjangan sekali..
Kemudian sekali-sekala sedar kembali..
Engkau cinta agung.....
Engkau patut dicintai..
Selepas itu ku lupa lagi..
Begitu cintaku kepadaMu Tuhan..
Dengan kelalaian silih berganti..
Oh Tuhan..
Dengan hati yang sedih ini...
Tolonglah aku dengan rahmatMu..
Bantulah aku mencintaiMu..
Agar cinta yang palsu..
Terhapus sendiri..
Itulah harapanku padaMu..

-oleh Mawaddah dengan sedikit pengubahsuaian..

Sabtu, 5 Februari 2011

Takdir





Kita hanya merancang dan berusaha..

Allah yang menentukan segalanya..

Ketentuan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya...

Allah Maha Mengetahui segalaNya..

Rabu, 2 Februari 2011

Bengang..

Assalamualaikumwarahmatullah..


Bismillahirrahmanirrahim..


Malam-malam begini..tetiba saya dilanda mood untuk update blog. Mungkin untuk meredakan keresahan dan kekacauan jiwa saya. Kadang-kadang blog ini saya gunakan sebagai salah satu cara untuk menghilangkan stress.  Ya la.. bila saya mahu mengarang di blog, mestila perkara itu adalah perkara yang bermanfaat dan dapat memberi pengajaran bersama. Saya mengawal stress saya ketika meluahkan dan menilai apa yang berlaku untuk diambil pengajaran. Kerna saya takut bila menulis di blog  sahabat-sahabat tidak mendapat apa-apa tapi bertambah bengang pulak..


            Mengarang di blog umpama kita bercakap. Yakni setiap perkataan yang dikeluarkan ada hitungannya. Pastikan blog kita menjadi salah satu amalan yang dapat menambahkan lagi pahala kita dan sentiasa dalam redhaNya. Bercakap dalam ketaqwaan. Insya Allah.


Firman Allah ertinya:


 “Tidaklah seorang mengucapkan satu ucapan, kecuali padanya ada malaikat yang mengawasi dan mencatat.” 


(Surat Qaaf: 18)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu, ia berkata,


 "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu ucapan yang tidak jelas baginya manfaatnya lantas karena ucapannya itu ia tersungkur ke dalam api neraka sejauh jarak antara timur dan barat',"     


 (HR Bukhari [6477] dan Muslim [2988]).


           Selain itu, saya malas jugak nak update blog sebab saya takut. Diri saya ini masih lagi perlu digilap untuk menjadi hamba yang diredhaiNya. Kadang-kadang bengang dengan diri saya. Dan itulah tekanan paling tinggi untuk saya. Sedih bila tersasar.. 


         Merujuk kepada tajuk saya bengang. Saya sangat yakin. Cara merawat yang utama adalah kembali kepada Allah dan mengingat mati.!


-Sori ayat tak berapa sedap sebab tengah bengang ngan diri sendiri..!







Sabtu, 15 Januari 2011

Manfaatkan facebook...!

Assalamualaikum..


Bismillahirrahmanirrahim...


Anda mempunyai facebook? Apa fungsi facebook pada anda? Saya juga mempunyai akaun facebook. Pada mulanya saya tidak berapa minat menggunakannya tapi lama-kelamaan saya menjadi salah seorang pengguna facebook yang aktif! 


Teknologi pada yang ada pada masa kini boleh mendatangkan manfaat dan juga boleh membuang masa anda. Begitulah juga dengan penggunaan facebook. Jika anda menggunakan facebook untuk bermain game, kuiz yang tidak mendatangkan faedah,ramalan karut ataupun horoskop, bergosip,menceritakan keaiban rumahtangga sendiri, menjatuhkan maruah orang, mendedahkan aurat ataupun berchattingdengan bukan mahram maka sia-sialah masa anda dengan facebook.


Sebenarnya facebook ini dapat mendatangkan manfaat yang banyak jika pandai menggunakannya. Di antaranya adalah kita boleh menjadikannya tempat menimba ilmu. Bagaimana? Beberapa tips yang saya amalkan antaranya:-




  • Berkawan dengan ilmuan, orang yang soleh-solehah dan public figure yang dapat memberikan input yang banyak pada ilmu kita.
  • Join group serta halaman yang bermanfaat pada iman kita.
  • Berkongsi pendapat di ruangan status.
Seterusnya, untuk menjadikannya lebih bermanfaat lagi kita mulakan dari diri kita sendiri.. Macamana?

  • Gunakan segala kemudahan yang ada seperti status,gambar,komen,nota,pautan,dan halaman dengan berkongsi ilmu yang ada. Ingat yang penting ilmu yang mendatangkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahuwataala bukan yang membawa kerosakan pada muka bumi ini. Lagi banyak kita berkongsi, bertambah lagi ilmu yang lain untuk kita.
  • Tag atau tanda setiap perkara bermanfaat yang telah kita publish.
Berikut adalah salah satu status saya yang sangat saya gemari kerana ia sangat berguna pada saya melalui perkongsian ilmu oleh kawan-kawan di  facebook.Alhamdulillah.

Apa ubat untuk orang yang selalu sensitif hatinya...? Cakap sikit terguris.. Macamana caranya untuk mengebalkan hati.. Ada pendapat?
Rabu pada pukul 3.59 ptg · Privasi ·  · 

    • Nik M Hafizul cakap biar berlapik, hati sahabat perlu dijaga
      Rabu pada pukul 4.01 ptg · 

    • Nurul Syuhada' betul2..tapi mcamana pulak dengan orang yang berjiwa sensitif..ada cara dak supaya dia selalu tidak mudah mengambil hati..
      Rabu pada pukul 4.03 ptg · 

    • Nik M Hafizul tanya dia kenapa dia terlalu sensitif? ada benda yang tergoreskah?
      Rabu pada pukul 4.07 ptg · 

    • Nurul Syuhada' erm.. benda ni bukan untuk orang tapi untuk muhasabah diri sendiri.Dari sudut lain kita mmg kena cakap bagi berlapik.Tapi dari sudut lain jugak.. kita kena kebal dengan kata-kata orang..Tak semua orang sedar apa yang dicakapkan itu mengguris hati...
      Rabu pada pukul 4.09 ptg ·  ·  Seramai 3 orang

    • Fairul Zuandi Waqiuddin 
      Salam. Ingin berkongsi sedikit cara .


      pertama : bersangka baik. Kita hendaklah senantiasa bersangka baik, maka, tidak mudah untuk terguris.


      kdua: Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Maka, kita tidak berdendam. Ingat, dendam hanya bikin kita stress dan sakit jantung, maka siapa rugi?

      ketiga: Lupakan masa lalu dan teruskan masa yang ada dengan sebaik baik .

      keempat: paling penting, banyakkan berdoa dan mengadu pada Allah, mintak pada Dia, hati yang sentiasa lembut untuk memaafkan orang lain.

      Rabu pada pukul 4.09 ptg ·  ·  Seramai 5 orang

    • Nurul Syuhada' Jazakkallahkhairankathiran Fairul.. 4 tips yang jika diamalkan, Insya Allah.. akan sentiasa berlapang dada dengan apa jua kata-kata yang dirasakan mengguris hati.
      Rabu pada pukul 4.14 ptg ·  ·  Seorang

    • Fairul Zuandi Waqiuddin Saya amalkan demikian, sbb tu, SENANG HATI. Maka tergerak untuk berkongsi juga. InshaAllah. :D
      Rabu pada pukul 4.15 ptg · 

    • Nurul Syuhada' Alhamdulillah..
      Rabu pada pukul 4.16 ptg ·  ·  Seorang

    • Nik M Hafizul alhamdulillah.. hamdan wa syukran lillah
      Rabu pada pukul 4.18 ptg · 

    • Abdul Halim Umar Ayyub berkomunikasi dengan penuh kasih sayang...
      Rabu pada pukul 5.30 ptg · 

    • Nurul Syuhada' Ya betul Abdul Halim, jika komunikasi tanpa kasih sayang kakulah komunikasi dan pelbagai akibat buruk mungkin berlaku.wallahua'lam.
      Rabu pada pukul 9.04 ptg · 

    • Rose N Tulip Kuning ang wat do no jea lah k.syud...better cm tu ar...
      Rabu pada pukul 9.14 ptg · 

    • Nurul Syuhada' ya ka Dayah..teghema kasih wei..aku sgt menghargai hg pnya pdpt.. =)
      Rabu pada pukul 9.15 ptg · 

    • Shakiroh Bt Yaakob banyak caranya ksyud..pastikan teguran kena pada waktunya..perlu berlapik atau berkias terutama bg org yang mempunyai hati sensitif n klu leh sentuh bahunya(sesama jantina ja tau).hati2 klu dia terasa kita wat dunno ja dia boleh berdendam ngn kita..
      Rabu pada pukul 9.27 ptg · 

    • Rose N Tulip Kuning bkn pe..kali kita dok melayan feell jd kot len pulak,,better wat cm tue ar k.syudd
      Rabu pada pukul 9.27 ptg · 

    • Nurul Syuhada' kiroh: betoi..tp maksud aku nasihat utk orang yang sensitif, muhasabah utk diri aku ni. yang mudah sensitif sgt, org kata ckit pun nak terasa. so aku mintak nasihat utk xbagi sensitif sgt..
      Rabu pada pukul 9.53 ptg · 

    • Nurul Syuhada' dayah: ya... jgn layan sgt feel tu kan.. k la..nak pi tidoq dah.esok sekolah.. terima kasih semua...
      Rabu pada pukul 9.54 ptg · 

    • Norbasirah Saodi baca buku la tahzan..=)
      Khamis pada pukul 3.29 ptg · 

    • Nurul Syuhada' basyirah: =) n buku mengubah musibah menjadi hiburan...
      Khamis pada pukul 8.01 ptg ·  ·  Seorang

    • Mohamad Fitri alhmdllah...semua btul..
      Khamis pada pukul 10.22 ptg · 



Macamana?Bestkan? Sedikit banyak ia menyelesaikan persoalan-persoalan yang berlegar di fikiran kita. Berikut saya lampirkan status-status orang lain yang bagus untuk dibaca. =)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: "Tiga golongan yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu ad-dayyuts, wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak", lalu sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mengerti maksud ketagihan arak, tetapi apakah itu Dayuts? berkata baginda: "iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)"
2 jam yang lalu ·  · 

    • Asyraf Dinie Bahari 
      Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda :


      ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء ومدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما مدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

      "Tiga golongan yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu ad-dayyuts, wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak", lalu sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mengerti maksud ketagihan arak, tetapi apakah itu Dayuts? berkata baginda: "iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)" [HR at-Tabrani, ditakhrij oleh Syeikh al-Albani dengan derajat "Sahih Lighoirihi"]

      2 jam yang lalu ·  ·  Seramai 2 orang

    • Asyraf Dinie Bahari 
      Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:


      ثَلَاثَةٌ قَدْ حَرَّمَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَلَيْهِمْ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالْعَاقُّ وَالدَّيُّوثُ الَّذِي يُقِرُّ فِي أَهْلِهِ الْخُبْثَ


      "Tiga golongan yang Allah mengharamkan surga atas mereka, peminum khamar, anak yang durhaka kepada orang tua, dan Dayyuts, yaitu seorang yang merelakan keluarganya berbuat kekejian." [HR Ahmad no. 5839, disahihkan oleh Syeikh al-Albani]

      2 jam yang lalu ·  ·  Seorang

Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika engkau ditimpa ssuatu jgnlah berkata 'Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu,' akan tetapi katakanlah 'Takdir Allah, dan Allah berbuat sekehendaknya.' Sesungguhnya perkataan kalaulah hanya membukakan jalan bagi syaitan utk berbuat sesuatu." (HR. Muslim)
Khamis pada pukul 9.24 ptg ·  · 


Allah menyebut ( AlA'raf :51) sesiapa yg menjadikan urusan agama seperti mainan & tidak berharga, pastinya dia akan terpesona dgn DUNIA, ketika itu dia akan dilupakan di akhirat sbgmn dia melupakan Allah ketika di dunia. Cuba sedari bgmn cara kita melayan sesuatu mainan? Adakah ada kesamaan tika kita melayan urusan agama & persoalan hukum?.
Khamis pada pukul 7.43 ptg ·  · 

    • Capin Zaini terima kasih UZAR atas peringatan ini...
      Khamis pada pukul 7.44 ptg ·  · 

    • Shaz Mokhtaruddin Pohon dikongsi ye ustaz moga kita terpelihara dari menjadi mereka2 yg melupakanNya...
      Khamis pada pukul 7.46 ptg ·  · 

    • Tulip Ungu mohon share..
      Khamis pada pukul 7.47 ptg ·  · 

    • Affandi Majid Alhamdulillah dn terima kash atas ingatn
      Khamis pada pukul 7.50 ptg melalui Facebook Mudah Alih ·  · 

    • KhaDeja Sain salam..nk mintak share jugak
      Khamis pada pukul 7.50 ptg ·  · 

    • Khairul Shahdat TQ.
      Khamis pada pukul 7.53 ptg ·  · 

    • Hj Abdul Halim Wahab kita amalan yg berterusan Istiqomah..
      Khamis pada pukul 7.57 ptg melalui Facebook Mudah Alih ·  · 

    • Alyaa Sakinah Abd Razak masyaALLAH
      Khamis pada pukul 8.05 ptg ·  · 

    • Lin Ariff salam minta izin untuk share diFB saya...
      Khamis pada pukul 8.09 ptg ·  · 

    • Muhammad Akram Ab Aziz nmpak ustaz dalam buletin tv3 jap tadi...ngan minister MOHE + VC UiTM..
      Khamis pada pukul 8.15 ptg ·  · 

    • Fahmon Fahmi thanx.. trus'n teguran n dakwah =)
      Khamis pada pukul 8.24 ptg ·  · 

    • Sandorah Muhammad thanks ustaz .
      Khamis pada pukul 8.29 ptg ·  · 

    • Marjillah Muhammad syukran ustaz.
      Khamis pada pukul 8.36 ptg ·  · 

    • Ibnu Awang Nk share..share ja xyah nk mintak izin..ilmu tu milik allah..tiada hak cipta dlm islam..
      Khamis pada pukul 8.36 ptg melalui Facebook Mudah Alih ·  · 

    • Adah Zaj urusan dunia dan akhirat perlulah diseimbangkan agar ia tidak lari drpd landasan yg telah digariskan...
      Khamis pada pukul 8.38 ptg ·  · 

    • Khairur Rahim Elok jugak teguran ini disampaikan kepada Dr. Mashitah yg bijaksana itu.
      Khamis pada pukul 8.43 ptg ·  · 

    • Zalifah Ahmmad Subhanallah...Masyallah....
      Khamis pada pukul 8.44 ptg melalui Facebook Mudah Alih ·  · 

    • Ct Hamidah Syukron jazeelan ya Ustaz
      Khamis pada pukul 8.53 ptg ·  · 

    • Rafizah Mustapa Betul tu ustaz.semoga kita bukan dari kalangan org2 yg mempermainkan urusan tentang soal agama...
      Khamis pada pukul 8.56 ptg melalui Facebook Mudah Alih ·  · Seorang · 

    • Kesumawati Muhammad Nauzubillahi min zalik....tak sanggup rasanya.minta dijauhkan daripada sifat yang dinyatakan...
      Khamis pada pukul 9.00 ptg ·  ·  Seorang · 

    • Kanaah Mukmin tidak perlu menuding jari.....kerana diriku sendiri begitu leka dgn mainan dunia......nyaris2 tidak melakukan perkara yg wajib......
      ya allah,tunjukkan lah aku jalan yg lurus.......

      Khamis pada pukul 9.20 ptg ·  ·  Seramai 4 orang · 

    • Shalaby Ramli agama kita kena di hormati,di cintai....
      Khamis pada pukul 9.29 ptg ·  ·  Seorang · 

    • Ras Az-zaRqa syukran ats tazkirah hati utk hari ini :)
      Khamis pada pukul 9.45 ptg ·  ·  Seorang · 

    • Firdausiah Jannah syukran ... terimaksih kerana sntsa mengingatkan kami ustaz...
      Khamis pada pukul 9.53 ptg ·  · 

    • Saiful Firdaus Hussin peringatan buat kt yg sering lupa
      Khamis pada pukul 10.35 ptg ·  ·  Seramai 2 orang · 

    • Jack Skellington insafffff.....
      Khamis pada pukul 10.42 ptg ·  · 

    • Nur Atiqah manusia sering terlupa :(
      Khamis pada pukul 11.19 ptg ·  · 

    • Princess Sharon Aldila Semoga Allah ampunkan dosa kita, amin
      Khamis pada pukul 11.27 ptg ·  · 

    • Mohd Hazrul Sekarang ni jugak ramai yg melayan mainan sebagai agama...
      Khamis pada pukul 11.54 ptg ·  · 

    • Ibnu Azizan alfu syukron,Allah yubarik fik ya ustazna...jazakallahu khairan kathiro,ameen.
      19 jam yang lalu ·  · 

    • Hazimin Abu Bakar Assalamualaikum. Buku hukum yang mana yang patut saya pelajari tentang hudud yang sebenar benarnya?
      19 jam yang lalu melalui Facebook Mudah Alih ·  · 

    • Naaz Niy Yup2. Bkn shbt 2 sbnrnya... [via Celcom SMS]
      17 jam yang lalu ·  · 

    • Puteri Bongsu Semoga diri ini tidak tergolong dari golongan yang lalai...
      16 jam yang lalu ·  · 

    • Rosnah Basir Syukran , semoga kami tidak termasuk dalam golongan tersebut, amen
      12 jam yang lalu ·  · 

    • نور نا syukran ustaz...peringatan yang amat bermakna...:)
      11 jam yang lalu ·  · 

Baiklah setakat ini dahulu, 3 status ini sudah memadai untuk saya lampirkan. Jadi..gunakan facebook anda ke arah kebaikan bukan keburukan yang hanya akan menambah dosa sahaja. =)
Jumpak lagi daripada saya Nurul Syuhada hamba Allah yang menagih simpatiNya.. Sori kalau ada yang tak paham.Harap artikel ni ada faedahnya pada anda. =)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails