Sabtu, 1 Disember 2012
Nikmat Allah
Semasa saya mengandung, saya sering diingatkan tentang hb saya rendah. Macam-macam risiko yang diberitahu. Alhamdulillah saya tak ada apa-apa komplikasi sepanjang bersalin. Kadang-kadang terdetik dalam hati, harap-harap anakku lahir dalam keadaan sihat dan sempurna. Sepanjang saya mengandung, rasanya 4, 5 kali jugaklah scan baby. Salah satunya scan 3d. Setiap hari dok check keperluan baby and saya after bersalin. Cuti memang saya ambik awal 2 minggu sebab pi gheja pun cam xbersemangat. Hehe.
Selama 2 minggu tu, memang xsabaqlah nak tunggu time bersalin. Mula-mula mama, abang and adik dok jangka bersalin awal la. Tengok-tengok sampai ke hari due date tak bersalin pun. Mama saya dah resah, takut macam-macam. Takut baby tertelan najis la. Saya teruskan dengan check jantung baby di klinik desa. Saya pun resah juga dok pikiaq, terlalu banyak tanya dan baca pengalaman bersalin. Macam-macam cara juga saya baca macamana nak bagi mudah bersalin dan pengalaman orang yang overdue. Takut gak kalau kena induce or czer. Oleh itu saya usahakan dengan berdoa dan solat malam kepada Allah. Saya mintak supaya Allah mudahkan saya bersalin, saya tau bersalin tu sakit tapi saya mintak juga Allah mudahkan . Selain itu, adala yang saya buat seperti minum air zamzam, air akar fatimah, Salindah dan lain-lain. Tetapi yang tu sampingan ja. Yang utama dan yang berkuasa hanya Allah Subhanahuwataala. Semuanya dengan izinNya. Antara kata-kata azimat daripada insan-insan yang saya ingat.
Mama: Kakak kena mintak sungguh-sungguh kat Allah.
Tok: Buat sembahyang hajat la.. Dia yang berkuasa..
Abang: Tak pa.. sakit tu jadi kaffarah dosa.
Kak Wani dan Kak Zana: Apa-apa pun kita mampu hadapinya.
Abah: Hang jangan lupa selawat dan Istighfar
Dan banyak lagi..
Alhamdulillah Allah taala kabulkan urusan bersalin tanpa czer dan induce pada hari kelima overdue, Sakitnya pun tak lama. Semuanya bagi saya mudah dan mampu untuk dilalui. Sakit tu memang la ada tapi boleh bertahan lagi.
Lepas bersalin
Rupanya lepas bersalin pun mencabar jugak. Dengan pantang, dengan nak jaga diri, dengan anak berjaga malamnya. Sebelum ni saya tak pernah ada pengalaman menguruskan baby, bila dah ada kelam kabut juga dok mesej kawan-kawan, google sana sini tentang pelbagai perkara yang sangat baru bagi diriku yang selama ini selalu berilek.. Teringat masa tak mengandung-mengandung lagi dulu. Mama kata.. " Ala, hampa enjoy dulu cara tak ada anak". La baghu cek tau ... Masa dalam pantang, sebenarnya emosi kita pun tak stabil. Kita akan rasa letih sangat dan dalam masa yang sama nak menguruskan bayi baru lahir. Memang kena banyak sabar berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ni.
Okla.. setakat ni dulula cerita saya.. Nanti cerita len. Wassalam.
Rabu, 12 September 2012
Perjalanan 32 Minggu
Terima kasih sudi tersinggah ke blog saya. Lama betoi tak update. Rasa macam buang masa bila ja nak update tapi teringin. Dulu-dulu saya pernah teruja tengok orang yang sebut bizi sangat sampai tak sempat nak update. Now, saya dah rasakan perasaan tu sebab fikir keutamaan mengupdate blog ni jatuh ranking yang agak ke bawah.
Pengalaman mengandung 32 Minggu
Pada trimester pertama.. Mula-mula tau kata mengandung seronok tak sangga. Memang rasa macam nak teghyak sebab penantian selama 8 bulan. Rasa sangat kasih Allah taala. Kemudian masuk dalam bulan kedua kot.. Loya dan muntah ja hari-hari. Bila bangun tidoq ja terus nak pi sinki. Memang rasa tak tau nak habaq la. Tapi bila ingatkan orang lain lebih teruk lagi, ada yang sampai 7 kali sehari muntah. Saya hanyalah sekali dua cam tu ja dalam sehari. Tu pun tak tahan. Asyik berbaring ja. Pantang ada bau yang kuat sikit. Bau masakan tu tak payah cakapla. Memang kalau orang yang loya akan alah pada bau masakan. Uish.. bila ingat balik rasa cam loya lah pulak.. Erm saya mula buat buku pada minggu ke 8. Semua ok just anemia ja.
Ok terus ke trimester kedua.. Masa ni dah lega loya dan muntah .Saya rasa macam baru menikmati indahnya mengandung.Makan pun selera dan berat pun bertambah. Hihi. Rasa macam tak percaya ja dah mengandung. Baru sedaq kata dah mengandung bila baby dalam perut semakin membesar. Lepas tu pulak baby dalam perut dah mula menendang-nendang..hihi.. best. Tapi apa yang saya nampak masa time saya mengandung ni kalau dari sudut kerjaya saya la.. Saya semakin down ja. Mungkin bila dah mengandung jadi malas pikir pasal kerja. Rasa sedih jugak. Pastu jadi garang pulak tu. Huhu..
Trimester ketiga..sekarang ni lah. Rasa macam adalah berat sikit bila nak jalan tu.. Tidoq pun macam seghyau-seghyau takut baby terpenyek ka apa ka.. Masa ni jugak dah scan 4d dekat Pusat Rawatan Mahsuri. Nampak muka baby yang comel tu. Macam muka Abi dia yang comel tu jugak.. Tapi barang belum beli habis lagi. Sempat lagi kot no. Kemudian nak usahakan bagi hb darah naik. Yang terbaru 9.3. Turun pulak. erm..
Harapan saya agar saya dapat meningkatkan kualiti kerja saya. Memang rasa down and letih sangat bila kerja time mengandung ni. Tak bestkan. Saya ada apply tukar sekolah sebab nak bagi dekat dengan baby nanti. Usaha saja Allah yang menentukan. Mudah-mudahan saya lebih bagus bila dok sekolah baru. Manala nak tau kan. Ok setakat ini dulu. Akan diusahakan lagi untuk entri akan datang.
Isnin, 23 Mei 2011
Serba baru..
Ahad, 9 Januari 2011
Bayangan Kasih..
Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang saya sudah kembali semula ke tempat kerja. Hari-hari yang dilalui terasa hambar dan suram. Ditambahi lagi dengan kesihatan saya yang kurang baik. Namun Alhamdulillah, nikmat Allah sentiasa melimpah-ruah. Harapanku semoga iman diteguhkan supaya tidak tersasar daripada jalan kebenaran.
Tapi saya gembira dengan tempat baru saya.hehe. Baru dapat meja baru.Best.Alhamdulillah. Mengajaq pun semakin bersemangat.
Bayangan kasih... ewah macam orang tengah angau pulak.Bukan tu maksud saya.Bayangan kasih adik dan mama saya yang baru sahaja pulang dari menghantar saya sampai ke Tambunan. Selama 5 hari saya menghabiskan masa di Sabah ini dengan membawa mereka berdua berjalan-jalan. Gurau senda,gelak-ketawa dan kasih sayang mereka masa itu masih lagi terbayang-bayang di minda saya. Saya sangat sayangkan mereka.
Entah kenapa...tahun kedua saya di Sabah ini, rasa rindu pada keluarga semakin meluap-luap. Mujur ada henpon dan internet sebagai penghubung kami. 3G di rumah saya pun semakin klia. Alhamdulillah.
Dan saya tetap gembira kerana di sini saya dikelilingi oleh kawan-kawan dan kakak-kakak yang baik. Allah taala sentiasa bersama hambaNya, itu yang pasti!
Rabu, 1 September 2010
Masa terus berlalu...
Bismillahirrahmanirrahim...
Isnin, 30 Ogos 2010
Program dan program..

Sabtu, 30 Januari 2010
Bingkisan rindu..

Bismillahirrahmanirrahim....
Hari ini hampir sebulan saya berada di negeri bawah bayu... Sudah boleh terima kenyataan yang saya sekarang berada di negeri Sabah bukan di semenanjung.
Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang di atas segala limpah rahmat dan nikmatNya...
Ucapan jutaan terima kasih juga buat kenalan-kenalan baru dan lama di Sabah yang telah menolong saya.Serta Semua insan-insan yang telah menghulurkan bantuan secara tidak langsung atau tidak. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa kalian. ..
Dan pengorbanan mama dan abah tidak dapat saya lupakan. Sering merisaukan anaknya walaupun sudah besaq panjang. Memang terharu.....
Sesungguhnya berada di Sabah ini adalah suatu peluang hijrah kepada diri saya. Alhamdulillah di atas hikmah yang diberikan ini...
Sekian sahaja..rasanya ini sahaja intro untuk cerita dari Sabah. Selamat berhijrah jugak buat semua umat Islam..Semoga kita menjadi insan yang semakin bertaqwa~
Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam..
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa(niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ahad, 1 November 2009
sudah habis dpli..

Erm.. dah habis rupanya dpli...
Setelah hampir setahun saya dan rakan-rakan berjuang menghadapi program-program sepanjang pengajian dpli.. akhirnya.. sampai jua kami di penghujungnya..
Kepada dplian Julai, selamat berjuang.. sat ja masa berlalu..hehe.. Bercakap tentang masa. Erm, masa untuk mati pun semakin dekat. Sudahkah ku bersedia.. Ya Allah betapa sikit amalanku..
Berpisah dengan sahabat-sahabat dplian terasa juga sedihnya. Saya minta maaf kepada kawan-kawan di atas sikap saya jika ada yang terasa. Maklumla saya ni kadang-kadang tu terlajak garang.sori banyak-banyak. Harapan saya ukhwah yang terjalin dalam keredhaanNya. Bertemu dan berpisah kerana Allah.
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Buat kawan-kawan yang bergelar ustaz dan ustazah.. teguhkan pendirianmu..jangan biarkan prinsip tergadai kerana mengikut kemahuan dunia yang fana ini. Sama-sama memperbaiki diri dan serulah orang ke arah kebaikan..
Sepanjang cuti ini sementara menunggu posting, saya hanya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga yang tersayang. Saya lebih memilih untuk bersama dengan keluarga kerana banyak perkara yang tak selesai perlu diselesaikan. :) ..
Selesai untuk entri ini.. ~ Alhamdulillah....
Sabtu, 3 Oktober 2009
Anak muridku..
Anak muridku..
maafkan ustazah..
bukan sesaja ustazah garang..
tapi hampa dok bising time ustazah ngajaq..
kalau ustazah tak marah..
hampa dok bising sampai tak dengaq suara ustazah..
camna nak ngajaq...
sori sebab tak pandai ngajaq..
tp ustazah cuba menyampaikan keindahan Islam itu..
Anak muridku..
jadilah pemuda-pemuda zaman nabi yang bersemangat untuk berjihad membela Islam..
bukan bermain-main seperti kanak-kanak..
Semoga ada yang terkesan dengan pengajaran ustazah..
akan kesedaran tujuan kita hidup di atas muka bumi ini..
sama-sama kita saling menyedarkan.........
~Bakal menamatkan praktikal di SMK Tun Mutahir~
Sykidz@yahoo.com
Malim Jaya, Melaka..
Rabu, 2 September 2009
Rasulullah contoh terbaik..

Salah seorang pelajarku yang comel dan lawak..
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca tulisan yang tidak seberapa ini. Kiranya adalah manfaat yang dapat diambil dari blog ini. :)
********
Suri tauladan terbaik...
Semasa mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan, saya merasa terubat sedikit segala kegusaran dan kebimbangan. Alhamdulillah. Saya amat tertarik dengan apa yang disampaikan olehnya. Antaranya adalah tentang Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sebagai suri tauladan terbaik. Semoga dengan ceramah itu menambahkan kecintaanku kepada kekasih Allah yang mulia. Saya tersedar dengan kata-kata ustaz tersebut supaya menyanjung tinggi, mengambil tauladan dan iktibar daripada Rasulullah kerana baginda adalah insan yang terpilih dan mulia. Ustaz menambahkan lagi kata-katanya agar kita semua lebih mengagungkan Rasulullah, para sahabat dan salafussoleh kerana keimanan dan ketaqwaan mereka sudah diakui. Ini berbeza dengan orang yang masih hidup kerana kita tidak tahu keimanan mereka di kemudian hari. Kesolehan seseorang itu hanya dapat dilihat pada pengakhiran hidupnya. Hati manusia mudah membolak-balik sebab itu kita jangan terlalu yakin apabila kita sudah digelar oleh orang sebagai orang baik tetapi dikemudian hari jika iman kita tidak teguh ataupun ketaqwaan semakin hilang, boleh jadi menyebabkan pengakhiran kita berbeza daripada sebelumnya.Lalu mencampakkan diri kita kepada kebinasaan.Na'uzubillahiminzalik. Saya akui kadang-kadang saya terlalu menyanjung insan yang masih hidup hingga terlupa kepada role model terbaik kita iaitu Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.
Berhikmah, sopan dan lemah-lembut
Saya juga tertarik dengan isi kandungan ceramah tersebut yang menceritakan tentang akhlak Nabi, Ya.. nabi bukan setakat berakhlak kepada orang Islam bahkan kepada haiwan dan orang bukan Islam. Jadi ia menambahkan lagi semangat untuk saya dalam menghadapi cabaran pada hari ini.. Seterusnya kisah-kisah Rasulullah yang begitu berhikmah, sopan dan lemah-lembut. Contohnya bagaimana orang arab badwi yang sangat kasar dalam bertemu dengan Rasulullah dilayannya dengan penuh berhikmah untuk menjinakkan hatinya kepada jalan yang benar. Subhanallah.. Dan banyak lagi kisah-kisah lain yang menunjukkan sikap Rasulullah yang begitu halus dan berhikmah.. Hmm.. bagaimana dengan sikap kita apabila berhadapan dengan orang yang kasar begini.. Mungkin kita akan melenting kepada sikap tidak hormatkan orang. Kata-kata ini kutujukan khusus kepada diriku sendiri yang mudah melafazkan kemarahan.
Pada tengahari tadi saya berusaha melalui cabaran itu. Mengaplikasikan cara Rasulullah berdakwah.Kepada Allah saya bertawakkal. Sedih tu memang sedih. Lepas solat Zohor di surau ku curahkan segalanya kepadaNya.. Memori tentang kelas itu masih berlegar-legar di kepalaku. Saya terus menuju kepada sahabat saya Ustazah Basirah yang sedang menjaga kelas 5ss untuk menemaninya. Tak disangka terjadi satu perkara yang melawakkan sehingga habis satu kelas ketawa. Dan memori kelas 5ss meluputkan memori luka saya sedikit sebanyak. Alhamdulillah sehingga ke saat ini fikiran saya tidaklah sangat terbeban dengan masalah yang dihadapi siang tadi tetapi tersenyum-tersenyum seorang diri kerana mengingatkan peristiwa lawak di kelas 5ss...........
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.........
Sabtu, 8 Ogos 2009
Lukisan hidup..

Di kala-kala petang begini..
tetiba fikiranku teringat pada masakan di kampung dan pada wajah ahli-ahli keluargaku..
rasa cam nak balik ghumah la ni jugak..hehe..
tapi takkanla hidupku adalah duduk di rumah sehari-hari..
tidak..tidak..
teringat perbualan ngan mama..
saya: mamaaaa nak balik ghumah...........
mama: ala..kat mana-mana pun ada dugaan........
rasa tenang ckit dengaq..
lain-lain perbualan ....
saya: mamaaa kakak lapaq.. teringat makanan kat ghumah.. sian kat kakak..
mama: ala.. kakak ni... baru dok kat Melaka.. Orang lain hat dok luaq negara lagi kesian, nak cari makanan pun payah, siap perang lagi.
lega lagi..hehe..
saya: Mama.. kakak ngajaq sat pun rasa nak putuih asa.. apala..
mama: la.. kita ngajaq niat kita nak bentuk dia jadi elok.. niat lagu tu..
LEGA LAGI.. hehe....
terima kasih mama sbb layan anak yang tak berapa nak matang ni..
Teringat gak kat anak-anak murid yang suka wat lawak.. Aii.. xleh tahan..tapi depan depa kena tahan la.. hehe...
Teringat......
Pelajar-pelajar kelas 5v yang pantang nampak saya.. Dari jauh.. "Cikgu2!!"
Teringat ..
"Ustazah tumpang lalu" sambi tunduk....
Teringat..
"Ustazah kuat ckit suara"kata seorang pelajar perempuan..
dan banyak lagi... hehe........
Cukup setakat ini, kesimpulannya
jangan stress-stress , kadang-kadang kenangan yang pahit itu indah untuk dikenang, Apa-apa takdir terimalah dengan redha...
Wassalam....
Rabu, 5 Ogos 2009
Gagalkah lagi..

Saya keluar dari kelas xxxx dengan hati yang penuh hiba. Memang saya ada sedikit kekesalan,kekecewaan dan kemarahan. Namun saya hiba dengan diri saya. Saya dan mereka yang biadap itu mungkin sama sahaja.
Saya terus menghantar mesej kepada mama dan abah...
"Mama dan Abah, maafkan kesalahan-kesalahan kakak..."
"Adik, tlg ckp kat tok aku mintak maaf....."
Mungkin kerana kesukaran ini adalah kerana dosa-dosa lampau saya.. Astaghfirullah... ketika kejadian di kelas itu... saya sudah habis zikir... saya tahan air mataku daripada mengalir di depan mereka. Saya sabarkan diri.. saya senyap..
Sesungguhnya perjuangan yang saya hadapi sekarang adalah terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan dakwah yang dilalui oleh Rasulullah. Sesungguhnya pada Rasulullah itu adalah suri tauladan yang terbaik..
Namun pada masa yang sama, saya terhibur dengan sikap mesra yang ditunjukkan oleh pelajar kelas 5v. Hmm.. ada manis, ada duka.. Begitulah kehidupan di dunia yang penuh ujian... Sesungguhnya kenikmatan yang hakiki hanyalah di syurga..
~Perjuanganku belum berakhir.. hari ini kena tanda kertas pelajar, esok nak bagi....
........End.......
Isnin, 8 Jun 2009
Mama yang tabah..

Ku perhatikan wajah mamaku melayani cucu-cucunya, mama masih lagi ceria membuat ketawa walaupun lelah dengan pernafasannya. Aku tahu mamaku sudah melalui pelbagai kisah duka dalam hidupnya sehingga ke hari ini. Tetapi mamaku kuat semangat.
"Semangat!Semangat!" kata-kata itu sering dilaungkan untuk kami dan dirinya jua. Kami sering tergelak dengan lawak daripadanya.
Mama, kau terlalu perihatin terhadap diriku. Mamaku keceriaanmu ibarat satu semangat , buat kami di rumah. Mama, kau selalu bersabar dengan karenah anakmu yang tidak matang ini.
Mama selalu menggembirakan aku yang sering murung walaupun dengan masalah yang kecil. Tapi mama lagi banyak masalah dan besar dugaan daripadaku. Kadang-kadang diri ini sangat jahat kerana biadap denganmu..
Mama.. maafkan daku... Aku tidak mahu lagi menambah duka dalam hidupmu, aku mahu menambahkan senyuman di wajahmu yang tenang itu..
Mama..nak balikkkkkkkk....
Sabtu, 2 Mei 2009
Bina Insan Guru dan Pesta Buku

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua..
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Di sini ingin saya ceritakan tentang Bina Insan Guru dan Pesta Buku untuk dikongsikan bersama.
BiNa InSaN GuRu
Program yang berlangsung di Pulau Pangkor telah selamat dilalui oleh diriku dan sahabat-sahabat lain. Satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan juga dalam hidupku. HuHu.. Di sini saya catitkan perkara-perkara yang menarik sahaja. Bermula pada hari pertama...
Saya betul-betul mengantuk sesampainya di sana, memang tak tahan ah.. asyik tersengguk2 -sengguk. Bermula juga cabaran untuk tidoq dalam khemah yang agak kecil seramai 3 orang sekhemah. Teringat nikmat bilik di rumah walaupun kecil sekangkang kera.
Hari kedua...
Pada aktiviti sebelah petang, kumpulan kami kena buat aktiviti mendaki bukit. Nafas rasa cam tak cukop ja bila mendaki bukit. Ikutkan memang lemah semangat jugak tapi kerana rahmat Allah saya berjaya mendaki dengan lancar. Alhamdulillah...
Hari Ketiga..
Emm.. Abselling dan snorkelling telah dipermudahkan oleh Allah kepada saya kerana itu adalah perkara-perkara first time dalam hidup saya. Hehe. Alhamdulillah sekali lagi. Tapi apa yang menariknya pada hari itu adalah pada malamnya.. Night camp adalah antara aktiviti yang dijalankan.
Saya benar-benar bertawakkal pada Allah kerana saya bukanlah seorang yang gagah dan iman pula lemah. Kami dikehendaki berada dalam hutan di tempat yang berlainan seramai 4 orang setiap kumpulan dari pukul 9 malam hingga ke 5.30 pagi. Kumpulan saya sentiasa berusaha agar unggun api sentiasa menyala. Kami bergilir-gilir tidur. Tetapi saya memang tak boleh lelap betul bila time giliran saya. Malu nak berbaring tidur di tempat yang terbuka. Kalau ada sentri yang lalu, saya cepat-cepat bangun. Kemudian bila dengar suara anjing yang melolong-lolong, sekali lagi tak boleh nak tidur. Sebab takut api terpadam dan anjing-anjing itu datang ke kawasan kami.
Pulak dah selepas itu ada gangguan makhluk halus dekat kumpulan yang berdekatan dengan kami. Alhamdulillah saya sudah berusaha membaca ayat-ayat al-Quran sesampainya di tapak kami. Ayat-ayat al-Quran terus dialunkan sepanjang malam untuk mendapatkan kekuatan. Ranting-ranting kayu sudah hampir habis. Saya sudah penat dan panas.. Lolongan anjing terus berbunyi.
"Akak tolong kipaskan api tu, nanti anjing tu datang" Kataku sambil mengumpul ranting-ranting dan daun-daun untuk dijadikan bahan api. Memang penakut betul saya ni. erkk.. Ya la.. kalau tak menyala api tu memang kami berada dalam kegelapan lah.
Sekali lagi ku panjatkan kesyukuran kerana Allah taala sentiasa mengawasi hamba-hambaNya. Ketika sudah habis program ini, Nawal memberitahu bahawa tempat yang aku duduki itu adalah tempat yang sama dengan dia. Nawal adalah daripada kumpulan Bina Insan Guru A, saya pula Bina Insan Guru B yang dibuat sebelum kami. Katanya lagi kumpulan mereka ternampak sesuatu di atas pokok tempat kami berada. Tak ku sangka.. Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas lindunganNya..
Hari keempat
Emm.. nak kata apa?... Sedih .. Ampunkanlah hambaMu yang tidak dapat memahamkan mereka-mereka yang masih tidak memahami agamaMu.. Semoga mereka dikurniakan hidayahMu..
Hari kelima
Balik.......
Sebenarnya dalam kem bina insan guru ini, bukanlah aktiviti-aktiviti itu yang menjadi cabaran utamaku tetapi sejauhmana saya mampu menjalankan syariat agama sebagai seorang mukmin dalam menjalankan program-program tersebut. Wallahua'lam..
Pesta Buku.
Hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat buku.. Alhamdulillah saya dapat membeli buku-buku yang saya inginkan serta VCD dan kaset-kaset yang dijual di sana.
Dua buah buku telah berjaya saya habiskan buat masa ini Alhamdulillah sekali lagi iaitu Cinta kedua selepas Allah dan Rasul oleh Fatimah Syarha dan Epilog seorang Da'ie oleh Ustaz Abdurrahman . Bacala best sangat. Menyentuh hati, jiwa dan perasaan.. Yang paling penting buku-buku ini sangat bermanfaat untuk iman kita.. Rugi kalau tak beliiiii......
Buku Cinta kedua selepas Allah dan Rasul..
Saya sudah membelek-belek buku ini samada nak membeli atau tidak sebab tertarik kepada penulisnya. Lalu saya sarankan kepada Nawal untuk membelinya kerana dia sudah pun berkahwin dan Nawal membelinya. Bukannya apa, saya takut apabila saya baca buku tu saya hanyut pula. Jadi biarlah saya beli apabila sudah hendak berkahwin.
Sangkaan saya meleset. Nawal menceritakan betapa bestnya buku itu kepada saya dan kawan-kawan kami serta menukilkan nasihat-nasihat yang terdapat di dalamnya. Saya pun rasa terujalah untuk membacanya.. Hahhh.. memang best pun bila baca buku tuu.. Tambah-tambah part yang awal. Apa yang paling saya suka dalam buku itu adalah penekanan untuk mengejar cinta Ilahi daripada mengejar cinta manusiawi. Memang kudus betul. Buat sesapa sahaja samada yang belum ada calon, bakal berkahwin dan yang dah berkahwin semuanya sesuai untuk membacanya. Jangan lupa beli..
Epilog seorang Da'ie
Buku ini saya habiskan ketika perjalanan pulang ke kampung menaiki bas.Buku ini penuh dengan cerita yang menyentuh hati dan menyedarkan. Kecekalan imannya dalam menempuh kesusahan menyedarkan diri. Sesungguhnya tiap kesukaran ada kesenangan. Allah taala sentiasa bersama-sama kita.. Itulah iktibar yang dapat saya ambil. Belilah buku ini. Mudah-mudahan kita dapat menyedari bahawa kesabaran itu menghasilkan sesuatu yang bernilai, manis dan berharga..
Okey setakat ini dulu coretan kali ini.. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..........~
Selasa, 24 Mac 2009
Perbincangan aku dan dia..

Malam yang sunyi sepi ini kami habiskan bersama dengan bermuhasabah diri dan mengungkit kembali kisah-kisah lama yang membawa rasa pahit manis, masam dan masin. Segala amanat yang disampaikannya ku simpan kemas agar menjadi satu kenangan yang tersyahdu.huhu.
Nawal, kawan, sahabat @ teman semenjak dari tingkatan 1 kami bersama-sama sehinggalah ke peringkat dpli ini. Namun takdir telah menentukan segalanya. Nawal telah mendapat tawaran sebagai pegawai hal ehwal agama Islam di Jakim. Aku pasrah dan redha kerana perpisahan di dunia yang didasari dengan dasar keimanan pastinya membawa suatu hikmah yang terindah daripada Allah Subhanahuwataala.
Perpisahan sebegini agak memeritkan jiwaku sebagaimana perpisahan daku dengan kak Sakinah. Kerna mereka di antara insan-insan yang amat caring dengan aku selain daripada keluarga yang tercinta.
Kak sakinah kata doakanlah untuk dia. Ya mestiii. Apa yang paling daku berharap sesangat ialah agar kami dapat bersama-sama menempuh onak duri, ujian dan rintangan dalam perjalanan menuju ke suatu jalan yang lurus menuju kepada tempat yang hakiki iaitu di syurga nanti serta berada dalam keredhaan Ilahi. Amin ya Rabbal 'Alamin...
Selasa, 24 Februari 2009
Sinopsis Dpli dalam masa 2 bulan..

Ini adalah luahan rasa pada 8 Februari 2009..
Waktu sekarang menunjukkan pukul 5.43 petang. Saya sedang duduk di depan laptop sambil mencari bahan assignment. Alhamdulillah sekarang saya sedang menjalani kursus yang bakal menggelarkan saya sebagai seorang pendidik.
Entri kali ini akan menyentuh mengenai nikmat Allah dan kasih sayangNya.
Saudara-saudari sekalian, saya ingin mengajak anda menyelami kata-kata saya. Mudah-mudahan ia akan membawa hasil yang positif.
Sejak dua menjak atau tiga menjak ni, saya banyak benar melakukan dosa. Sehinggakan boleh melayakkan saya menjadi ahli neraka secara rasminya. Saya amat takut sekali.. Saya selalu terfikir apakah kaffarah yang bakal ku lalui nanti. Tetiap hari dok pikiaq sebelum dari masuk dpli lagi. Saya membayangkan dosa-dosa saya lalu kadang-kadang saya terfikir bagaimana agaknya cabaran dan ujian dalam dpli nanti a.huhu.
Tapi.. Allah sangat penyayang. Saya tidak merasakan sebarang kesukaran atau kegelisahan yang teramat ketika sedang berkursus dalam dpli ini. Saya begitu malu yang amatt. Memang tidak terhitung nikmat-nikmat Allah kepada saya. Di dpli ini, saya mendapat ramai kawan baru yang baik-baik belaka. Environment kehidupan saya tidaklah menyesakkan dada saya. Saya juga mendapat ilmu yang pelbagai di sini.
Sahabat-sahabat, sesungguhnya Allah teramatlah pengasih kepada hambaNya. Dia telah memberi kebaikan kepada kita melalui perantaraan hamba-hambaNya dan sebagainya. Contohnya seperti saya, pada hari ini, saya tinggal berseorangan dan rasa cam tak berapa nak bersemangat. Lalu Allah telah mengirimkan sahabat-sahabat yang telah menceriakan dan mengembalikan semangat saya ketika waktu makan tengahari. Pada hari ini juga dengan nikmat kasih sayangNya, saya masih mampu untuk membasuh dan meyidai baju walaupun badan saya rasa sakit-sakit sikit sebab main bola tampar, badminton dan berjogging. Huhu.. hati saya juga semakin terubat apabila bertemu dengan orang-orang di sini yang sentiasa murah dengan senyuman walaupun tak kenal pun sapa yang senyum tu. Ahh..terlalu banyak untuk saya khabarkan di sini. Tapi cubalah sahabat-sahabat renungkan kembali nikmat yang sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya yang kita dapat pada hari ini. Itulah tanda kasih sayangNya kepada kita. Dia terlalu sayanggggg kepada kita…. So.. Bersyukurlah.. :) . Selagi ada peluang marilah kita melakukan amal makruf nahi munkar. Moga-moga juga dosa-dosa kita yang lalu akan terhapus.
Saya harap usaha saya yang kecik ni adala manfaatnya. Sekian dulu,..wassalam
Ahad, 21 Disember 2008
Cuti rehat di rumah sudah hampir tamat..

Alhamdulillah, rahmat Allah sentiasa melimpah-ruah terhadap hambaNya. Sungguh bila aku bertafakur tentang sejarah hidup dulu dan yang bakal ku tempuh, ku tahu kasih sayangNya terlalu hebat, Maha Hebat. Ya Allah ampunkanlah diri ini yang tidak sekudus dalam beramal kepadaMu.. Setiap ujian yang menimpa kita semuanya dibebani dengan kemampuan kita. Allah Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya kita mampu menghadapi setiap cabaran yang diberi. Segala kesulitan dan kesusahan yang kita hadapi dalam menempuh onak dan cabaran jugak merupakan kasih sayangNya kerana padanya kita diganjarkan pahala, darjat kita juga semakin tinggi. Kesimpulannya baik @ buruk perkara yang ditakdirkan semuanya mengundang kebaikan. Apa yang penting ialah kita perlu redha.
Bercakap semula tentang kesedihan meninggalkan desa tercinta, terselit juga rasa syukur dengan rezqi yang diberi. Insya Allah aku akan menyambung pelajaran dan seterusnya bakal bergelar sebagai seorang pendidik. Ikutkan hati nak sambung master . Tapi ada banyak juga sebab yang membuatkan aku memilih untuk menjadi pendidik dahulu:
1) Malu sebab asyik guna duit mak bapak ja. Biarlah daku bekerja dahulu.
2).Sebenarnya rasa diri ini tak layak langsung pun. Tapi menerimanya bila memikirkan bahawa ini jalan tarbiyyah terbaik yang harus ku tempuh dan salah satu cara untuk aku berdakwah.
And lagi satu..saya rasa berdebau dan berderau gak darah nak pi dpli ni (macam budak-budak). Tapi daku harus jua melaluinya kerana ia syarat untuk mendapatkan pengalaman yang bernilai dalam hidup ini..........Sekian sahaja untuk tajuk ini. Wassalam..
Khamis, 7 Ogos 2008
Nak KOnvO dahh???

Walaupun dah habih menamatkan pengajian dalam bidang quran dan sunnah modul hadith.. saya masih merasakan tidak ada apa yang dapat saya sumbangkan kepada orang Islam.. Penganugerahan ijazah sarjana muda tu merupakan satu harapan daripada orang Malaysia dan orang Islam sedunia kat kita. ..
Saya lebih tersentak apabila membaca suratkhabar kosmo kelmarin yang bertajuk Jangan jadi graduan ‘terkurung’. Rasa macam kena ja kat batang idung sniri… Memetik kata-kata Pro Canselor Universiti Malaya (UM) kepada graduan supaya menjadi golongan pemikir yang sentiasa peka terhadap nasib bangsa, Negara dan tamadun.
Titah baginda, universiti dan negara tidak sewajarnya berbangga dengan kelahiran ramai graduan berijazah jika pemikiran mereka terkurung dalam sangkar ilmu yang sempit dan tidak berupaya meneroka kehidupan insan dan alam yang lebih menyeluruh.
“Seseorang intelek itu bukan saja ahli dalam bidang pengajiannya, malah dia juga perlu peka dengan permasalahan negara,bangsa dan bertenaga mencerna idea dan fakta, tinggi pegangan prinsip serta tahap keimanannya.
“Binalah daya intelek dan kekuatan berbekalkan ijazah yang dimiliki ini” titahnya pada Istiadat Konvokensyen UM 2008.
Apa pulak kata-kata Canselor UKM nanti ya.. Ya Allah, berilah kekuatan kepada diri ini untuk berkhidmat ke jalanMu yang Maha Benar itu…………….
Isnin, 4 Ogos 2008
Bulan Julai dalam kenangan..
Masa begitu pantas berlalu. Kematian makin mendekat. Saya semakin gusar kerana amalan masih belum mantap. Bulan Julai telah berlalu, menjelma pulak bulan Ogos. Ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan pada sahabat sekalian.
Amin...
Amin yang saya maksudkan adalah anugerah baru-baru ini yang telah ditayangkan di TV1. Saya begitu bersemangat melihat anugerah ini kerana ianya adalah anugerah media Islam. Ramai ilmuan agama dan pendakwah hadir pada majlis tersebut. Majlis tersebut juga memberi kelainan kerana menggabungkan artis-artis hiburan Malaysia. Namun, saya sedikit sedih kerana ia tidak seislamik yang disangka. Amin telah menjemput artis-artis wanita untuk membuat persembahan. Bahkan ada yang tidak menutup aurat ketika membuat persembahan dan ada juga yang menyanyikan lagu cinta kemanusian pada hari anugerah Media Islam tersebut. Saya takut, janganlah kerana kita hendak menarik mereka ke arah keislaman, kita sanggup pula melanggar syariat. Bukankah suara perempuan itu aurat...............
Anak Saudara saya Nur Amira
Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita kemalangan Nur Amira yang berusia setahun setengah. Saya dan keluarga begitu sedih sekali melihat keadaannya. Sebahagian kulit kepalanya terkeluar dan berjaya ditampung. Alhamdulillah, otaknya masih normal. Saya mengharapkan doa sahabat-sahabat agar anak saudara saya cepat sembuh dan membesar dalam keadaan sihat sejahtera..
Setakat ini dahulu coretan saya. Salam perjuangan buat sahabat-sahabat, semoga kita sentiasa dalam redhaNya..Aminn.
Tika Malam itu...

Pekerja kedai tersebut menyuruh kami mengambilnya pada pukul 10 malam. Saya terpaksa gagahkan jua pada malam itu untuk ke kedai yang berhampiran dengan UKM itu kerana pada hari esok kelas kami sudah bermula.
Seperti biasa sebelum saya memulakan perjalanan, saya membaca doa naik kenderaan dan doa-doa lain. Sesungguhnya apabila saya menaiki kereta, saya benar-benar bertawakkal kepadaNya. Seseungguhnya pergantungan saya kepada Allah ketika memandu begitu tinggi. Tambahan lagi pada malam itu yang basah dengan air hujan. Ya Allah, walaupun sebelum ini saya pernah memandu di kala hujan lebat pada waktu malam kerana emergency namun saya masih sedar segalanya hanyalah dengan izin Allah.
Sebelum bertolak, saya dan Kak Saadah perlu mengeluarkan duit di ATM terlebih dahulu. Ketika Kak Saadah cuba mengeluarkan duitnya, tiba-tiba sahaja Kad Banknya tak dapat digunakan. Sedangkan saya dan Jalata berjaya mengeluarkan duit. Kami tidak berputus asa kerana masih ada lagi ATM di dalam UKM. Kami mencuba lagi dalam waktu yang suntuk kerana kedai tersebut bakal ditutup pada pukul 10 malam lebih. Namun masih tidak berjaya.
"Kak, cuba akak baca bismillah sikit" Kata saya sambil berkerut dahi kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 10.
"Tak pernah-pernah pun kad akak rosak" Kak Saadah mencuba berkali-kali. Kali ini sudah 3 tempat. Hmm... Dah habis semua tempat kami redah ni......... Duit saya dan Jalata tak cukup untuk membayar buku-buku tu..
"Tak apalah akak, mungkin Allah taala tak izinkan kita pegi kot, hujan pulak. Jomla kita balik. Kedai pun dah nak tutup" kata saya. Bukan berputus asa tetapi rasa tak sedap hati jaa..
Kami pun pulang ke kolej kami. Tapi sebelum itu, kami singgah dahulu di kedai kolej kami.
"Akak, sekarang pukul berapa?" Kami sama-sama membelek jam tangan kak Saadah. Ya, kedai pun dah tutup.
Sambil menunggu Jalata membeli sesuatu. Saya pun berkata.
"Akak, cuba akak try cucuk duit, kot-kot la boleh" Kak Saadah pun cuba mengeluarkan duit di ATM yang berada di situ. Tiba-tiba... Ya... Duit itu berjaya dikeluarkan.. Masya Allah.. Subhanallah.. Sesungguhnya tiada upaya kekuatan melainkan daripada Engkau Ya Allah Yang Maha Agung. Sesungguhnya aku benar-benar bertawakkal kepadaMu.. Tika Malam itu.. aku semakin yakin Engkau sentiasa mengawasi perihal hamba-hambaNya.....
UKM, sem 2, tahun 3.

