Khamis, 21 Mac 2013

Anakku 4 bulan ++

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah berkesempatan untuk update blog pada hari ini. Maklumlah esok bermulanya cuti sekolah. So, bolehla dok rilek rilek sat. Kalau tidak tak dan nak mengadap blog ni sangat.

Anakku sudah 4 bulan lebih. Keletahnya makin hari melucukan. Ragamnya pun dah tak banyak. Tidur malamnya pun lena sekali. ALhamdulillah. Sekarang dah boleh tinggai sikit. Tak la merap sangat. Meniarap pulak masih dalam proses. Cakap pula memang ramah..hehe..

Tak sangka memang tak sangka.. saya sudah menjadi ummi. Memang bila ada anak akan ada satu perubahan pada sikap kita. Saya menjadi lebih alert kerana adanya anak yang perlukan perhatian dan jagaan. Bukan bermakna ada anak kita terbeban tapi sebenaqnya ia adalah anugerah dan kita juga menjadi lebih matang.

Saya memang masih belajar untuk menguruskan anak. Semoga anakku jadi hamba Allah sejati. Ok, jom kita tengok muka anak saya....

muka cam abi...assalamualaikum semua...

Setakat ni dulu..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails