Selasa, 31 Ogos 2010

Tadabbur al-Quran..



Bismillahirrahmanirrahim...

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana al-Quran diturunkan. Betapa mulianya bulan ini. Alhamdulillah, pastinya ramai yang bertadarus dan cuba mengkhatamkan al-Quran.Fenomena sebegini amat bagus.

Namun begitu, kita juga harus ingat, baca jangan hanya nak ekspress. Alangkah baik dan lebih bagus jika kita dapat mentadabbur ayat al-Quran itu. Maknanya.. bukan setakat kita baca sahaja ayat dia. Paling best dan baik lagi kalau kita  faham makna ayat tu..Seterusnya kita renung dengan mendalam dan menghayatinya. Sungguh.. amat mensyahdukan dan indah sekali suasana ketika seorang hamba mentadabbur ayat-ayat Allah sehingga mengalirkan air mata dek penghayatan pada kalam Allah.

Rugi tau..!

Sayang sungguh kalau kita sudah banyak kali khatam al-Quran tapi tak tahu makna dalamnya. Sudahkah kita khatam tafsir al-Quran? Bagi sapa-sapa yang belum lagi.Marilah kita mengkhatam tafsir al-Quran pulak. At least, kita tau kandungan dalam tu. Al-Quran tu manual hidup kat dunia ni. Sia-sia lah kalau kita tidak sempat membaca panduan hidup kat dunia andai kita ditakdirkan meninggal dahulu. Sebab dengan rahmat dan kasih sayang Allah lah al-Quran diturunkan supaya manusia dapat mengambil pelajaran dan faham cara untuk hidup di atas dunia yang penuh cabaran ni. 

Firman Allah subhanahu wa taala maksudnya:

 “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian” (Surah Al-Israa’ ayat 82)

Firman Allah subhanahu wa taala lagi maksudnya:

 “ Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah.” (al-Nah, ayat 89) 


Kita dapat tau yang mana perbuatan  Allah suka, yang mana yang Allah murka. Mestilah kita kena tau semua tu sebab kita hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Kita berdiam atas muka bumiNya. Jadi tak adalah kita buat perkara yang bertentangan dengan etika sebagai seorang muslim.

Jadi, apa tunggu lagi.. Selamat mentadabbur ayat-ayat al-quran. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih soleh@solehah dan sentiasa di jalan yang lurus...

Assalamualaikum... =)

Isnin, 30 Ogos 2010

Ramadhan yang hampir ke penghujungnya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini sudah hari yang ke 20 kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu. Itu saya akui. Dan telah sampai masa yang kita tunggu-tunggu iaitu meraih malam lailatul qadar di sepuluh malam yang terakhir.

Oleh itu marilah sama-sama kita mengusahakan dan memaksakan diri kita untuk meningkatkan lagi ibadah kita. Ayuh, janganlah asyik mendengar lagu raya sahaja, memikirkan pasal baju raya apa yang ingin dipakai. Feel ramadhan dahulu. Peluang keemasan masih ada. Tidakkah kita mahu kalau dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah . Inilah peluang yang Allah janjikan kepada hamba-hambaNya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Perhatikan baik-baik hadith ini:


Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda :





“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan

dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”





Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)



Bagi muslimah yang datang haid, janganlah sedih, banyak lagi ibadat yang dapat kita lakukan.
Itu adalah fitrah bagi setiap muslimah jadi terimalah takdir ini dengan seadanya dan Allah itu Maha Adil. Jangan sedih k..

Lagi satula teguran untuk saudari muslimah ku yang ku kasihi.. Di bulan puasa yang mulia tatkala kaum muslimin sedang berjuang menjaga puasa maka mintak tolong hormat dengan mengenakan baju yang menutup aurat. Janganlah pergi bazar dengan baju yang dok pakai di rumah. Mintak tolonglah ya..sama-sama mengingatkan. Lagipun, kan nampak lebih manis pakai baju yang menutup aurat di bulan yang mulia ini. Bila lagi nak mula buat perubahan kalau tidak di bulan yang berkat ini.. =)

Ok Jumpa lagi bila ada masa Insya Allah.. selamat beramal soleh... =)


Program dan program..

 Assalamualaikum...

  
Bismillahirrahamnirahim..

Alhamdulillah.. sekarang ni dah masuk bulan kelapan saya di sekolah 'baru'.  Saya berasa sangat bersyukur di atas takdir ini. Sesungguhnya setiap takdir itu ada kemanisannya yang tersendiri jika dipandang dengan kacamata keimanan. 

Teringat masa di Universiti dahulu, saya bukanlah seorang insan yang aktif berpesatuan. Saya lebih banyak lepak di library dan rela menjadi ahli persatuan biasa sahaja.  Saya sangat suka belajar walaupun keputusan saya tidaklah cantik sangat.hehe. Sehinggakan saya berkeinginan kuat untuk menyambung pelajaran di peringkat master. Hajat saya tercapai juga apabila permohonan saya diterima. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya apabila ada sahaja aral melintang yang menyebabkan saya terhalang untuk mencapai keinginan yang satu itu.

Pemilihan saya untuk mengisi borang permohonan DPLI dulu hanyalah salah satu syarat untuk menyedapkan hati kedua ibubapa saya. Dan tidak disangka, saya mendapat DPLI dan membatalkan hasrat saya pula untuk menyambung master. Saya berfikir selama ini saya asyik dengan study sehingga tiada masa bakti tenaga saya untuk masyarakat pula. Maksud saya dengan aktiviti-aktiviti luar. Jadi saya merasakan untuk berkhidmat dahulu sebagai seorang guru pendidikan Islam yang pasti akan memaksa diri saya dari terperuk dalam dunia teori sahaja.

Alhamdulillah, saya dapat belajar banyak tentang persatuan dan program dengan baik di sekolah baru saya. Peluang ini amat saya hargai. Melihat guru-guru di sini yang begitu mahir dan cekap dalam melaksanakan tugas. Harapan saya agar saya dapat melaksanakan kerja yang diberi dengan lebih cekap lagi. Saya masih lagi bertatih dalam pelaksanaan praktikal ini. Semoga ini semua dapat melancarkan lagi kerja-kerja dakwah kita. Insya Allah... amin.

Sahabat-sahabat doakan saya terus berjaya memberi satu sumbangan kepada orang Islam.Insya Allah.. Selamat memburu lailatulQadar.


Rabu, 18 Ogos 2010

Bertaqwalah akan siksa neraka...


Nabi salalllahu 'alayhiwassalam bersabda : “Bertaqwalah (Selamatkanlah diri kalian) akan siksa neraka, walaupun dengan separuh kurma. Jika kalian tidak mendapatkannya, maka cukup dengan bertutur kata yang baik.” (HR. Bukhari no. 6023 dan Muslim no.1016.)

Isnin, 16 Ogos 2010

Lamanya saya tak update blog..


Bismillahirrahamanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Lamanya si syuhada ni xupdate blog..

Saya masih di sini..

Menghayati di setiap takdir yang Allah tentukan ....

Cuba menggapai sinar keikhlasan..

Mengharap rahmat Allah..

Minta dijauhkan dari api neraka yang Maha Dasyat...


Berjumpa lagi... bergembiralah dengan setiap detik hidupmu jika kau hidup dalam kepatuhan padaNya....

dan saya sangat-sangat berterima kasih pada yang sudi menjadi follower saya dan memeriahkan chatbox saya.. Semoga kalian semua berada dalam rahmatNya...

Insya Allah khair................~

-Nurul Syuhada @ Ummu Mujahid-
Tambunan@Jitra.........

Selasa, 13 April 2010

Semalam


Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...

Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan

Ampunkan segala dosa-dosa

Moga esok ku kan lebih sempurna

Semalam

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...

Sabtu, 30 Januari 2010

Bingkisan rindu..


Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ini hampir sebulan saya berada di negeri bawah bayu... Sudah boleh terima kenyataan yang saya sekarang berada di negeri Sabah bukan di semenanjung.

Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang di atas segala limpah rahmat dan nikmatNya...

Ucapan jutaan terima kasih juga buat kenalan-kenalan baru dan lama di Sabah yang telah menolong saya.Serta Semua insan-insan yang telah menghulurkan bantuan secara tidak langsung atau tidak. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa kalian. ..

Dan pengorbanan mama dan abah tidak dapat saya lupakan. Sering merisaukan anaknya walaupun sudah besaq panjang. Memang terharu.....

Sesungguhnya berada di Sabah ini adalah suatu peluang hijrah kepada diri saya. Alhamdulillah di atas hikmah yang diberikan ini...

Sekian sahaja..rasanya ini sahaja intro untuk cerita dari Sabah. Selamat berhijrah jugak buat semua umat Islam..Semoga kita menjadi insan yang semakin bertaqwa~

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam..
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa(niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isnin, 16 November 2009

Masih belum mampu update blog..




Assalamualaikum.. harap maaf, blog ini belum dapat diupdate lagi kerana tuan punya blog masih dalam pembaikan dan belum terdaya mencoretkan sesuatu ..

Ahad, 1 November 2009

sudah habis dpli..


Erm.. dah habis rupanya dpli...

Setelah hampir setahun saya dan rakan-rakan berjuang menghadapi program-program sepanjang pengajian dpli.. akhirnya.. sampai jua kami di penghujungnya..

Kepada dplian Julai, selamat berjuang.. sat ja masa berlalu..hehe.. Bercakap tentang masa. Erm, masa untuk mati pun semakin dekat. Sudahkah ku bersedia.. Ya Allah betapa sikit amalanku..

Berpisah dengan sahabat-sahabat dplian terasa juga sedihnya. Saya minta maaf kepada kawan-kawan di atas sikap saya jika ada yang terasa. Maklumla saya ni kadang-kadang tu terlajak garang.sori banyak-banyak. Harapan saya ukhwah yang terjalin dalam keredhaanNya. Bertemu dan berpisah kerana Allah.


لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه


Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. [Shahih al-Bukhari - hadis no: 13]

Buat kawan-kawan yang bergelar ustaz dan ustazah.. teguhkan pendirianmu..jangan biarkan prinsip tergadai kerana mengikut kemahuan dunia yang fana ini. Sama-sama memperbaiki diri dan serulah orang ke arah kebaikan..

Sepanjang cuti ini sementara menunggu posting, saya hanya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga yang tersayang. Saya lebih memilih untuk bersama dengan keluarga kerana banyak perkara yang tak selesai perlu diselesaikan. :) ..

Selesai untuk entri ini.. ~ Alhamdulillah....

Sabtu, 3 Oktober 2009

Anak muridku..


Malu-malu nampak.. tak paham saya,,huuhu..



Anak muridku..


maafkan ustazah..


bukan sesaja ustazah garang..


tapi hampa dok bising time ustazah ngajaq..


kalau ustazah tak marah..


hampa dok bising sampai tak dengaq suara ustazah..


camna nak ngajaq...


sori sebab tak pandai ngajaq..


tp ustazah cuba menyampaikan keindahan Islam itu..


Anak muridku
..

jadilah pemuda-pemuda zaman nabi yang bersemangat untuk berjihad membela Islam..

bukan bermain-main seperti kanak-kanak..

Semoga ada yang terkesan dengan pengajaran ustazah..

akan kesedaran tujuan kita hidup di atas muka bumi ini..

sama-sama kita saling menyedarkan.........

~Bakal menamatkan praktikal di SMK Tun Mutahir~



Sykidz@yahoo.com
Malim Jaya, Melaka..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails