Listing what you’ve already achieved helps you to get back your motivation because it makes you focus on the distance you’ve already travelled.
Jumaat, 25 Mac 2011
Jumaat, 18 Februari 2011
Rintihan cinta......
Aku tahu Engkau Tuhanku Cinta Teragung..
Aku tahu mencintaiMu amat perlu..
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan..
Aku berusaha ke arah itu..
Tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu..
Oh banyak yang datang mengganggu..
Nafsuku dan syaitan terkutuk..
Dunia mempesona menggamit selalu..
Di waktu itu lupaku padaMu..
Cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga..
Walaupun sedikit terasa indahnya..
Kemudian lupa lagi..
Adakalanya lupaku padaMu..
Berpanjangan sekali..
Kemudian sekali-sekala sedar kembali..
Engkau cinta agung.....
Engkau patut dicintai..
Selepas itu ku lupa lagi..
Begitu cintaku kepadaMu Tuhan..
Dengan kelalaian silih berganti..
Oh Tuhan..
Dengan hati yang sedih ini...
Tolonglah aku dengan rahmatMu..
Bantulah aku mencintaiMu..
Agar cinta yang palsu..
Terhapus sendiri..
Itulah harapanku padaMu..
-oleh Mawaddah dengan sedikit pengubahsuaian..
Sabtu, 5 Februari 2011
Takdir

Kita hanya merancang dan berusaha..
Allah yang menentukan segalanya..
Ketentuan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya...
Allah Maha Mengetahui segalaNya..
Rabu, 2 Februari 2011
Bengang..
Assalamualaikumwarahmatullah..
Bismillahirrahmanirrahim..
Malam-malam begini..tetiba saya dilanda mood untuk update blog. Mungkin untuk meredakan keresahan dan kekacauan jiwa saya. Kadang-kadang blog ini saya gunakan sebagai salah satu cara untuk menghilangkan stress. Ya la.. bila saya mahu mengarang di blog, mestila perkara itu adalah perkara yang bermanfaat dan dapat memberi pengajaran bersama. Saya mengawal stress saya ketika meluahkan dan menilai apa yang berlaku untuk diambil pengajaran. Kerna saya takut bila menulis di blog sahabat-sahabat tidak mendapat apa-apa tapi bertambah bengang pulak..
Mengarang di blog umpama kita bercakap. Yakni setiap perkataan yang dikeluarkan ada hitungannya. Pastikan blog kita menjadi salah satu amalan yang dapat menambahkan lagi pahala kita dan sentiasa dalam redhaNya. Bercakap dalam ketaqwaan. Insya Allah.
Firman Allah ertinya:
“Tidaklah seorang mengucapkan satu ucapan, kecuali padanya ada malaikat yang mengawasi dan mencatat.”
(Surat Qaaf: 18)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu, ia berkata,
"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu ucapan yang tidak jelas baginya manfaatnya lantas karena ucapannya itu ia tersungkur ke dalam api neraka sejauh jarak antara timur dan barat',"
(HR Bukhari [6477] dan Muslim [2988]).
Selain itu, saya malas jugak nak update blog sebab saya takut. Diri saya ini masih lagi perlu digilap untuk menjadi hamba yang diredhaiNya. Kadang-kadang bengang dengan diri saya. Dan itulah tekanan paling tinggi untuk saya. Sedih bila tersasar..
Merujuk kepada tajuk saya bengang. Saya sangat yakin. Cara merawat yang utama adalah kembali kepada Allah dan mengingat mati.!
-Sori ayat tak berapa sedap sebab tengah bengang ngan diri sendiri..!

Sabtu, 15 Januari 2011
Manfaatkan facebook...!
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...
Anda mempunyai facebook? Apa fungsi facebook pada anda? Saya juga mempunyai akaun facebook. Pada mulanya saya tidak berapa minat menggunakannya tapi lama-kelamaan saya menjadi salah seorang pengguna facebook yang aktif!
Teknologi pada yang ada pada masa kini boleh mendatangkan manfaat dan juga boleh membuang masa anda. Begitulah juga dengan penggunaan facebook. Jika anda menggunakan facebook untuk bermain game, kuiz yang tidak mendatangkan faedah,ramalan karut ataupun horoskop, bergosip,menceritakan keaiban rumahtangga sendiri, menjatuhkan maruah orang, mendedahkan aurat ataupun berchattingdengan bukan mahram maka sia-sialah masa anda dengan facebook.
Sebenarnya facebook ini dapat mendatangkan manfaat yang banyak jika pandai menggunakannya. Di antaranya adalah kita boleh menjadikannya tempat menimba ilmu. Bagaimana? Beberapa tips yang saya amalkan antaranya:-

- Berkawan dengan ilmuan, orang yang soleh-solehah dan public figure yang dapat memberikan input yang banyak pada ilmu kita.
- Join group serta halaman yang bermanfaat pada iman kita.
- Berkongsi pendapat di ruangan status.
Seterusnya, untuk menjadikannya lebih bermanfaat lagi kita mulakan dari diri kita sendiri.. Macamana?
- Gunakan segala kemudahan yang ada seperti status,gambar,komen,nota,pautan,dan halaman dengan berkongsi ilmu yang ada. Ingat yang penting ilmu yang mendatangkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahuwataala bukan yang membawa kerosakan pada muka bumi ini. Lagi banyak kita berkongsi, bertambah lagi ilmu yang lain untuk kita.
- Tag atau tanda setiap perkara bermanfaat yang telah kita publish.
Berikut adalah salah satu status saya yang sangat saya gemari kerana ia sangat berguna pada saya melalui perkongsian ilmu oleh kawan-kawan di facebook.Alhamdulillah.
Apa ubat untuk orang yang selalu sensitif hatinya...? Cakap sikit terguris.. Macamana caranya untuk mengebalkan hati.. Ada pendapat?
Macamana?Bestkan? Sedikit banyak ia menyelesaikan persoalan-persoalan yang berlegar di fikiran kita. Berikut saya lampirkan status-status orang lain yang bagus untuk dibaca. =)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: "Tiga golongan yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu ad-dayyuts, wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak", lalu sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mengerti maksud ketagihan arak, tetapi apakah itu Dayuts? berkata baginda: "iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)"
Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika engkau ditimpa ssuatu jgnlah berkata 'Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu,' akan tetapi katakanlah 'Takdir Allah, dan Allah berbuat sekehendaknya.' Sesungguhnya perkataan kalaulah hanya membukakan jalan bagi syaitan utk berbuat sesuatu." (HR. Muslim)
Allah menyebut ( AlA'raf :51) sesiapa yg menjadikan urusan agama seperti mainan & tidak berharga, pastinya dia akan terpesona dgn DUNIA, ketika itu dia akan dilupakan di akhirat sbgmn dia melupakan Allah ketika di dunia. Cuba sedari bgmn cara kita melayan sesuatu mainan? Adakah ada kesamaan tika kita melayan urusan agama & persoalan hukum?.
Baiklah setakat ini dahulu, 3 status ini sudah memadai untuk saya lampirkan. Jadi..gunakan facebook anda ke arah kebaikan bukan keburukan yang hanya akan menambah dosa sahaja. =)Jumpak lagi daripada saya Nurul Syuhada hamba Allah yang menagih simpatiNya.. Sori kalau ada yang tak paham.Harap artikel ni ada faedahnya pada anda. =)
Langgan:
Catatan (Atom)