Khamis, 9 Februari 2012

Harus United..

Assalamualaikum...

Untukku dan sahabat-sahabatku...
 Kita sebagai guru agama di sekolah harus united..
 Jangan ada dengki-mendengki...
 Jangan ada yang berkira..
 Jangan ada yang malas...
 Jangan ada yang mengumpat..
 Jangan ada yang leka...
 Kita sebagai pendakwah bukat setakat guru agama..
 Kita perlu sebarkan dan fahamkan mereka yang belum memahami..
 Ini tugas kita..
 Kalau kita tak bersatu...
 Macamana pelajar-pelajar dan rakan-rakan kita?
 Kita perlu menjadi murabbi..
 Perbaiki diri dan serulah orang lain..
 Jikalau bukan kita yang menghidupkan agama Islam di sekolah..
siapa lagi..?

Isnin, 6 Februari 2012

BBM

Assalamualaikum..




"Sekarang ni tengah mencari BBM yang sesuai untuk anak murid saya... Itulah yang saya dok pikiaq hari-hari, Mungkin sebab saya cikgu baru. Jadi BBM saya terlalu sedikit dan kena update selalu... Kena kreatif untuk buat BBM supaya anak-anak murid pun suka nak belajaq.. Ermm.. Oleh kerana saya masih baru mengajar.. Jadi memang la kena buat BBM selalu. Nanti dah ada semua tajuk tak payahlah buat lagi. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Betoi dak? Betoi..

Rabu, 14 September 2011

Tips of Organizing..(Organize things to do)

Assalamualaikum..


Bismillahirrahmanirrahim..


Saya ni xberapa la sangat pandai mengorganize.. la ni dok seronok baca tips-tips organize kat internet. Saja nak kongsi untuk kita semua terutama untuk diri sendiri.


Kita ambik satu dah la tips..Nanti bila-bila tambah lagi..





Do less each day. Don’t fill your day up with things to do. You will end up rushing to do them all. If you normally try (and fail) to do 7-10 things, do 3 important ones instead (with 3 more smaller items to do if you get those three done). This will give you time to do what you need to do, and not rush.


sumber: http://zenhabits.net/peaceful-simplicity-how-to-live-a-life-of-contentment/

Rabu, 10 Ogos 2011

Pelbagai teknik mengajar.


Assalamualaikum..


Bismillahirahmanirrahim..




Ya haghini ghasa nak update lagi blog. Ini pulak adalah untuk mengingatkan balik diri saya sendiri tentang apa yang dah belajaq lama dulu.. Pengajaran dan Pembelajaran anda memboringkan?Mari kita pelbagaikan kaedah-kaedah ni:




  • Belajar sambil main (depa mesti suka ni)
  • Main Peranan
  • Tematik
  • Koperatif/ Kolaboratif
  • Pemudahcaraan
  • Perbincangan
  • Inkuiri
  • Tunjuk cara
  • Penyelesaian masalah
  • Pembelajaran masteri
Ini adalah antara kaedah-kaedah yang boleh kita cuba buat. Usaha dulu nanti Allah permudahkan, Insya Allah. 

Mengutip balik kata-kata suami saya untuk saya pagi tadi:

Cikgu adalah guru, guru adalah pendidik.. pendidik yang berwibawa adalah mereka yang kental jiwanya di dalam cabaran mendidik anak-anak murid di bawah asuhan dengan berbagai karenah dan tingkahlaku. Itu semua adalah titik permulaan untuk mencapai status pendakwah dan persiapan untuk menghadapi masyarakat dan orang ramai yang tentu lebih sukar dan rumit untuk bawa, bimbing dan ajar mereka ketaatan kepada Allah.Insya Allah.




Terakhir.. kita jumpak lagi bila-bila.. Assalamualaikum..

Tackle murid..





Assalamualaikum..


Bismillahirrahmanirrahim..
  
              Hari ni dah masuk 2 bulan dah saya bernikah. Ghasa macam tak percaya lagi ni. Dah masuk ke alam yang penuh dengan pancaroba dan tanggungjawab yang besaq. 
              Sekarang ni saya sedang memikirkan macamana cara untuk memikat hati murid dalam proses pembelajaran. Murid-murid saya pula dalam kategori masalah pendengaran. Payah lagi kalau tak mahir bahasa isyarat lagi. Dulu masa dekat Universiti memangla ada belajaq jugak. Tapi lepas tu dapat posting masalah pembelajaran. Lepas tu lagi, dapat tukaq balik bidang masalah pendengaran. Gabra juga bila dok ingat balik bahasa isyarat ni.
         



    Kalau kita tak prepare untuk masuk kelas mengajar budak.. Uiish kacau gak. Erm..saya ni ada jugak buat preparation tapi mungkin strategi tu tak kena. Ghasa macam geram pulak tak dapat nak tackle hati depa... Satlagi nak masuk kelas ni. Harap-harap jangan ada yang berjalan.err.. Tak larat nak garang dah ni. Saya mesti tukaq plan lain pulak. Beralih kepada aktiviti yang lebih menarik lagi.Tak pa lah, yang penting setiap cikgu perlu ada persediaan untuk mengajar murid-murid yang diamanahkan ini. Sebut pasai amanah ghasa ketaq perut pulak... 




Oklah..selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan profesional dan mantap. Ya untuk saya jugak.




Isnin, 23 Mei 2011

Serba baru..

Pelbagai perkara yang baru akan menjelma dalam hidup saya pada bulan Jun ini.

Sungguh, hidup ini tak dapat dijangka. Ketentuan Allah adalah yang terbaik.

Saya mengharapkan 'hidup baru' saya pada bulan Jun ni menjanjikan perubahan diri yang lebih solehah dan mantap. Amin ya Allah.

La tahzan innallahama'ana........

Jumaat, 25 Mac 2011

Kata-kata perangsang


Listing what you’ve already achieved helps you to get back your motivation because it makes you focus on the distance you’ve already travelled.

Jumaat, 18 Februari 2011

Rintihan cinta......


Aku tahu Engkau Tuhanku Cinta Teragung..
Aku tahu mencintaiMu amat perlu..
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan..
Aku berusaha ke arah itu..
Tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu..
Oh banyak yang datang mengganggu..
Nafsuku dan syaitan terkutuk..
Dunia mempesona menggamit selalu..
Di waktu itu lupaku padaMu..
Cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga..
Walaupun sedikit terasa indahnya..
Kemudian lupa lagi..
Adakalanya lupaku padaMu..
Berpanjangan sekali..
Kemudian sekali-sekala sedar kembali..
Engkau cinta agung.....
Engkau patut dicintai..
Selepas itu ku lupa lagi..
Begitu cintaku kepadaMu Tuhan..
Dengan kelalaian silih berganti..
Oh Tuhan..
Dengan hati yang sedih ini...
Tolonglah aku dengan rahmatMu..
Bantulah aku mencintaiMu..
Agar cinta yang palsu..
Terhapus sendiri..
Itulah harapanku padaMu..

-oleh Mawaddah dengan sedikit pengubahsuaian..

Sabtu, 5 Februari 2011

Takdir





Kita hanya merancang dan berusaha..

Allah yang menentukan segalanya..

Ketentuan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya...

Allah Maha Mengetahui segalaNya..

Rabu, 2 Februari 2011

Bengang..

Assalamualaikumwarahmatullah..


Bismillahirrahmanirrahim..


Malam-malam begini..tetiba saya dilanda mood untuk update blog. Mungkin untuk meredakan keresahan dan kekacauan jiwa saya. Kadang-kadang blog ini saya gunakan sebagai salah satu cara untuk menghilangkan stress.  Ya la.. bila saya mahu mengarang di blog, mestila perkara itu adalah perkara yang bermanfaat dan dapat memberi pengajaran bersama. Saya mengawal stress saya ketika meluahkan dan menilai apa yang berlaku untuk diambil pengajaran. Kerna saya takut bila menulis di blog  sahabat-sahabat tidak mendapat apa-apa tapi bertambah bengang pulak..


            Mengarang di blog umpama kita bercakap. Yakni setiap perkataan yang dikeluarkan ada hitungannya. Pastikan blog kita menjadi salah satu amalan yang dapat menambahkan lagi pahala kita dan sentiasa dalam redhaNya. Bercakap dalam ketaqwaan. Insya Allah.


Firman Allah ertinya:


 “Tidaklah seorang mengucapkan satu ucapan, kecuali padanya ada malaikat yang mengawasi dan mencatat.” 


(Surat Qaaf: 18)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu, ia berkata,


 "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu ucapan yang tidak jelas baginya manfaatnya lantas karena ucapannya itu ia tersungkur ke dalam api neraka sejauh jarak antara timur dan barat',"     


 (HR Bukhari [6477] dan Muslim [2988]).


           Selain itu, saya malas jugak nak update blog sebab saya takut. Diri saya ini masih lagi perlu digilap untuk menjadi hamba yang diredhaiNya. Kadang-kadang bengang dengan diri saya. Dan itulah tekanan paling tinggi untuk saya. Sedih bila tersasar.. 


         Merujuk kepada tajuk saya bengang. Saya sangat yakin. Cara merawat yang utama adalah kembali kepada Allah dan mengingat mati.!


-Sori ayat tak berapa sedap sebab tengah bengang ngan diri sendiri..!







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails