Rabu, 9 Julai 2008
KEPENTINGAN TAKHRIJ HADITH
PENGENALAN
Telah menjadi kehendak Ilahi Yang Maha Bijaksana untuk tidak membiarkan hadith-hadith berselerakan di sana sini tanpa mengutus atau memberikan keistimewaan pada sekelompok orang yang berkemampuan tinggi untuk menghentikan dampak negatif serta menyingkap tabirnya kemudian menjelaskan hakikat hadith kepada kita semua. Mereka itulah para pakar hadith yang mulia, para penjunjung panji Sunnah Nabawiyyah .Para pakar hadith ini telah melakukan penelitian dan menjelaskan keadaan hadith-hadith Rasulullah dengan menghukuminya sebagai hadith sahih dhaif dan maudhu’.
KEPENTINGAN ILMU TAKHRIJ HADITH
Tidak diragukan lagi bahawa mengetahui displin ilmu takhrij sangat penting dan fardhu ke atas setiap orang yang menyibukkan diri dengan syariah, hadith, fiqh, usul, dakwah serta sirah nabawiyyah. Ini kerana ianya menunjukkan sesuatu hadith tersebut ke tempat asalnya dan diketahui darjah yang ditunjukkan sama ada dari segi sanad ataupun matan.
Keperluan terhadap takhrij supaya pencari ilmu dapat diperkuat oleh suatu hadith atau ia meriwayatkannya setelah ia mengetahui ulama-para penyusun yang meriwayatkan hadith dalam kitabnya sebagai musnad (sandaran).
Oleh kerana itu displin ilmu takhrij sangat diperlukan oleh setiap pencinta atau oleh orang yang menggeluti ilmu-ilmu syarie dan segala sesuatu yang bersangkut paut dengan Islam.

Pentingnya kegiatan takhrij al-Hadith
Terdapat tiga hal yang menyebabkan pentingnya kegiatan takhrij al- hadith dalam melaksanakan penelitian hadith iaitu
1. Untuk mengetahui asal-usul riwayat hadith yang akan diteliti.
2. Untuk mengetahui seluruh riwayat bagi hadith yang akan ditelilti
3. Untuk mengetahui ada atau tidaknya syahid dan mutabi’ pada sanad yang diteliti .
Dengan demikian pentingnya kegiatan takhrij al- hadith tersebut tidak terlepas dari unsur-unsur yang terdapat dalam pengertian takhrij al- hadith itu sendiri.
Faedah takhrij amat banyak sekali. Ini berlaku kerana dengannya membolehkan seseorang pengkaji itu sampai ke tempat atau gedung simpanan al-sunnah. Di antaranya ialah:
1- Mengenali rujukan dan sumber-sumber al-hadith
2-Pengumpulan sebanyak mungkin sanad-sanad al-hadith
3- Mengenali perihal al-Isnad dengan cara meneliti turuq hadith
4- Memperkenalkan perihal hadith tertentu berdasarkan turuq hadith yang berbilang-bilang
5- Memperkuat martabat hadith dengan banyak turuqnya
6- Mengetahui satu atau lebih hukum hadith hadith yang dikemukakan oleh para ulama hadith dan pendapat-pendapat mereka samada sahih atau sebaliknya.
7- Mengenalpasti dan menentukan nama sebenar perawi hadith tertentu dikalangan para perawi.
8- Mengenali penambahan riwayat-riwayat
9- Penjelasan makna al-Gharib
10- Menolak dakwaan hukum sesuatu hadith sebagai shaz
11- Memperjelaskan al-Mudraj
12-Memperjelaskan kekurangan yang terdapat pada hadith
13-Menyingkap kesalahan dan kesilapan para perawi
14- Mengenal pasti hadith yang diriwayat secara lafaz
15- Penjelasan berhubung masa dan tempat berlaku sesuatu peristiwa
16- Mengenali periwayat-periwayat hadith.
17- Mengenali kesalahan al-Nusakh
18- Membezakan yang al-Muhmal dikalangan perawi –perawi al-Isnad
19- Menentukan yang al-Mubham pada hadith
20- Menghilangkan kecurigaan pada 'an’anah al-Mudalis
21-Melenyapkan rasa curiga terhadap sesuatu riwayat yang bersumber daripada perawi yang bercelaru atau bercampur baur (al-ikhtilat)
* Artikel ini merupakan sebahagian ringkasan daripada projek ilmiah saya. Semoga bermanfaat.
Isnin, 7 Julai 2008
PERINGATAN BERSAMA: bERSYUKURLAH DAN BERLUMBA-LUMBA DALAM KEBAIKAN
Sabda Nabi :-
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagaldalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaanmereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. (Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ;Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani.
Menghadapi kegagalan
1-Jangan berputus asa!
2-Teruskan usaha!
3-Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya!.
4-Jangan anggap usaha yang lalu adalah sia-sia!
5-Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!
6-Muhasabah terhadap kegagalan yang lalu!
7-Melakukan strategi dan perancangan bagi mengatasi masalah!
8- Jangan salahkan takdir!
9-Belajar daripada kesilapan!
10-Dapatkan semangat baru...!
Ahad, 6 Julai 2008
Etika yang dituntut ketika membaca al-Quran
Imam an-Nawawi rahimahullahu’anhu menjelaskan tentang etika yang dituntut ketika membaca al-Quran dan hukum-hukumnya di dalam kitabnya yang berjudul at-Tibyan. Sedangkan di sini dicantumkan perkara-perkara yang penting sahaja iaitu seperti berikut:
1. Bersikap ikhlas dalam membaca al-Quran dan mengadakan munajat (mendekatkan diri dengan cara berdoa) kepada Allah.
2.Membersihkan mulutnya atau menggosok gigi dengan kayu siwak atau yang sejenis dengannya.
3.Ketika membaca, hendaklah berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar. Dibolehkan seseorang membaca al-Quran walaupun berada dalam keadaan berhadas kecil adalah disertai dengan syarat untuk berhati-hati agar tidak menyentuh mushaf . Dibolehkan bagi wanita yang sedang istihadhah pada ketika tertentu dengan ingatan bahawa dia sedang dalam keadaan bersih bersuci.
4. Diharamkan bagi sesiapa yang sedang dalam keadaan berjunub dan bagi wanita yang sedang mengalami haid untuk membaca al-Quran baik seluruhnya atau sebahagian ayatnya kecuali jika bahagian dari ayat tersebut merupakan zikir-zikir yang ditentukan di waktu pagi atau petang atau zikir-zikir mutlak yang mengandungi sebahagian ayat al-Quran. Akan tetapi, dibenarkan mereka itu untuk membaca al-Quran di dalam hati sahaja, tanpa diucapkan secara lisan dan juga dibenarkan bagi mereka itu untuk membaca al-Quran di dalam hati sahaja, tanpa diucapkan secara lisan dan juga dibenarkan bagi mereka untuk memandang mushaf tanpa menyentuhnya secara langsung.
5. Apabila seseorang yang sedang berjunub atau wanita yang sedang di dalam haid hendak bersuci akan tetapi tidak menjumpai air, maka hendaklah mereka bertayamum dan dibolehkan baginya untuk melaksanakan solat, membaca al-Quran dan ibadat yang lainnya selagi belum berhadas atau menemui air.
6. Disarankan supaya membaca al-Quran di tempat yang bersih dan disarankan membacanya di masjid. Ini kerana masjid merupakan tempat yang bersih dan mulia kedudukannya sebagai tempat ibadat. Ini adalah disebabkan kemungkinan dengan duduk di dalamnya, dia dapat melakukan iktikaf selanjutnya. Sudah semestinya hanya membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.
7. Bagi para pembaca al-Quran disarankan ketika membacanya hendaklah mengadap kiblat, duduk dengan khusyuk tenang dan merendahkan kedudukan kepala. Akan tetapi dibolehkan juga membacanya sambil meniarap atau berbaring atau berada dalam kedudukan lain dan masih mendapat pahala. Namun begitu, pahala itu tidaklah sama dengan kedudukan yang pertama tadi.
8. Jika hendak memuliakan lagi, maka ketika membaca al-Quran disarankan agar dimulakan dengan beristiadza terlebih dahulu Ini merupakan pendapat majoriti para alim ulama. Sewajarnya juga membaca bismillah pada setiap bacaan pertama dari setiap surah kecuali surah at-Taubah.
9.Apabila hendak mula membaca al-Quran maka hendaklah terlebih dahulu menumpukan keinginannya untuk khusyuk dalam membaca dan untuk merenungkan kandungannya dan makna di dalamnya.
10. Sewajarnya seseorang yang hendak membaca al-Quran dapat merasakan perasaan takut kepada Allah sesuai dengan sabda Nabi Sallallahu’alaihiwasallam yang bererti “Sesungguhnya manusia yang paling baik suaranya ketika membaca al-Quran, adalah jika kamu mendengarnya membaca, kamu menyangka bahawa dia takut kepada Allah.” (Ibn Majah,hadith ke 1339,juz 1, hal 425; dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam kitab Sahih Ibn Majah, hadith ke 1101, juz 1, hal 2254). Caranya adalah dengan memperhatikan kandungan al-Quran, baik amarannya, perjanjian dan persetujuannya. Jika kesedihan dan tangisan belum dapat dirasakan, maka tangisilah ke atas kekerasan hatinya kerana perkara itu merupakan bencana yang paling besar.
11. Orang yang hendak membaca al-Quran itu hendaklah melafazkan bacaannya dengan tartil (perlahan-lahan). Ini kerana para ulama telah bersepakat atas saranan untuk membaca dengan tartil berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala yang berikut ini yang bermaksud:
“Dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan (tartil)”
(Surah al-Muzammil:4)
Bacaan yang dilakukan dengan tartil itu sangat mengagumkan (sedap didengar) dan pengaruhnya pada hati lebih mendalam daripada membacanya secara cepat atau terburu-terburu.
12. Disarankan juga ketika membaca, apabila mendapati ayat yang mengandungi ungkapan rahmat maka hendaklah meminta kurnia. Jika mendapati ayat yang mengandungi akan seksanya, maka dia hendaklah meminta perlindungan daripada keburukan di dunia dan seksa akhirat. Apabila mendapat bacaan ayat yang mensucikan Allah Subhanahuwataala maka hendaklah dia mensucikanNya dengan berkata Maha Suci Allah atau betapa besar keagungannya atau lafaz lain yang semakna dengannya.
13. Hendaklah dia memuliakan dan membesarkan (kedudukan) al-Quran dengan tidak bermain-main ketika membacanya baik dengan tertawa, membuat pergaduhan, bertengkar atau bersenda gurau. Hal ini berdasarkan pada firman Allah Subhanahuwataala berikut ini yang bermaksud:
”Dan apabila dibacakan (kepadamu) al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kami mendapat rahmat.’
(surah al-A’raf:204)
14. Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain menggunakan bahasa al-Quran, baik bahasa yang digunakan itu baik atau tidak baik pada ketika menunaikan solat atau di luar solat.
15. Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain dengan cara bacaan yang tujuh yang sangat mutawatir dan dilarang membacanya dengan bacaan yang diluar ketentuan. Apabila seseorang membaca al-Quran dengan salah satu cara bacaan yang mutawatir, maka hendaknya dia menyempurnakan bacaannya dengan cara itu selagi dia tidak berpindah kepada ayat yang lain.
16. Hendaklah membaca menurut susunan mushaf, baik di dalam solat ataupun di luar solat. Ini kerana ketertibannya itu mendatangkan hikmah yang besar.
17. Membaca al-Quran secara langsung dari mushafnya adalah lebih baik daripada membaca dengan hafalan tanpa mushaf kecuali ketika menunaikan solat. Ini adalah kerana, melihat mushaf al-Quran itu sendiri merupakan ibadat yang disyaratkan. Oleh sebab itu, adalah sebaiknya seseorang yang membaca al-Quran menyatukan antara membaca dan melihat mushafnya secara bersama-sama kecuali jika membaca dengan hafalan membuatkan dirinya lebih khusyuk.
18. Disarankan untuk membuat halaqah (secara berkumpulan) dalam membaca dari tadarus al-Quran. Perkara ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bererti:
”Berkumpulnya suatu kami di dalam rumah dari rumah-rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling bertadarus (belajar) antara mereka dengan ketenangan akan turun atas mereka, dinaungi rahmatNya, para malaikat mengelilingi (menghormati) mereka dan Allah menyebutkan mereka sebagai orang-orang yang berkedudukan mulia di sisiNya”.
(Abu Dawud, hadith ke 1455, juz 2, hal 1148; Imam Albani mensahihkannya dalam kitab Sahih Sunan Abu Dawud, hadith ke 1291, juz 1 hal 272.)
19. Disarankan untuk menguatkan suara (dengan jelas) ketika membaca al-Quran; jika dia tidak takut mengganggu orang lain ataupun merasa riak.Ini kerana membaca ayat-ayat al-Quran dengan suara yang jelas dapat membangkitkan semangat dalam hati, menyatukan keinginan dan menukarkan pendengaran menjadi renungan pada bacaannya. Sebagaimana ditegaskan dalam sabda Nabi Sallallahu’alaihiwasallam berikut ini yang bererti:
”Allah Subhanahuwataala tidak memperkenankan melalui lisan Nabi-Nabinya, suara yang sedap ketika membaca al-Quran, jika perkara itu akan dapat mengacaubilaukan makna yang terkandung dalamnya ( bagi yang mendengarkan).”
(Imam Bukhari dan ditaklik dalam kitab Fathul Bari, juz 13, hal 572, Abu Dawud, hadith ke 1486, juzuk 2 hal 155; Imam Nasai, hadith ke 1342. Imam al-Albani mensahihkannya dalam kitab Sahih Ibn Majah, hadith ke 1103 dan kitab Sahih al-Jami’ hadith ke 3580.
21. Disarankan agar meminta untuk membaca dengan indah, bagi yang sedap suaranya untuk didengar. Hal ini merupakan sunnah Nabi Sallallahu’alahiwasallam sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas radhiyallahu’anhu ” Ibn Mas’ud radhiyallahu’anhu berkata, bahawa Nabi Sallallahu’alaihiwasallam berkata kepadaku: Bacalah untukku al-Quran ini. Aku menjawab: Bagaimana aku akan membacakan untukmu tentang sesuatu (al-Quran) yang diturunkan kepadamu? Maka beliau berkata: Sungguh aku amat ingin mendengarnya dari selain daripada diriku. Lalu aku (ibn Mas’ud) membaca Surah an-Nisa’ ayat 41 hingga pada ayat yang berbunyi: Maka bagaimanakah halnya orang kafir nanti, apabila Kami mendatangkan seseorang sebagai saksi (Rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). Kemudian beliau berkata kepadaku: Berhenti atau sebentar! Seketika aku menyaksikan dari kedua mata beliau bercucuran air mata.” (Imam Bukhari hadith ke 5055 sebagaimana disebutkan dalam kitab Fathul Bari, juz 8, hal 717; Imam Muslim, hadith ke 800, juz 1, hal 551)
22. Kebanyakan alim ulama menyarankan agar segala majlis ilmu (majlis ta’lim) dimulai pembukaannya dengan bacaan al-Quran, yang dibawakan oleh seorang pembaca yang bersuara merdu.
23. Adalah makruh untuk membacanya (al-Quran) pada tempat dan kedudukan-kedudukan tertentu seperti pada masa rukuk dan sujud ketika membaca tahiyat dan yang lainnya dari gerakan-gerakan solat kecuali ketika berdiri. Makruh juga membaca lebih dari surah al-Fatihah bagi makmum atau jika ia membacanya pada ketika mendengar Imam membacanya . Makruh juga membacanya ketika mengantuk dan mengikut membacanya pada ketika mendengar khutbah.
24. Tidak disarankan bagi para pembaca untuk memulai dan mengakhiri bacaan al-Quran menurut tanda-tanda ¼, 1/10 dan tanda zuj jika maknanya (ketika berhenti) belum sempurna atau jika ia terikat dengan bacaan berikutnya.
25. Tidak disarankan untuk membaca surah tertentu pada kesempatan-kesempatan (peristiwa) tertentu tanpa adanya dalil yang sahih.
26. Jika ia mendengar seseorang mengucapkan salam, sedangkan ia sedang membaca al-Quran, maka seharusnya ia berhenti sejenak dari bacaannya kemudia menjawab salamnya. Seandainya ada orang lain yang bersin dan ia sedang membaca al-Quran bukan ketika mengerjakan solat, kemudia orang yang bersin tadi mengucapkan kata Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), maka disarankan bagi yang membaca al-Quran berhenti sejenak dan mendoakannya dengan membaca rahimakallah (semoga Allah menyayangimu). Seandainya pembaca al-Quran mendengarkan suara azan, maka sewajarnya dia menghentikan bacaannya dan menjawab panggilan muadzin.
27. Apabila sedang membaca dan mendapat ayat sajdah tilawah maka hendaknya pada ketika itu ia melakukan sujud tilawah.
Dipetik daripada buku ”Kekasih Allah yang sejati” hasil terjemahan tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah dengan penambahan dan pengurangan.

Sahabat,teman,member,kawan………………………….
Artikel ini aku tujukan buat buat sahabat,teman,member,kawan yang pernah bertandang, menetap, dan meninggalkan diri ini... =)..
Segala puji bagi Allah..kita memujiNya,memohon pertolongan kepadaNya, memohon ampun kepadaNya. Kita berlindung kepada Allah di atas segala kejahatan diri dan keburukan amalan.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah tiadalah yang dapat disesatkannya, Sesiapa yang disesatkanNya tiada yang dapat memberi petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya..
Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad,para sahabat dan yang mengikuti sunnahnya hingga ke hari kiamat.
Persahabatan merupakan suatu anugerah yang amat berharga daripada Allah Subhanahuwataala kepada hambaNya.Pertama sekali ku memohon maaf di atas segala kesilapan aku pada insan-insan tersebut........... Aku juga ingin memohon maaf kepada insan-insan yang pernah terguris dengan sikap aku yang sombong..Bukannya sombong..tetapi berhati-hati lantaran kekecewaan yang telah membunuh keramahan, senyuman dan keceriaanku... Namun, aku tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah... itu semua ujian belaka..
Sahabat,teman,member,kawan………………………….
Hati ini pernah terluka kerana dikau. Aku pernah terlalu sayangkan kamu semua..terlalu sayangkan kamu semua sehingga memakan diriku ini. Rupa-rupanya cara aku menyayangimu itu salah benar. Tidak sepatutnya aku berbuat begitu, aku dan kau akan terseksa.. Aku telah melalui saat-saat ujian yang membuatkan aku hampir berputus asa dengan persahabatan...Aku jadi takut untuk menjalinkan persahabatan lagi..aku takut terluka...
Subhanallah... Bagaimanakah perhubungan kita akan diberkati apabila kita tidak mengutamakan Allah Subhanahuwataala, tetapi kita mengutamakan kebahagian yang sementara di dunia....Kebahagiaan yang hanya membawa kesengsaraan...
Di atas ujian yang kulalui..setelah ku teliti biarpun hati ini penuh dengan kecewa, pilu dan sendu.. Namun.. Allah Subhanahuwataala telah mengurniakan rahmat yang besar.. Aku telah menyedari ya Allah..aku silap ya Allah... aku terlalu menyayangi member-memberku sehingga melupakan tugasku sebagai seorang hamba untuk taat kepadaMu cinta Ilahi yang utama... Ku lalui ujian yang itu apabila Allah telah mentakdirkan aku kehilangan perkara yang aku rasakan utama di dalam diri ini iaitu teman.. Aku rasakan tiada teman-teman yang dapat berkongsi perasaan aku ketika itu... Akhirnya aku mencari Mu ya Allah.. Ya Allah..rupa-rupanya kau lebih memahami aku melebihi kawan-kawanku malahan aku sendiri ya Allah.. Engkaulah yang Maha Mendengar masalah aku,permintaan aku, Maha Mengasihani dan Maha Penyayang...
Sahabat,teman,member,kawan………………………….
Kerana engkau jualah aku pernah membelakangi keluargaku... Aku merasakan kehidupan aku dan kamu semua adalah lebih utama kerna kamu semua lebih memahami aku.. Aku asyik dimanjai oleh korang semua tanpa merasakan kesakitan. Itu yang aku suka? Itukah kebahagian sejati?
Sahabat,teman,member,kawan……………
Aku sudah menemui jawapannya .. aku sudah nampak ukhwah yang sejati itu.... ukhwah yang tidak membawa kekecewaan. Itulah Ukhwah fillah................. Sejak itu.. aku nampak... apa ertinya pertemuan yang telah ditakdirkan Allah di antara kita... Aku tidak mahu hanya enjoy tanpa hala tuju. Sekarang aku ingin menunjuki kamu semua ke jalan yang lurus..
Setelah itu..saat pertama kali aku berjumpa dengan seseorang ku katakan di dalam hati, Allah telah takdirkan aku untuk bertemu dengannya, pasti ada hikmah dan rahmatnya. Biarpun ku belum mengenali dirimu dengan sepenuhnya,namun ku tetap yakin kita saling memerlukan antara satu sama lain...
Sahabat,teman,member,kawan..............
. Tatkala ku lihat kau berada di jurang yang menakutkan dan membahayakanmu, aku cuba membantumu seupaya mungkin.. Kerana aku tahu..kita tahu..waktu terus berjalan melewati umur kita sehinggalah datang ke suatu saat yang tidak dijangka...
Sahabat,teman,member,kawan………………………….
Kita tidak dijamin masuk syurga..Ketahuilah.. hakikat kebahagiaan yang abadi adalah padaNya.. Janganlah kita leka dengan nikmat dunia yang melalaikan...
Aku berasa begitu terharu dengan rahmat dari Tuhan yang mengirimkan kamu semua. Kerana apa... tanpa sedar, kamu semua sebenarnya jua telah menyedarkan dan mengajarkan aku sesuatu..
Sejarah ini tak mungkin berulang lagi.. :)

Sayangilah keluarga kita..
Firman Allah Subhanahuwataala:
“Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia). Katakanlah: Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat”. Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.”
(Az-zumar:19)
Berdasarkan kepada ayat di atas ia menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kita menyelamatkan diri kita serta ahli keluarga kita daripada azab di akhirat sana. Oleh itu, janganlah kita termasuk di kalangan orang yang berada dalam kerugian.
Kita selalu diseru untuk menyayangi keluarga kita melalui pelbagai kempen. Ini merupakan langkah yang begitu baik sekali. Walaupun begitu kita sebagai orang Islam yang mengetahui adanya kehidupan hari akhirat, syurga dan neraka perlu memahami maksud sayangi keluarga dengan lebih jauh.
Salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kita adalah dengan sentiasa meluangkan masa bersama-sama keluarga. Ya benar sekali. Walaupun begitu adakah masa yang banyak diluangkan oleh kita adalah masa yang berkualiti ataupun sekadar tinggi kuantitinya? Fikir-fikirkan..
Sayangilah ahli keluarga kita dengan sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak terjebak ke arah maksiat serta membimbing mereka ke arah jalan yang benar. Ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara antaranya menunjukkan tauladan yang baik, solat jemaah, menonton cd agama, bermuzakarah, menghantar sms tazkirah, menghadiahkan buku-buku agama dan sebagainya.
Walaupun begitu, semua perkara tersebut mestilah dilakukan dengan berhati-hati terutama terhadap orang yang lebih tua daripada kita seperti ibu bapa, kakak ataupun abang. Benda sebegini juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Mereka mungkin tidak akan dapat berubah serta merta. Ianya perlu dilakukan secara berterusan dengan harapan yang tidak pernah putus kepada rahmat Allah. Apa yang penting ialah usaha kita yang tidak henti-henti untuk menyelamat keluarga yang disayangi daripada diseksa dengan seksaan yang tidak dibayangkan oleh akal manusia. Hasilnya kita berserah kepada Allah Subhanahuwataala.
Cuba kita bayangkan jika ada di antara ahli keluarga kita yang ditimpa kesusahan di dunia ini. Sudah tentu hati kita resah dan tidak menentu memikirkan keadaan mereka. Jadi perasaan begini juga perlu ada pada diri kita dalam memikirkan tingkah laku mereka yang boleh menjadi sebab mendapat azab neraka yang dasyat itu. Janganlah kerana sayangkan mereka, kita menuruti segala kemahuan mereka yang dapat membinasakan mereka di akhirat kelak. Umpamanya membenarkan adik kita bergaul bebas dengan bukan muhrim ataupun memberi duit kepadanya untuk membeli baju yang tidak menutup aurat. Sayangilah mereka dengan kasih sayang yang dapat membawa mereka ke syurga.
Saya juga menyeru diri saya dan anda semua agar tidak melupaka keluarga dalam berdakwah kerana mereka adalah keutamaan kita. Buatlah stail dan fesyen dakwah yang mana kita ingin buat kepada keluarga kita asalkan ia tidak bertentangan dengan syarak supaya kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi di akhirat kelak. Akhir kata daripada saya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Selasa, 1 Julai 2008
Al-Sunnah Dalam Menghadapi Kesenangan Dan Kesusahan
بسم الله الرحمن الرحيم
Al-Sunnah Dalam Menghadapi Kesenangan Dan Kesusahan
oleh Ustaz Fadhlan Mohd Othman
1- Tujuan manusia dicipta ialah untuk beribadah.
Maksudnya: DAN TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA KECUALI SUPAYA MEREKA MENYEMBAHKU / BERIBADAT KEPADAKU. (al-Dhariyat 51:56)
2- Dalam erti kata lain manusia dicipta ialah untuk: diuji siapakah yang lebih baik amalannya.

Maksudnya: YANG MENJADIKAN MATI DAN HIDUP,SUPAYA DIA MENGUJI KAMU, SIAPA DI ANTARA KAMU YANG LEBIH BAIK AMALNYA. DAN DIA MAHA PERKASA LAGI MAHA PENGAMPUN. (al-Mulk 67:2)
3- Melafazkan keimanan tidak cukup, sebaliknya manusia akan diuji untuk: dibezakan
antara yang benar dan bohong.
Maksudnya: ALIF LAAM MIIM. APAKAH MANUSIA MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SAHAJA APABILA MENGATAKAN 'KAMI TELAH BERIMAN' SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI LAGI? DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUJI8 ORANG-ORANG YANG SEBELUM MEREKA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BENAR DAN SESUNGGUHNYA DIA MENGATAHUI ORANG-ORANG YANG DUSTA. (al-'Ankabut 29:1-3)
4- Ujian merangkumi kebaikan dan keburukan.
Maksudnya: TIAP-TIAP YANG BERJIWA AKAN MERASAKAN MATI. KAMI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN KEBURUKAN DAN KEBAIKAN SEBAGAI CUBAAN YANG SEBENAR-BENARNYA. DAN HANYA KEPADA KAMILAH KAMU DIKEMBALIKAN. (Al-Anbiyaa 2l:35)
5- Di dalam menghadapi kebaikan;
a- Manusia diperintahkan supaya bersyukur.
Maksudnya: BERKATALAH SEORANG YANG MEMPUNYAI ILMU DARI AL-KITAB 'AKU AKAN MEMBAWA SINGGAHSANA ITU KEPADAMU SEBELUM MATAMU BERKEDIP.' MAKA TATKALA SULAIMAN MELIHAT SINGGAHSANA ITU TERLETAK DI HADAPANNYA, DIAPUN BERKATA 'INI TERMASUK KURNIA TUHANKU UNTUK MENGUJI AKU APAKAH AKU BERSYUKUR ATAU MENGINGKARI NIKMATNYA. DAN BARANGSIAPA YANG BERSYUKUR MAKA SESUNGGUHNYA DIA BERSYUKUR UNTUK KEBAIKAN DIRINYA DAN BARANGSIAPA YANG INGKAR MAKA SESUNGGUHNYA TUHANKU MAHA KAYA LAGI MAHA MULIA.' (al-Naml 27:40)
b- Ganjaran orang yang bersyukur dan balasan orang yang kufur.
Maksudnya: DAN INGATLAH TATKALA TUHANMU MEMAKLUMKAN 'SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, PASTI KAMI AKAN MENAMBAH NIKMAT KEPADAMU, DAN JIKA KAMU MENGINGKARI NIKMATKU, MAKA SESUNGGUHNYA AZABKU SANGAT PEDIH.' (Ibrahim 14:7)
c- Allah akan tarik nikmat mereka yang tidak bersyukur.
Maksudnya: YANG DEMIKIAN SEKSAAN ITU ADALAH KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU NIKMAT YANG TELAH DIANUGERAHKANNYA KEPADA SESUATU KAUM HINGGA KAUM ITU MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI, DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI. (al-Anfal 8:53)
d- Kesenangan tidak semestinya baik untuk manusia.
Maksudnya: JANGANLAH SEKALI-KALI ORANG-ORANG YANG BAKHIL DENGAN HARTA YANG ALLAH BERIKAN KEPADA MEREKA DARI KURNIANYA MENYANGKA BAHAWA KEBAKHILAN ITU BAIK BAGI MEREKA. SEBENARNYA KEBAKHILAN ITU ADALAH BURUK BAGI MEREKA. HARTA YANG MEREKA BAKHILKAN ITU AKAN DIKALUNGKAN KELAK DI LEHER MEREKA DI HARI KIAMAT. DAN KEPUNYAAN ALLAH LAH SEGALA WARISAN DI LANGIT DAN DI BUMI. DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN. (Ali 'Imran 3:180)
e- Sentiasa berdoa kepada Allah dalam kesenangan.
[ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُوْ بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيْهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيْعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِيْ الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوْءِ مِثْلَهَا.] قَالُوْا إِذاً نُكْثِرُ. قال [اَللهُ أَكْثِرُ.] ( أحمد 11149).
Maksudnya: Tidak seorangpun muslim yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya.
6- Di dalam menghadapi keburukan;
a- Manusia diperintahkan supaya bersabar.
maksudnya: HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERSABARLAH KAMU DAN KUATKANLAH KESABARANMU DAN TETAPLAH BERSIAP SIAGA (DI PERBATASAN NEGERIMU) DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BERUNTUNG. (Ali 'Imran 3:200)
* Sabar merangkumi tiga perkara:
1- Sabar dalam melakukan amal ibadat (dalam kesenangan dan kesusahan).
Maksudnya: TUHAN YANG MENGUASAI LANGIT DAN BUMI DAN APA-APA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA, MAKA SEMBAHLAH DIA DAN BERTEGUH HATILAH DALAM BERIBADAT KEPADANYA. APAKAH KAMU MENGETAHUI ADA SEORANG YANG SAMA DENGAN DIA YANG PATUT DISEMBAH? (Maryam 19:65)
2- Sabar dalam meninggalkan maksiat (dalam kesenangan dan kesusahan).
Maksudnya: DAN BERSABARLAH KAMU BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG MENYERU TUHANNYA DI PAGI DAN SENJA DENGAN MENGHARAP KEREDHAANNYA, DAN JANGANLAH KEDUA MATAMU BERPALING DARI MEREKA KERANA MENGHARAPKAN PERHIASAN KEHIDUPAN DUNIA INI, DAN JANGANLAH KAMU MENGIKUTI ORANG YANG HATINYA TELAH KAMI LALAIKAN DARI MENGINGATI KAMI, SERTA MENURUTI HAWA NAFSUNYA DAN ADALAH KEADAANNYA ITU MELAMPAUI BATAS. (Al-Kahf 18:28)
3- Sabar dalam menghadapi musibah (dalam kesusahan).
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَاخْلُفْنِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللَّهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَخَلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا قَالَتْ فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ مَنْ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ ثُمَّ عَزَمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِي فَقُلْتُهَا اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا قَالَتْ فَتَزَوَّجْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. ( أحمد ك باقي مسند الأنصار ب مسند أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم 25417).
Maksudnya: Daripada Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. katanya; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda "Tiada seorang hamba pun yang ditimpa musibah lalu berkata 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kami akan kembali. Ya Allah berilah pahala padaku dalam musibahku ini dan gantikanlah sesuatu yang lebih baik darinya' kecuali Allah akan memberi pahala kepadanya dan menggantikannya sesuatu yang lebih baik." Kata Ummu Salamah; Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata; Siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah akan tetapi aku menyebutnya 'Ya Allah berilah pahala padaku dalam musibahku ini dan gantikanlah sesuatu yang lebih baik darinya'. Kemudian aku berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.
b- Bersabar mestilah di awal musibah.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِامْرَأَةٍ تَبْكِي عِنْدَ قَبْرٍ فَقَالَ اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي قَالَتْ إِلَيْكَ عَنِّي فَإِنَّكَ لَمْ تُصَبْ بِمُصِيبَتِي وَلَمْ تَعْرِفْهُ فَقِيلَ لَهَا إِنَّهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَتْ بَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدَهُ بَوَّابِينَ فَقَالَتْ لَمْ أَعْرِفْكَ فَقَالَ إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى. ( البخاري ك الجمازة ب زيارة القبور 1203).
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a. katanya Nabi telah melewati seorang wanita yang menangis di sisi satu kubur lalu Baginda berkata "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah." Jawab wanita itu "Pergilah, engkau tidak ditimpa seperti musibahku ini." Beliau tidak mengetahui bahawa itu ialah Rasululla. Kemudian ada orang berkata kepada wanita itu "Itu ialah Nabi s.a.w." Wanita itu pun bergegas menuju ke pintu rumah Nabi yang didapatinya tidak dijaga oleh sesiapa. Kemudian beliau berkata "Aku tidak mengenal kamu." Baginda bersabda "Sesungguhnya sabar itu adalah pada hentaman pertama."
c- Kesusahan tidak semestinya buruk untuk manusia.
Maksudnya: DIWAJIBKAN ATAS KAMU BERPERANG, PADAHAL BERPERANG ITU ADALAH SESUATU YANG KAMU BENCI.. BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU; ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI. (al-Baqarah 2:216)
d- Sentiasa berdoa kepada Allah dalam kesusahan.
Maksudnya: ATAU SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG DALAM KESULITAN APABILA DIA BERDOA KEPADANYA, DAN YANG MENGHILANGKAN KESUSAHAN DAN YANG MENJADIKAN KAMU MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI? ADAKAH DI SAMPING ALLAH ADA TUHAN LAIN? AMAT SEDIKITLAH KAMU MENGINGATINYA. (al-Naml 27:62)
Kesimpulan:
1- Manusia bersifat keluh kesah / kikir.
Maksudnya: SESUNGGUHNYA MANUSIA DICIPTA BERSIFAT KELUH KESAH LAGI KIKIR. APABILA IA DITIMPA KESUSAHAN IA BERKELUH KESAH, DAN APABILA IA MENDAPAT KEBAIKAN IA AMAT KIKIR, KECUALI ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SOLAT, 1YANG MANA MEREKA ITU TETAP MENGERJAKAN SOLATNYA, DAN 2ORANG-ORANG YANG DALAM HARTANYA TERSEDIA BAHAGIAN TERTENTU, BAGI ORANG MISKIN YANG MEMINTA DAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI APA-APA YANG TIDAK MAHU MEMINTA, DAN 3ORANG-ORANG YANG MEMPERCAYAI HARI PEMBALASAN, DAN 4ORANG-ORANG YANG TAKUT TERHADAP AZAB TUHANNYA, KERANA SESUNGGUHNYA AZAB TUHAN MEREKA TIDAK DAPAT ORANG MERASA AMAN DARI KEDATANGANNYA, DAN 5ORANG-ORANG YANG MEMELIHARA KEMALUANNYA, KECUALI TERHADAP ISTERI-ISTERI MEREKA ATAU HAMBA-HAMABA YANG MEREKA MILIKI; MAKA SESUNGGUHNYA MEREKA DALAM HAL INI TIADA TERCELA.. BARANG SIAPA YANG MENCARI YANG DISEBALIK ITU MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS. DAN 6ORANG-ORANG YANG MEMELIHARA AMANAH-AMANAH DAN JANJI MEREKA. DAN 7ORANG-ORANG YANG MEMBERIKAN KESAKSIAN. DAN 8ORANG-ORANG YANG MEMELIHARA SOLATNYA. MEREKA ITULAH DI SYURGA LAGI DIMULIAKAN. (al-Ma'arij 700:19-35)
2- Kesenangan dan kesusahan adalah baik untuk mukmin.
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
(مسلم ك الزهد والرقائق ب المؤمن أمره كله خير 5318).
Maksudnya: Daripada Shuhaib katanya; Rasulullah s.a.w. telah berkata "Amat ajaib keadaan seorang mukmin, sesungguhnya semua keadaannya adalah baik belaka. Ini tidak berlaku kecuali kepada seorang mukmin. Sekiranya dia dikurniakan kesenangan dia akan bersyukur dan ini baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan pula dia akan bersabar dan ini juga baik untuknya.'
2- Kekuatan ibtila' bergantung kepada kekuatan iman dan berdasarkan kepada tindakan yang dilakukan.
عَنْ سَعْدٍ بن أبي وقاص قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلَاءً قَالَ الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلَاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ. ) الترمذي ك الزهد ب ما جاء في الصبر على البلاء 2322,.(
Maksudnya: Daripada Sa'd bin Abi Waqqas katanya; Aku telah berkata kepada 'Wahai Rasulullah siapakah di kalangan manusia yang paling teruk cubaannya?' Jawab Baginda "Para nabi kemudian yang kuat kemudian yang seterusnya. Seseorang lelaki itu diuji mengikut tahap keagamaannya. Sekiranya keagamaannya kuat maka kuatlah cubaannya. Sekiranya keagamaannya nipis maka dia diuji mengikut tahap keagamaannya. Ujian itu akan mengiringi seseorang hamba sehinggalah dia dibiarkan berjalan di atas muka bumi tanpa sebarang dosa."
Sabda Rasulullah s.a.w.:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ. الترمذي ك الزهد ب ما جاء في الصبر على البلاء. 2320 ( صحيح- صحيح الجامع 992).
Maksudnya: Sesungguhnya ketinggian itu setimpal dengan kekuatan ujian. Sesungguhnya Allah, sekiranya Dia cinta kepada sesuatu kaum Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha akan mendapat keredhaan dan sesiapa yang marah akan mendapat kemurkaan.
Langgan:
Catatan (Atom)