Jumaat, 5 Oktober 2007

Hati seorang kawan..

Syafinatun menulis

"Nah, ambil benda ni. Apa ni? Hati aku Hati kau? Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku? Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih. Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke? Tapi maaf, untuk apa? Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja.Maksud kau. Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya. Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama. Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah.


sumber
http://www.ukhwah.com/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails