Tinggal beberapa hari lagi, aku akan bersama dengan sahabat-sahabat fillah yang amat ku cintai. Iaitu insan-insan yang pernah ku kenali dan menjalinkan persahabatan di UKM. Tiga tahun mengenali insan-insan ini begitu membuatkanku sebak kerana berpeluang menjalinkan persahabatan dengan mereka.
Persahabatan ini telah membuatkanku semakin mengenali apakah itu ukhwah fillah. Bersahabat bukan bererti berseronok sahaja. Bersahabat bererti bersama-sama mengharungi dunia yang fana ini dengan saling mengingatkan sesama sendiri agar selamat menuju ke jalan yang diredhaiNya. Segala teguran yang pahit mampu ditelan apabila diteliti dengan keimanan.
Mengenali insan-insan begini juga banyak menyedarkan di manakah aku sebenarnya. Apakah aku sudah menempuh medan perjuangan ataupun hanya setakat berbicara. Mereka telah memberikan tauladan kepadaku dalam mengharungi dunia yang sementara ini.
Kesyukuran yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Allah Subhanahuwataala kerana kurniaannya yang tidak ternilai ini. Aku mengharapkan agar aku mampu menjadi mukminah yang setabah insan-insan ini. Sekian sahaja kata-kata jiwang aku pada kali ini. Aku tidak mampu mengulas banyak, hanya Allah yang mengerti perasaanku.
: ( ......
Wallahua’lam
4 ulasan:
salam...syud,aku turut merasai apa yang kau rasa, ukhuwwah ini akan terpatri diminda dan sanubari sebagai kenangan terindah di antara kita...
"pertemuan kita di suatu hari, menitipkan ukhuwah yg sejati, bersyukurku ke hadrat Ilahi, di atas jalinan yg suci, namun kini perpisahan yang terjadi, dugaan yg menimpa diri, bersabarlah di atas suratan..ku tetap pergi jua.."
kenang daku dlm doamu..
salam.. buat ukhti syuhada, sesungguhnya nikmat ukhwah itu terlalu istimewa dalam hidup kita.. menguatkan diri tika terkapai mencari destinasi abadi.. disinilah baru kita mengerti di medan mana seharusnya kita berpijak, amanah yang harus kita galas.. ukhwah itu lebih indah andai sama2 bersatu demi perjuangan menegakkan akidah Islam.. semata2 mengharapkan redho ALLAH untuk selamat di dunia dan Akhirat.. mengertilah yang ALLAH jadikan diri kita untuk meneruskan risalah Rasulullah s.a.w, membawa manusia untuk tauhid pada-NYA...
salam.. buat ukhti syuhada,bersabar dan terus berjuang hingga ke ujung nyawa.
Terima kasih semua..kata-kata anda semua begitu menusuk kalbuku..
Catat Ulasan