Sabtu, 9 Mei 2009

Cintakan Sunnah Yang Tak Cintakan Sunnah..


Bismillahirrahmanirrahim..

Seperti biasa setiap hari saya akan melayari laman web kegemaran di antaranya ialah www.al-fikrah.net. Saya begitu tertarik kepada satu puisi yang terdapat di situ oleh Mrf studio. Mari bersama kita menghayatinya. Puisi-puisinya yang lain boleh didapati pada alamat berikut . Puisi Hamba.

Hari ini kau boleh melihat orang yang cintakan sunnah yang tidak cintakan sunnah

kau melihat
orang cinta berhimpun untuk usrah tapi tak cintakan solat jamaah tak bersusah payah ke masjid Allah sedang sahabat ke masjid walau dipapah

kau melihat
orang cinta berhimpun membaca Yasin tapi tak cintakan khatamkan Quran al Karim ayat hanya tergantung di dinding bangunan bagaimana mampu jadi panduan kehidupan?

kau melihat orang cintakan hijab dan tudung tapi terdedah lengan dan bentuk badan 'aurat' ditutup belum menutup pandangan sang lelaki gatal bermata syaitan

kau melihat orang cintakan kebaikan tapi masih Ghibah keburukan sangka buruk berpanjangan hati kotor tak suka dibersihkan

kau melihat orang cintakan dakwah nyanyian malah hafal lirik cukup mudah dan ringan zikir ma'thur dan doa harian tak pun amalkan masuk tandas pun dengan kaki kanan

kau melihat orang cintakan sunnah baca hadis sahih sahaja tapi hidup masih jauh dari sunnah Nabi kita fikir risau Nabi langsung tak kelihatan yang nampak hanya kesalahan dan bidaah sakan kau melihat hanya pada orang cuba kau lihat pada dirimu sendiri

IBNMUKHTAR
27 April 2009

2 ulasan:

ibnyaacob berkata...

coretan ini walaupun dari seorang yang agak dingin dgn aliran salafi,mungkin boleh diambil untuk muhasabah diri.walaupun agak sinis kepada salafi tapi kita perlu mengambil secebis kebaikkan yang dinyatakannya seperti sikap cepat menuduh seorang itu ahli bida'ah dll..

ibnmukhtar berkata...

ibnyaacob patut tulis "seorang yang aliran salafi dingin terhadapnya".

terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails