Ahad, 11 Disember 2016

Melengunglah….


Assalamualaikum sahabat-sahabat… Apa habaq? Sihat kot.. Hari ni dan kelmarin saya dok baca balik post2 lama saya. Pulun sungguh dok update dulu. So sekarang teringin nak update lagi. Tetiba ja jadi rajin pasaipa tak tau. Sajalah nak tinggalkan kenangan sikit kat dunia, mana nak tau kot esok lusa saya dah arwah. Wallahua'lam. Ish, takutlah pulak kata lagu tu. Dahla amalan pun cam.. hmm..

Baiklah.. sahabat-sahabat.. Kita sekarang dok kat alam mana? Alam dunia…


Apakah sifat-sifat dunia itu?


Firman Allah Subhanahuwataala:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” ( Al-Hadid: 20)

Sifat dunia yang diterangkan dalam surat Al-Hadid ayat 20 ini menceritakan sifat dunia :
  • La’ib, ertinya dunia hanyalah permainan, maksudnya cuma mendatangkan keletihan pada badan.
  • Lahwu, ertinya membuat hati lalai.
  • Perhiasan, ertinya nikmat dunia hanya digunakan untuk berhias diri.
  • Saling berbangga dengan kesenangan.
  • Saling berlumba dalam memperbanyak harta dan anak.
  • Dunia benar-benar membuat orang takjub seperti tanam-tanaman yang mengagumkan petani.
  • Dunia akan fana dengan cepatnya.
  • Dunia tidak kekal.


Pasaipa saya mulakan dengan menyebut tentang dunia? Pasai kita la ni asyik dok sibuk sangat tentang dunia. Dengan kerja pejabatlah, kerja sekolahlah, kerja rumahlah.. Lepas tu dah penat dengan kerja-kerja tu teringin pulak macam-macam.. Ada moto, teringin gheta viva, Ada gheta viva teringin gheta Alza, Dah ada gheta Alza teringin gheta 4x4, Aphard lah, lorilahh..…Teringin nak beli rumah, nak beli tanah, teringin beli rumah kedai..  Di kecelahan tu hp ni dok kat tangan. Online shopping sana sini dan sibuk dengan hp nya…  So celah mana sebenaqnya kita nak melengungg…



Nak melengung pasaipaa??


Melengung ni saya merujuk kepada tafakkur dan muhasabah diri.

Janganlah diabaikan kepentingan melengung dalam hidup anda. Melengung ni banyak faedahnya:-

1- Sedaq aib dan kelemahan diri sendiri sehingga segan nak sembang tentang aib orang
2- Boleh sampai kluaq ayaq mata pasai dok pikiaq mendalam sangat. Berfikir tentang hebatnya Allah, nikmat Allah bagi dan dosa-dosa sendiri.
3-Muhasabah diri sebelum dimuhasabahkan kat alam lain nanti.
4- Preparation untuk hari akhirat yang kekal abadi

Waktu melengung yang paling best ialah di sepertiga malam. Lepas solat.. sunyi dan syahdu.. Memang sedihlah..

Cuma jangan melengung time tak kena sampai gheja tak jadi. (Peringatan untuk diri sendiri)..

Itu sahaja.. dan sungguh.. nasihat ini saya benar-benar mahu anda praktikkan.. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua..


Jom layan nasyid ni..













Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails