Ahad, 21 Disember 2008

Cuti rehat di rumah sudah hampir tamat..


Tup tap tup tap.. hari untuk aku mula menyambung pelajaran sudah semakin hampir.. Sedih.. tapi kena redha lah kan. Takkan boleh buat apa lagi. Mama and Abah good bye.. Lepas ni mesti jarang nak balik ghumah dah. Isk..Isk..

Alhamdulillah, rahmat Allah sentiasa melimpah-ruah terhadap hambaNya. Sungguh bila aku bertafakur tentang sejarah hidup dulu dan yang bakal ku tempuh, ku tahu kasih sayangNya terlalu hebat, Maha Hebat. Ya Allah ampunkanlah diri ini yang tidak sekudus dalam beramal kepadaMu.. Setiap ujian yang menimpa kita semuanya dibebani dengan kemampuan kita. Allah Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya kita mampu menghadapi setiap cabaran yang diberi. Segala kesulitan dan kesusahan yang kita hadapi dalam menempuh onak dan cabaran jugak merupakan kasih sayangNya kerana padanya kita diganjarkan pahala, darjat kita juga semakin tinggi. Kesimpulannya baik @ buruk perkara yang ditakdirkan semuanya mengundang kebaikan. Apa yang penting ialah kita perlu redha.

Bercakap semula tentang kesedihan meninggalkan desa tercinta, terselit juga rasa syukur dengan rezqi yang diberi. Insya Allah aku akan menyambung pelajaran dan seterusnya bakal bergelar sebagai seorang pendidik. Ikutkan hati nak sambung master . Tapi ada banyak juga sebab yang membuatkan aku memilih untuk menjadi pendidik dahulu:

1) Malu sebab asyik guna duit mak bapak ja. Biarlah daku bekerja dahulu.

2).Sebenarnya rasa diri ini tak layak langsung pun. Tapi menerimanya bila memikirkan bahawa ini jalan tarbiyyah terbaik yang harus ku tempuh dan salah satu cara untuk aku berdakwah.

And lagi satu..saya rasa berdebau dan berderau gak darah nak pi dpli ni (macam budak-budak). Tapi daku harus jua melaluinya kerana ia syarat untuk mendapatkan pengalaman yang bernilai dalam hidup ini..........Sekian sahaja untuk tajuk ini. Wassalam..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails