Sabtu, 30 Ogos 2008
Tahniah..kepada juara akademi Nasyid!
Tahniah saya ucapkan kepada Akhi Azhan. Memang dialah yang saya harap-harapkan jadi juara. Bersederhana dan bersahaja dalam menyampaikan nasyid. Walaupun gaya dia tak advance mana tapi mungkin sebab ketulusan @ kesungguhannya dalam menyampaikan lagu membuatkan orang terpukau. Hampir setiap persembahannya menyentuh jiwa dek terkena pancaran keikhlasan hatinya.Wallahua’lam. Semoga Akhi Azhan sukses selalu dan dapat menjadi pendakwah yang sejati seterusnya menyampaikan lagu mengikut al-Quran dan Sunnah sebenar-benarnya. Saya juga berharap agar Akhi Azhan terus maintain ngan imejnya..Insya Allah
Merdeka?Layak ka kita sambut?
Siri Tazkirah Tokku..
Terima kasih tok… Tadi tok saya bagi tazkirah 5 minit kat saya. Tok terang pasal kaya hati.. Ya tok.. kakak tak kaya hati. Tok kata orang kaya hati..dia tak suka marah kat orang, tak suka merajuk2,tak suka pongoih,bersyukur.. pendek kata orang yang kaya hati ni..dia sentiasa rasa cukup. Sebabnya..Allah is enough… Walaupun ringkas..tapi mendalam tuuu….. Sekarang tok saya dah tidoq (tidor).. Esok dengaq (dengar) tazkirah lain pulak..!~ :)..
Jumaat, 29 Ogos 2008
Bila Hati tak Tenang..
Sepi sendiri..
Aku tauuu..
Bila hati sudah kabur…
Apa dibuat sudah tak tenang..
Apa-apa pun.. yakinlah dengan Allah..
Pertolongannya pasti datang..
Oleh Syuhada..
Di suatu petang yang damai,
Lagi 2 hari nak merdeka..
Rabu, 27 Ogos 2008
Saya sokong: Bantahan konsert Avril..
^Gambar Avril terpaksa saya tudungkan..jangan mare.. :).^
| |||||
PERINGATAN BERSAMA.. JANGAN JADI MUFLIS
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah bertanya kepada para sahabatnya tentang orang yang muflis. Mereka pun menjawab: "Orang yang muflis di antara kami adalah orang yang tidak mempunyai dinar dan tidak pula dirham". Maka Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda "Orang yang muflis ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat dan puasa sebesar gunung, tetapi ia pun datang (dengan membawa dosa telah) mencaci maki orang ini, memukul orang itu dan mengambil harta orang lainnya. Maka orang tersebut mengambil dari kebajikannya dan yang lain pun mengambil dari kebajikannya lalu ia pun dilemparkan ke Neraka." (Riwayat Muslim)
Selasa, 26 Ogos 2008
Tiga golongan dahulu, kini dan selamanya...
Oleh: Fathoni
Bismillahirrahmanirrahim.
Ramadhan datang lagi. Bagi seorang yang mengerti apa itu Ramadhan penantiannya ibarat menanti kekasih yang telah lama dirindui. Lain pula bagi mereka yang kurang faham, penantiannya seperti menunggu satu hukuman kerja berat selama sebulan. Di sini penulis tidak berminat untuk mengupas lebih mengenai sejarah puasa atau pun hukum puasa dan amalan-amalan bulan puasa. Cuma berminat untuk melontarkan satu pandangan dengan harapan lontaran itu dapat mengejutkan minda yang mungkin berada ditapuk yang lama. Pandangan yang menuntut satu perubahan. Bukan perubahan secara mendadak tetapi berubah kearah yang lebih baik secara berdikit-dikit. Laksana berlatih mengangkat beban, dimulakan dengan yang ringan dahulu barulah diangkat yang berat.
Golongan Tidur
Mereka ini tidak boleh disalahkan apabila telah sampai nasihat kepadanya. Ibarat orang tidur yang tengah dibuai mimpi masakan mengerti apa yang diucapkan oleh orang yang jaga. Mereka ini bukan tidak mahu mendengar apa yang di sampaikan tetapi keadaan yang menjadikan mereka terus berada didalam khayalan mimpi. Oleh itu mereka perlu di kejutkan. Bukan dengan jerkahan atau jeritan yang kuat tetapi dengan cara yang penuh berhikmah. Sebab selalunya jika dengan kekasaran mengejutkan orang yang sedang tidur, mereka ini tidak mahu bangun dan jika silap gaya tukang kejut dihambatnya. DAHULU pengertian menahan diri semasa berpuasa golongan ini tidak lebih dari makan dan minum. Tidak solat tak mengapa, tidak menutup aurat tidak mengapa, mengumpat tidak mengapa yang penting puasa jangan tinggal. Bukankah Islam itu melitupi seluruh gerak geri seorang muslim itu? Apa yang menghalang anda untuk menunaikan kewajipan yang lain? Sebagaimana anda rasa tidak selesa jika tidak berpuasa di khayalak ramai, begitulah juga anda patut rasa kurang selesa jika anda tidak solat, tidak menutup aurat dan sebagainya. KINI jadikanlah Ramadhan ini satu titik permulaan untuk anda berubah. Persetankanlah orang-orang yang suka mengeluarkan nada sumbang apabila melihat anda berubah ke arah yang baik. Buangkanlah sikap ego anda, sikap yang masih lagi berkira-kira mahu berubah, sikap yang mahu menunggu bila datangnya ‘seru’ atau pun sikap satu hari nanti aku akan berubah. Jika anda masih mencari alasan yang terbaik untuk berubah, inilah ketikanya. Tidak perlu selepas kemalangan menimpa, tidak perlu menunggu musibah melanda, bila ditanya,” Hai! Engkau ni dah lain la sekarang” jawaplah dengan yakin,“ ramadhan telah tiba dan InsyaAllah moga-moga aku akan kekal begini untuk KINI dan SELAMANYA…..”
Golongan separuh sedar
Mereka ini baru terjaga dari tidur dan masih lagi pisat-pisat mengosok mata. Dalam keadaan separuh sedar kadangkala mereka mengerti apa yang di katakan tetapi masih kabur apa yang perlu dilakukan. Mereka agak lambat dalam membezakan sama ada mimpi atau pun realiti. Mereka ini memerlukan pembimbing yang menunjuk jalan. Jangan dibiarkan mereka keseorangan dalam mencari halatuju. DAHULU mereka ini faham apa itu Islam tetapi masih kabur tentang perlaksanaan syariat Islam. Apa sebabnya, mana batasnya, apa dasarnya dan bermacam-macam persoalan yang masih lagi dikunci rapi didalam peti kejahilan. Mereka sudah berlapang hati dengan apa yang diamalkannya sekarang. Puasa Ramadhan lulus, Solat lulus, zakat lulus, Haji lulus kesemua rukun Islam lulus dengan cemerlang. Mereka lupa yang kesemua syarat sah ibadat itu adalah Islam. Syarat sah solat Islam, syarat sah puasa Islam, syarat sah zakat Islam dan syarat sah haji Islam. Dan apakah itu Islam? Islam secara ringkas adalah menyerah diri. Kehidupan berlandaskan penyerahan diri secara total kepada Allah yang satu. Lupakah anda pada ikrar yang dibaca didalam doa iftitah“……solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah sekalian alam”. Benarkah hidup anda hanya untuk Allah, kerana Allah atau pun keranamu ……….Buktinya cinta bukan pada kata-kata, buktinya cinta dizahirkan dengan anggota. Sejauh manakah kehidupan anda berada didalam konsep penyerahan diri kepada Allah? Adakah anda berkeluarga ikut cara Islam? Bermuamalat ikut cara Islam? Berpakaian ikut cara Islam? Berhibur ikut cara Islam? Memerintah ikut cara Islam? Dan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya adakah mengikut cara Islam? Gagalnya untuk membuktikan kehidupan anda selaras dengan Islam secara automatik syarat sah ibadat anda boleh dipertikaikan. Islam itu bukan sekadar puasa, bukan sekadar solat, bukan sekadar zakat dan bukan sekadar menunaikan haji. Islam bukan sekadar agama ibadat tetapi merupakan cara hidup. Ubahlah pandangan anda tentang Islam. Jangan pandang Islam itu seperti satu agama ibadat semata tetapi satu tuntutan cara hidup. KINI telah tiba masanya. Biar setiap ibadat yang dilakukan tidak menjadi sia-sia oleh kerana kesombongan kita untuk menghayati apa itu cara hidup Islam. Marilah bersama Islam kerana dunia sementara akhirat SELAMANYA.
Golongan sedar
Alhamdullilah, segala puji hanya bagi Allah. Tiada kekuatan dan daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Mereka dapat melihat, mereka dapat mendengar, mereka di beri kefahaman dan mereka di beri kekuatan untuk melaksanakan. Kadangkala mereka menjadi pembimbing untuk orang lain. Tapi awas! Ada kalanya mata terbuka, badan diselatan tetapi minda di utara. Jika tidur dibuai mimpi maka jaga diulik angan-angan. DAHULU jika disebak mereka ini memang arif tentang hukum agama. Semuanya mesti dipastikan betul-betul selaras dengan sunnah. Mereka akan sedaya upaya merealisasikan sunnah dan syariat Islam itu diterap didalam kehidupan. Tipu helah syaitan itu amatlah halus. Sakit perut senak rasanya, sakit kepala berdenyut-denyut pula dan penyakit agama rasa selesa. Buangkan segala sifat-sifat mazmumah didalam diri. Angkuh, bakhil, takbur, khianat, hasad, ujub, buruk sangka jangan dibiar subur tanpa diracun. Jadikan malam-malam ramadhan sebagai malam muhasabah diri. KINI perubahan dalam mengubat penyakit hati. Mereka ini faham yang disini negara amal tiada hisab baginya dan disana negara hisap tiada amal padanya. Disini juga tiada guna amal tanpa dibuang penyakit hati padanya. Mereka percaya yang kehidupan di negara akhirat itu akan kekal abadi SELAMAnya.
Akhir kalam
Semoga Ramadhan tahun ini menjadi satu titik perubahan didalam buku kehidupan kita. Tutuplah buku kemaksiatan dan kelalaian yang telah lalu. Bakarkannya dengan api kepanasan Ramadhan. InsyaAllah Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yang cemerkang dalam diri kita. Tiadalah perasaan gemilang bagi orang yang berpuasa melainkan ketika dia berbuka dan menyambut hari kemenangan 1 Syawal. Walaupun diri kita yang kerdil ini tidak menjadi sebutan manusia tetapi biarlah ia menjadi sebutan terbilang disisi Allah dan para malaikatnya. Jadikannya Ramadhan cemerlang, gemilang dan terbilang. Ramadhan Karim.
Wallahu’allam
APAKAH SUMBANGAN ANDA UNTUK ISLAM?sumber www.al-ahkam.net
Ahad, 24 Ogos 2008
Sabtu, 9 Ogos 2008
Kelebihan Berwuduk
Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
“Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk lalu membasuh mukanya, keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya, keluarlah dosa yang dilakukan menggunakan kedua-dua belah tangannya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah kakinya keluarlah dosa berjalan yang dilakukan menggunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau bersama titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih dari segala dosa”- Hadith riwayat Muslim, kitab al-Toharah, bab khuruj al-Khotoya Ma’a al-Wuduk.
Peranan wanita dalam perjuangan dakwah
Penglibatan ’ Aisyah r.a dan Asma r.a iaitu kedua-kedua puteri Abu Bakar As-siddiq r.a dalam proses dakwah membuktikan kepentingan kaum wanita dalam perjuangan dakwah. Wanita dikenali sebagai orang yang berperasaan halus, dan berjiwa lembut.
Jika diimbau kembali kepada zaman rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam didapati bahawa wanita telah mengukirkan sejarah perjuangannya yang cukup gemilang. Wanita sebenarnya orang yang akan mampu menyebarkan nilai-nilai murni yang diperlukan oleh masyarakat dewasa ini. Selain daripada itu, mereka juga dapat menjadi para isteri dan ibu yang solehah bagi para suami dan anak-anaknya dalam keluarga.
Kaum wanita di zaman rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sangat besar sumbangannya dalam mendidik generasi para sahabatnya r.a kemudian para tabiin. Mereka mendidikan dengan akhlak Islam yang mulia, cintalah Islam dan Rasulnya. Lalu lahirlah generasi yang terbaik di sepanjang sejarah kemanusiaan.
Kita harus sedar bahawa perangkap musuh ada di mana-mana pada akhir zaman ini. Kita dapati wanita banyak dieksploitasikan untuk kepentingan komersial . Adakalanya wanita menjadi begitu rendah martabatnya seolah-olah kita mahu mengulangi sejarah zaman jahiliyah yang kotor dan jijik itu. Kembalilah merenungi sejarah wanita-wanita agung di zaman Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.
Dengan itu, iktibar yang dapat diambil untuk kita semua adalah dengan berusaha menjadi angkatan pemudi dan para isteri yang memegang serta mengibarkan bendera perjuangan dakwah Islam. Apabila hal ini dapat dijayakan maka bertambah ramailah bilangan mereka yang berpengetahuan dan berpendidikan agama, memahami hukum-hukum syara’, mendalami sejarah Islam, mencintai Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dengan akhlak baginda dan para Ummul Mukminin. Maka akan bertambah dekat pula masyarakat akan penerimaan hukum dan perundangan Islam. Insya Allah. :)
Khamis, 7 Ogos 2008
Katakan BOLEH untuk agama Islam
Allah Subhanahuwataala telah menciptakan setiap manusia di dunia ini sebagai khalifah .Oleh itu, Setiap orang pasti ada peranannya masing-masing.
Jangan fikir diri anda tidak berguna. Biar apa pun status yang anda miliki, anda tetap memegang tittle “khalifah” dalam peranannya yang tersendiri ke arah pemakmuran bumiNya ini. Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal dalam artikelnya, manusia sebenarnya adalah unik dan bukannya dinilai dengan kekurangan ataupun kelebihan. Jadi, marilah kita gunakan keunikan kita ke arah kebaikan.
Ayuh, bangunlah perbaiki dirimu, serulah orang Islam ke arah kebaikan, dan sumbangkanlah baktimu. Marilah kita berkhidmat untuk agama Islam.. Sesungguhnya hidup dan mati kita hanyalah untuk Allah Subhanahuwataala….
Nak KOnvO dahh???
Walaupun dah habih menamatkan pengajian dalam bidang quran dan sunnah modul hadith.. saya masih merasakan tidak ada apa yang dapat saya sumbangkan kepada orang Islam.. Penganugerahan ijazah sarjana muda tu merupakan satu harapan daripada orang Malaysia dan orang Islam sedunia kat kita. ..
Saya lebih tersentak apabila membaca suratkhabar kosmo kelmarin yang bertajuk Jangan jadi graduan ‘terkurung’. Rasa macam kena ja kat batang idung sniri… Memetik kata-kata Pro Canselor Universiti Malaya (UM) kepada graduan supaya menjadi golongan pemikir yang sentiasa peka terhadap nasib bangsa, Negara dan tamadun.
Titah baginda, universiti dan negara tidak sewajarnya berbangga dengan kelahiran ramai graduan berijazah jika pemikiran mereka terkurung dalam sangkar ilmu yang sempit dan tidak berupaya meneroka kehidupan insan dan alam yang lebih menyeluruh.
“Seseorang intelek itu bukan saja ahli dalam bidang pengajiannya, malah dia juga perlu peka dengan permasalahan negara,bangsa dan bertenaga mencerna idea dan fakta, tinggi pegangan prinsip serta tahap keimanannya.
“Binalah daya intelek dan kekuatan berbekalkan ijazah yang dimiliki ini” titahnya pada Istiadat Konvokensyen UM 2008.
Apa pulak kata-kata Canselor UKM nanti ya.. Ya Allah, berilah kekuatan kepada diri ini untuk berkhidmat ke jalanMu yang Maha Benar itu…………….
Selasa, 5 Ogos 2008
BoNds of LoVe
Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind
Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart
Oh falling in love
With Allah....
The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail
Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night
Satu panduan membeli buku agama
Dalam kita menambahkan ilmu-ilmu agama dalam diri kita, kita berusaha dengan pelbagai usaha. Di antaranya adalah dengan membeli buku agama.
Di sini, saya sarankan kepada sahabat-sahabat agar dapat melihat terlebih dahulu hadith-hadith yang digunakan. Pastikan hadith yang digunakan disebut statusnya supaya kita tidak menggunakan hadith-hadith yang maudhu’ (palsu) ataupun lemah.
Jika sesuatu buku agama itu menggunakan hadith lalu disebut hukum atau status hadith tersebut, itu menunjukkan bahawa penulis begitu cermat dalam membawakan suatu hadith dan ia merupakan jalan yang selamat bagi kita dalam beramal dengan sesuatu hadith. Walaupun begitu, perlu diketahui kepada pembaca-pembaca buku bahawa hadith daripada Imam Bukhari dan Muslim tidak perlu untuk disebut hukumnya kerana sudah diiktiraf hadith-hadith dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim akan kesahihannya. Manakala bagi yang berkebolehan dalam mencari hukum hadith maka panduan ini boleh diabaikan.
Sesungguhnya perkara agama adalah perkara yang serius dan seharusnya sentiasa cermat dalam menerima sesuatu maklumat agar tidak tercampur dengan unsur –unsur yang tidak sepatutnya. Sekian sahaja untuk kali ini.
Awas, demi kebahagiaan rumah tanggamu!
Melihat insan-insan yang sering bercouple tanpa ikatan sah membuatkan saya gementar buat seketika. Semoga mereka yang berbuat perkara-perkara dosa tersebut dapatla bertaubat cepat sebelum berkahwin.
Tahukah bahawa perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar..? Selepas berkahwin, kita bakal mendapat anak yang mana merupakan amanah daripada Allah, bertanggungjawab menguruskan keluarga agar berada dalam redhaNya, dan bermacam keperluan lain yang perlu diuruskan. Bukankah itu merupakan suatu beban yang agak berat juga?
Oleh sebab itu, hati ini memang takut melihat insan-insan yang banyak buat dosa sebelum kahwin ni. Siapa yang nak tolong permudahkan urusan itu semua kalau bukan Allah taala? Macamana perkahwinan kita nak berkat kalau sebelum kahwin kita tidak menjaga pergaulan dengan pasangan kita? Mahukah kita terseksa sampai mati? Tidak kah kita mendengar pelbagai kes-kes rumit rumahtangga seperti penceraian, main kayu tiga dan sebagainya? Tambahan lagi kehidupan selepas perkahwinan adalah hingga ke akhir hayat kita. Tak sanggupnya saya tersiksa begitu lama.
Oleh itu bersabarlah, hari bahagia bakal menjelma jua.. Ingatlah setiap perkara yang kita buat ada balasannya. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya dan petunjukNya. Saya tinggalkan anda dengan sebuah puisi yang dikarang oleh sahabat yang saya anggap sebagai kakak saya sendiri. Mari kita hayati bersama.
Aku terlalu rindu
Jiwa ku penuh dengan sendu
Menahan sakit rindu yang tidak tertahan
Ingin kuluah namun hajat tak kesampaian
Setiap hari rindu ini kusulam
menjadi bunga kasih di dalam jambangan
tersimpan rapi …bila ingin kusentuh, kukata “jangan”
kerana rindu itu adalah rindu terlarang
Sahabat
Dayuskah aku menyimpan rindu?
Pengecutkah aku memendam rasa?
Jangan hadiahkan senyuman sinis mu
Jangan berikan pandangan hina mu
Kerana aku takut pada Tuhanku
Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku
Kerana aku gengam bara syariat hingga bertukar menjadi abu
Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang berpacaran?
Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?
Indahkah lagi rindu bagi mereka, yang tidak peduli halal haram?
Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?
Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,
Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu
Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal
Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul mati
Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah
Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah
Moga rindu itu hidup dihati ini
Rindu itu hidup kerana-Mu
aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu
Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,
Aku redha dengan ketentuan-Mu
Ya Allah,
Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini
pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu.
(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanya iman )
Umairah SH
21 Mac 2007
Inul dan konsertnya
Saya merasa bersyukur sangat di atas keprihatinan beberapa pihak tertentu yang tidak membenarkan Inul gerudi membuat konsert. Biarlah dia menangis ataupun pengsan daripada kita menangis dan pengsan pulak di akhirat kelak. Syabas,syabas,syabas, tegahlah kemungkaran. Selamatkan Malaysia ini daripada fitnah dunia ... Selamatkanlah iman-iman orang Islam.. ..!
Menghitung Doa..
Saya pernah membuat list doa saya kepada Allah. Kemudian saya tandakan pada doa yang sudah dimakbulkan. Subhanallah, kebanyakannya dimakbulkan olehNya. Ya Allah sesungguhnya tidak terhitung nikmat yang telah diberikan olehMu.. Engkau tidak pernah jemu-jemu memberi………… Namun jika ada doa yang belum dikabulkan, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Mengetahui yang mana lebih baik untuk kita. Wallahua’lam..
Isnin, 4 Ogos 2008
Bulan Julai dalam kenangan..
Masa begitu pantas berlalu. Kematian makin mendekat. Saya semakin gusar kerana amalan masih belum mantap. Bulan Julai telah berlalu, menjelma pulak bulan Ogos. Ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan pada sahabat sekalian.
Amin...
Amin yang saya maksudkan adalah anugerah baru-baru ini yang telah ditayangkan di TV1. Saya begitu bersemangat melihat anugerah ini kerana ianya adalah anugerah media Islam. Ramai ilmuan agama dan pendakwah hadir pada majlis tersebut. Majlis tersebut juga memberi kelainan kerana menggabungkan artis-artis hiburan Malaysia. Namun, saya sedikit sedih kerana ia tidak seislamik yang disangka. Amin telah menjemput artis-artis wanita untuk membuat persembahan. Bahkan ada yang tidak menutup aurat ketika membuat persembahan dan ada juga yang menyanyikan lagu cinta kemanusian pada hari anugerah Media Islam tersebut. Saya takut, janganlah kerana kita hendak menarik mereka ke arah keislaman, kita sanggup pula melanggar syariat. Bukankah suara perempuan itu aurat...............
Anak Saudara saya Nur Amira
Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita kemalangan Nur Amira yang berusia setahun setengah. Saya dan keluarga begitu sedih sekali melihat keadaannya. Sebahagian kulit kepalanya terkeluar dan berjaya ditampung. Alhamdulillah, otaknya masih normal. Saya mengharapkan doa sahabat-sahabat agar anak saudara saya cepat sembuh dan membesar dalam keadaan sihat sejahtera..
Setakat ini dahulu coretan saya. Salam perjuangan buat sahabat-sahabat, semoga kita sentiasa dalam redhaNya..Aminn.
Tika Malam itu...
Pekerja kedai tersebut menyuruh kami mengambilnya pada pukul 10 malam. Saya terpaksa gagahkan jua pada malam itu untuk ke kedai yang berhampiran dengan UKM itu kerana pada hari esok kelas kami sudah bermula.
Seperti biasa sebelum saya memulakan perjalanan, saya membaca doa naik kenderaan dan doa-doa lain. Sesungguhnya apabila saya menaiki kereta, saya benar-benar bertawakkal kepadaNya. Seseungguhnya pergantungan saya kepada Allah ketika memandu begitu tinggi. Tambahan lagi pada malam itu yang basah dengan air hujan. Ya Allah, walaupun sebelum ini saya pernah memandu di kala hujan lebat pada waktu malam kerana emergency namun saya masih sedar segalanya hanyalah dengan izin Allah.
Sebelum bertolak, saya dan Kak Saadah perlu mengeluarkan duit di ATM terlebih dahulu. Ketika Kak Saadah cuba mengeluarkan duitnya, tiba-tiba sahaja Kad Banknya tak dapat digunakan. Sedangkan saya dan Jalata berjaya mengeluarkan duit. Kami tidak berputus asa kerana masih ada lagi ATM di dalam UKM. Kami mencuba lagi dalam waktu yang suntuk kerana kedai tersebut bakal ditutup pada pukul 10 malam lebih. Namun masih tidak berjaya.
"Kak, cuba akak baca bismillah sikit" Kata saya sambil berkerut dahi kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 10.
"Tak pernah-pernah pun kad akak rosak" Kak Saadah mencuba berkali-kali. Kali ini sudah 3 tempat. Hmm... Dah habis semua tempat kami redah ni......... Duit saya dan Jalata tak cukup untuk membayar buku-buku tu..
"Tak apalah akak, mungkin Allah taala tak izinkan kita pegi kot, hujan pulak. Jomla kita balik. Kedai pun dah nak tutup" kata saya. Bukan berputus asa tetapi rasa tak sedap hati jaa..
Kami pun pulang ke kolej kami. Tapi sebelum itu, kami singgah dahulu di kedai kolej kami.
"Akak, sekarang pukul berapa?" Kami sama-sama membelek jam tangan kak Saadah. Ya, kedai pun dah tutup.
Sambil menunggu Jalata membeli sesuatu. Saya pun berkata.
"Akak, cuba akak try cucuk duit, kot-kot la boleh" Kak Saadah pun cuba mengeluarkan duit di ATM yang berada di situ. Tiba-tiba... Ya... Duit itu berjaya dikeluarkan.. Masya Allah.. Subhanallah.. Sesungguhnya tiada upaya kekuatan melainkan daripada Engkau Ya Allah Yang Maha Agung. Sesungguhnya aku benar-benar bertawakkal kepadaMu.. Tika Malam itu.. aku semakin yakin Engkau sentiasa mengawasi perihal hamba-hambaNya.....
UKM, sem 2, tahun 3.
Ahad, 3 Ogos 2008
Buku Best (4)
Buku Best! (3)
Harum menyegarkan,
Tatkala bunga mekar setaman,
Menghantar aroma nyaman,
Ke segenap alam,
Seindah itulah perasaan,
Tatkala dakwah subur berkembang,
Dengan baja keimanan,
Dan semangat pemuda,
Mekar dan kian mekar.