Sabtu, 9 Ogos 2008

Peranan wanita dalam perjuangan dakwah


Penglibatan ’ Aisyah r.a dan Asma r.a iaitu kedua-kedua puteri Abu Bakar As-siddiq r.a dalam proses dakwah membuktikan kepentingan kaum wanita dalam perjuangan dakwah. Wanita dikenali sebagai orang yang berperasaan halus, dan berjiwa lembut.

Jika diimbau kembali kepada zaman rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam didapati bahawa wanita telah mengukirkan sejarah perjuangannya yang cukup gemilang. Wanita sebenarnya orang yang akan mampu menyebarkan nilai-nilai murni yang diperlukan oleh masyarakat dewasa ini. Selain daripada itu, mereka juga dapat menjadi para isteri dan ibu yang solehah bagi para suami dan anak-anaknya dalam keluarga.

Kaum wanita di zaman rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sangat besar sumbangannya dalam mendidik generasi para sahabatnya r.a kemudian para tabiin. Mereka mendidikan dengan akhlak Islam yang mulia, cintalah Islam dan Rasulnya. Lalu lahirlah generasi yang terbaik di sepanjang sejarah kemanusiaan.

Kita harus sedar bahawa perangkap musuh ada di mana-mana pada akhir zaman ini. Kita dapati wanita banyak dieksploitasikan untuk kepentingan komersial . Adakalanya wanita menjadi begitu rendah martabatnya seolah-olah kita mahu mengulangi sejarah zaman jahiliyah yang kotor dan jijik itu. Kembalilah merenungi sejarah wanita-wanita agung di zaman Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.


Dengan itu, iktibar yang dapat diambil untuk kita semua adalah dengan berusaha menjadi angkatan pemudi dan para isteri yang memegang serta mengibarkan bendera perjuangan dakwah Islam. Apabila hal ini dapat dijayakan maka bertambah ramailah bilangan mereka yang berpengetahuan dan berpendidikan agama, memahami hukum-hukum syara’, mendalami sejarah Islam, mencintai Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dengan akhlak baginda dan para Ummul Mukminin. Maka akan bertambah dekat pula masyarakat akan penerimaan hukum dan perundangan Islam. Insya Allah. :)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails