Khamis, 7 Ogos 2008

Nak KOnvO dahh???



Nadi saya terus berdenyut normal. Allah masih lagi memberikan peluang kepada saya untuk menambahkan pahala. Alhamdulillah dan pada 13 haribulan 8 pada pukul 1.30 ptg bertempat di UKM, konvokesyen pelajar-pelajar FPI (Fakulti Pengajian Islam) bakal diadakan.. Cepatnya, rasa macam baru ja masuk UKM.
Walaupun dah habih menamatkan pengajian dalam bidang quran dan sunnah modul hadith.. saya masih merasakan tidak ada apa yang dapat saya sumbangkan kepada orang Islam.. Penganugerahan ijazah sarjana muda tu merupakan satu harapan daripada orang Malaysia dan orang Islam sedunia kat kita. ..
Saya lebih tersentak apabila membaca suratkhabar kosmo kelmarin yang bertajuk Jangan jadi graduan ‘terkurung’. Rasa macam kena ja kat batang idung sniri… Memetik kata-kata Pro Canselor Universiti Malaya (UM) kepada graduan supaya menjadi golongan pemikir yang sentiasa peka terhadap nasib bangsa, Negara dan tamadun.
Titah baginda, universiti dan negara tidak sewajarnya berbangga dengan kelahiran ramai graduan berijazah jika pemikiran mereka terkurung dalam sangkar ilmu yang sempit dan tidak berupaya meneroka kehidupan insan dan alam yang lebih menyeluruh.
“Seseorang intelek itu bukan saja ahli dalam bidang pengajiannya, malah dia juga perlu peka dengan permasalahan negara,bangsa dan bertenaga mencerna idea dan fakta, tinggi pegangan prinsip serta tahap keimanannya.
“Binalah daya intelek dan kekuatan berbekalkan ijazah yang dimiliki ini” titahnya pada Istiadat Konvokensyen UM 2008.
Apa pulak kata-kata Canselor UKM nanti ya.. Ya Allah, berilah kekuatan kepada diri ini untuk berkhidmat ke jalanMu yang Maha Benar itu…………….

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails