Bismillahirrahmanirrahim..
Setelah lama tidak berblog..Hari ini saya ingin berbicara sepatah dua kata tentang sifat ikhlas. Khas untuk saya terutamanya….
Sifat ikhlas itu lahir dari lubuk hati yang tulus kerana Allah semata. Kerana sifat ikhlaslah syaitan tidak dapat menggoda manusia. Daripada sifat ikhlaslah juga timbulnya keberkatan. Sesungguhnya keikhlasan itu sangat suci sekali kerana tiada berkompromi dengan sifat yang tercela….. Marilah sama-sama kita berdoa agat kita punya sifat ikhlas ini dalam setiap perbuatan kita.. Dambalah keikhlasan kerana ia menghasilkan satu perbuatan yang murni sekali. Jom renung satu puisi yang dikarang oleh nik khoir tentang sifat ikhlas…
Ikhlas kerana Allah..
Mungkin senang diungkapkan
Tapi bukan mudah untuk diperoleh
Terkadang diri rasa terpaksa
Maka amalan dilakukan sedaya mungkin
Namun bukan lahir dari hati yang sudi
Tapi hanya sebagai pembebasan dari paksaan
Inikah nilai diri yang dicari?
Beginikah kesudahan diri?
Lantaran hati tidak ikhlas
Perasaan berdosa membelenggu diri
Wahai diriku
Meskipun amalan ditabur dengan paksa
Moga itu cuma permulaan seketika
Didiklah hati, pujuklah hati
Agar dapat mengenal erti keikhlasan
Berusahalah agar kilauan hati bersinar terang
Walau hakikatnya nilai hati yang ikhlas adalah kurniaan dariNya
Didiklah ia sebaik mungkin
Pohonkan rahmat dari Allah
Moga hati kecil ini terpilih
Untuk mengecap erti keikhlasan
Dan merasai manisnya iman..
InsyaALLAH
~alfaqirah ilallah, nik_khoir~
Mungkin senang diungkapkan
Tapi bukan mudah untuk diperoleh
Terkadang diri rasa terpaksa
Maka amalan dilakukan sedaya mungkin
Namun bukan lahir dari hati yang sudi
Tapi hanya sebagai pembebasan dari paksaan
Inikah nilai diri yang dicari?
Beginikah kesudahan diri?
Lantaran hati tidak ikhlas
Perasaan berdosa membelenggu diri
Wahai diriku
Meskipun amalan ditabur dengan paksa
Moga itu cuma permulaan seketika
Didiklah hati, pujuklah hati
Agar dapat mengenal erti keikhlasan
Berusahalah agar kilauan hati bersinar terang
Walau hakikatnya nilai hati yang ikhlas adalah kurniaan dariNya
Didiklah ia sebaik mungkin
Pohonkan rahmat dari Allah
Moga hati kecil ini terpilih
Untuk mengecap erti keikhlasan
Dan merasai manisnya iman..
InsyaALLAH
~alfaqirah ilallah, nik_khoir~
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan