Ahad, 21 Disember 2008

Sayu, tersentuh, insaf..

Hari ini saya mula melayan kembali video-video azhan Atan ketika di akademi nasyid. Dalam banyak-banyak lagu, lagu sesungguhnya lah yang saya kerap mainkan.. aduhai, hari ini dah beberapa kali saya mengulang-ngulang lagu tu. Saya tak taula nak kata lagu mana lagi. Memang best giler ah.. bila dengaq lagu sesungguhnya tuu..aku sedari..aku semakin lalai dengan Allah..

Sambil menghayati lagu itu, saya terus memikirkan aura akhi azhan atan yang banyak membuatkan mata-mata menangis mengingatkan Allah. Ini semua adalah hidayah daripada Allah. Dikatakan juga suaranya boleh meremangkan bulu roma. Subhanallah..

Saya terus berfikir lagi, setelah saya mengkaji tentang beliau saya merasakan, rasa sahaja hanya Allah yang Maha Mengetahui. Saya rasa mungkin sebab keikhlasan dia. Ramai juga yang menyebut seperti ternampak pancaran keikhlasan daripada Akhi Azhan ini. Lalu saya terus bermenung, sudah lama saya tidak mempunyai perasaan sebegini terhadap tazkirah dan nasyid. Rasa-rasalah jugak tapi tak sekuat ini. Mungkinkah kita sudah ketandusan keikhlasan dalam diri kita?.. Saya rasa kita semua(untuk diri saya terutamanya) perlulah menggilap kembali keikhlasan diri kita dengan sebenar-benarnya kerana keikhlasan itu benar-benar membawa ketenangan, keinsafan yang mendalam dalam diri.

Akhir kalam saya lampirkan video sesungguhnya nyanyian beliau. Silalah hayati lagu ini. Assalamualaikum



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails