Jumaat, 8 Mei 2015

Dah jadi Ummi kepada dua orang anak




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..


Hari ini merupakan hari yang ke 43 bagi kelahiran anak saya yang kedua. Syukur di atas peluang dan nikmat yang Allah berikan. Pengalaman yang saya dapat sehingga hari ini sungguh bernilai. Ujian dan dugaan yang mendatang sesungguhnya memberikan satu erti dalam hidup ini. Memang tidak sia-sia segala sesuatu ujian yang Allah beri.
             Melangkah sehingga ke hari ini perlukan tawakkal yang kuat daripada Allah. Supaya kita sedar bahawa Allah benar-benar ada untuk mendengar keluhan kita. Manusia kadang-kadang alpa bahawa Allah lah tempat bergantung harap yang sebenarnya. Allah yang bersifat As-Somad.

Cerita tentang Muhassanah (anak kedua)

- Asyik tidoq aja
-Tidak banyak meragam
-Tidoq malam ok
-Mata bulat
-Pandai tidoq sendiri


Cerita tentang Mujahidah (anak pertama)

-Cerai susu pada hari ke 10  kelahiran Muhassanah ketika umur 2 Tahun 5 bulan
-Sangat sayang adik, bila adik baring mesti tido sebelah sampai ummi dia selalu gabra.
-Agak merap tapi boleh handle dengan pertolongan Allah.Mungkin kejutan budaya dapat adik baru.
-Belum dapat bercakap lancar.
-Pandai ABC, 123, one two three, alif ba ta.
-Sudah pandai tidoq sendiri

Ditakdirkan PJJ dengan suami

         Alhamdulillah suami dapat jqaf di Mersing. Jadinya saya di Jitra, si dia di Mersing. Selepas cuti 7 hari suami saya balik Mersing. Di sinilah bermula cabaran emosi dan kekuatan jiwa raga. Namun sudah saya ceritakan kepada Allah Subhanahuwa taala dan Allah banyak mengabulkan doa saya. Alhamdulillah. Cuma di sini sedikit nasihat tambahan bersama apabila dilanda ujian :-

- Seperti yang saya beritahu ingatlah Allah itu As-Somad tempat bergantung harap yang sebetulnya.
- Bila dilanda musibah sebutlah Alhamdulillah 'ala Kulli hal
-Banyakkan menyebut La haw la wala quwwata illa billahil' aliyyil 'azim sebab kita punya kudrat adalah daripada Allah
- Ingatlah setiap ujian itu Allah beri sesuai dengan keadaan dan kemampuan
-Zikir pagi petang yang sahih jangan dilupakan walaupun berada dalam keadaan haid atau nifas
-Menangislah semahunya dengan Allah. Waktu yang sangat membahagiakan.
-Ceritalah segalah masalahmu pada Allah kerana Allah ada jalan penyelesaiannya.
-Banyaklah merendah diri ketika berdoa kepada Allah.


Ingatlah perjalanan kita ke kubur semakin dekat (ketaq la pulak). Oleh itu tingkatkan amal bukan semakin menurun. Semoga kita sama-sama beroleh keselamatan di hari akhirat. Amin.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails