Ahad, 4 Disember 2016
Kenangan 2016
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Malam ni tetiba teringin pulak nak update blog. Bukan pa tengok hat tahun lepas 2015 satu ja catatan. So taun nilah catatan untuk 2016.hihi. Walaupun rasa macam tak berapa ada orang baca pun. Kot yang baca pun sebab tersinggah ja.hihi. Tak palah. Sekurang-kurangnya kalau saya meninggai ada sesuatu yang bermanfaat yang dapat ditinggalkan.
Nak cerita pasai pa ya untuk tahun 2016..
Ya.. jom review tentang kenangan 2016
Ramadhan
Sesungguhnya pada Ramadhan 2016 ini sangatlah bermakna kepada saya. Betapa banyak doa-doa saya yang dikabulkan. Jika diingat kenangan-kenangan di bulan Ramadhan pastilah akan membawa sebak di dada. Betapa Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
********
Rasanya cukup sahaja Ramadhan menjadi kenangan yang paling bermakna bagi saya pada tahun ini.
Terima kasih ya Rabb kerana sentiasa mengingatkanku tentang pertemuan yang akan datang denganMu
Terima kasih ya Rabb di atas ujian-ujian yang mendekatkan dan mengenalkanku kepada diriMu ya Rabb
Terima kasih ya Rabb................
*********
Sahabat-sahabat yang tersinggah baca.. ketahuilah.. janganlah lepaskan peluangmu untuk berdoa dalam setiap sujudmu..
Tumpahkan air matamu.. mana air matamu?? Tidakkah kau sedar kita adalah hamba yang lemah.. Kita mengadap Allah yang Maha Agung. Subhanallahiwabihamdih.. Jika tiada air mata yang engkau tumpahkan ketahuilah.. manakah getaran hatimu yang perlu merasa gerun dengan keagungan Allah.. Adakah engkau terhalang dengan dosa-dosamu? Mohonlah ampunan.. jalan masih ada.. selamatkan dirimu ke jalan bahagia,,
SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH SELAIN ALLAH
Carilah kebenaran dengan hati yang tulus.... Carilah hidayah Allah......
Sekian sahaja celoteh ringkas dari diriku yang di persinggahan....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan