Selasa, 5 Ogos 2008

Awas, demi kebahagiaan rumah tanggamu!




Melihat insan-insan yang sering bercouple tanpa ikatan sah membuatkan saya gementar buat seketika. Semoga mereka yang berbuat perkara-perkara dosa tersebut dapatla bertaubat cepat sebelum berkahwin.


Tahukah bahawa perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar..? Selepas berkahwin, kita bakal mendapat anak yang mana merupakan amanah daripada Allah, bertanggungjawab menguruskan keluarga agar berada dalam redhaNya, dan bermacam keperluan lain yang perlu diuruskan. Bukankah itu merupakan suatu beban yang agak berat juga?


Oleh sebab itu, hati ini memang takut melihat insan-insan yang banyak buat dosa sebelum kahwin ni. Siapa yang nak tolong permudahkan urusan itu semua kalau bukan Allah taala? Macamana perkahwinan kita nak berkat kalau sebelum kahwin kita tidak menjaga pergaulan dengan pasangan kita? Mahukah kita terseksa sampai mati? Tidak kah kita mendengar pelbagai kes-kes rumit rumahtangga seperti penceraian, main kayu tiga dan sebagainya? Tambahan lagi kehidupan selepas perkahwinan adalah hingga ke akhir hayat kita. Tak sanggupnya saya tersiksa begitu lama.


Oleh itu bersabarlah, hari bahagia bakal menjelma jua.. Ingatlah setiap perkara yang kita buat ada balasannya. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya dan petunjukNya. Saya tinggalkan anda dengan sebuah puisi yang dikarang oleh sahabat yang saya anggap sebagai kakak saya sendiri. Mari kita hayati bersama.



Aku terlalu rindu


Jiwa ku penuh dengan sendu


Menahan sakit rindu yang tidak tertahan


Ingin kuluah namun hajat tak kesampaian


Setiap hari rindu ini kusulam


menjadi bunga kasih di dalam jambangan


tersimpan rapi …bila ingin kusentuh, kukata “jangan”


kerana rindu itu adalah rindu terlarang


Sahabat


Dayuskah aku menyimpan rindu?


Pengecutkah aku memendam rasa?


Jangan hadiahkan senyuman sinis mu


Jangan berikan pandangan hina mu


Kerana aku takut pada Tuhanku


Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku


Kerana aku gengam bara syariat hingga bertukar menjadi abu


Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang berpacaran?


Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?


Indahkah lagi rindu bagi mereka, yang tidak peduli halal haram?


Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?


Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,


Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu


Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal


Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul mati


Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah


Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah


Moga rindu itu hidup dihati ini


Rindu itu hidup kerana-Mu


Agar bila disatukan,


aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu


Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,


Aku redha dengan ketentuan-Mu


Ya Allah,


Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini


pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu.


(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanya iman )


Umairah SH
21 Mac 2007

UKM

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails