Rabu, 27 Ogos 2008

Saya sokong: Bantahan konsert Avril..

^Gambar Avril terpaksa saya tudungkan..jangan mare.. :).^




KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Hrkh) - Pemuda PAS hari ini membantah penganjuran Konsert artis simbol seks Avril Lavigne kerana dianggap sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam dan rakyat negara ini yang akan menyambut bulan Ramadan dan kemerdekaan.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert penyanyi tersebut setelah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan serta Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) membatalkan konsert tersebut disifatkan satu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada September ini.

Nasrudin menganggap tindakan tersebut suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap umat Islam, walaupun Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Dato' Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.

Tindakan tersebut katanya, menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini.

Selain itu katanya, negara juga berhadapan dengan kemerdekaan negara pada 31 Ogos.

"Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak�anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme. Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik, bermoral dan berdaya saing, sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu,"katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Nasrudin berpendapat pembatalan konsert sebelum ini bukanlah kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelewatan memohon permit.

Tindakan ini katanya, menunjukkan maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati penyanyi dari Kanada itu.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan di mana pemimpin-pemimpin Umno yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini.

"Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?" katanya.

Sehubungan itu beliau menyatakan konsert seperti itu harus dibatalkan segera dan ia adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam.

" Andai mereka tidak peduli amaran ini, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak�agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung,"katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, Pekida, Abim, Jim, Teras dan Gamis turut bersama-sama membantah konsert tersebut.

Beliau turut menggesa agar seluruh mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti sumpah Saiful Bahri tetapi turut menunjukkan sikap bagi membersihkan bumi ini dari maksiat dan mungkar. - mks.

harakahdaily.net





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails