Isnin, 4 Ogos 2008

Bulan Julai dalam kenangan..



Masa begitu pantas berlalu. Kematian makin mendekat. Saya semakin gusar kerana amalan masih belum mantap. Bulan Julai telah berlalu, menjelma pulak bulan Ogos. Ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan pada sahabat sekalian.

Amin...

Amin yang saya maksudkan adalah anugerah baru-baru ini yang telah ditayangkan di TV1. Saya begitu bersemangat melihat anugerah ini kerana ianya adalah anugerah media Islam. Ramai ilmuan agama dan pendakwah hadir pada majlis tersebut. Majlis tersebut juga memberi kelainan kerana menggabungkan artis-artis hiburan Malaysia. Namun, saya sedikit sedih kerana ia tidak seislamik yang disangka. Amin telah menjemput artis-artis wanita untuk membuat persembahan. Bahkan ada yang tidak menutup aurat ketika membuat persembahan dan ada juga yang menyanyikan lagu cinta kemanusian pada hari anugerah Media Islam tersebut. Saya takut, janganlah kerana kita hendak menarik mereka ke arah keislaman, kita sanggup pula melanggar syariat. Bukankah suara perempuan itu aurat...............


Anak Saudara saya Nur Amira

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita kemalangan Nur Amira yang berusia setahun setengah. Saya dan keluarga begitu sedih sekali melihat keadaannya. Sebahagian kulit kepalanya terkeluar dan berjaya ditampung. Alhamdulillah, otaknya masih normal. Saya mengharapkan doa sahabat-sahabat agar anak saudara saya cepat sembuh dan membesar dalam keadaan sihat sejahtera..


Setakat ini dahulu coretan saya. Salam perjuangan buat sahabat-sahabat, semoga kita sentiasa dalam redhaNya..Aminn.


2 ulasan:

Onesue berkata...

Assalamualaikum
Saya berharap dan berdoa agra anak saudara saudari selamat dan dapat kembali menjalani hidup ini seperti kanak-kanak lain yang normal. Saya cukup sediah dengan perkara sebegini kerana anak saya pernah mengalami perkara sebegitu. Sila ke blog saya untuk membaca kisah anak saya yang terpaksa menjalani pembedahan kepala di:

http://www.my-little-smiley.blogspot.com/

Saya juga doakan agar ALLAh berikan mak dan ayah amira kekuatan untuk menghadapi ujian ALLAH ini.

Ummu Mujahid berkata...

Wassalam.. Alhamdulillah dengan izinNya, Nur Amira sudah sihat. Terima kasih di atas doa akak. Barakallahufik......... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails