Bismillahirrahmanirrahim..
Teringat kenangan demi kenangan dalam melalui hidup ini. Saya berdoa kepada Allah agar sentiasa dikurniakan kawan-kawan yang solehah untuk menemani hidup saya yang perlukan kekuatan semangat perjuangan bersama-sama di dalam zaman yang serba mencabar ini.
Alhamdulillah Allah telah mengurniakan saya sahabat yang solehah di setiap tempat yang saya lalui. Sungguh dia benar memakbulkan doaku. Sesungguhnya kita kena berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah supaya mendapat sahabat yang solehah. Tahukah besaqnya kesan kawan dalam hidup kita.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ (أخيه) الْمُؤْمِنِ
Seorang mukmin cerminan dari saudaranya yang mukmin
Bukannya apa.. contohla kan.. kita rasa malas nak solat malam tapi kawan baik kita dok cerita tentang kenikmatan solat malam. Mestilah kita terpengaruh kan. Apa lagi contoh yang sesuai.. ha seperti kita dok mengata kat orang. Kawan baik kita yang solehah akan menjeling atau menyiku kita agar kita tidak condong menjadi orang-orang yang mengumpat. Bila dah asyik ditegur macamni jadi lelama memang kita akan menjadi orang yang sama dengan kelompok sahabat-sahabat solehah kita.
Antara pengalaman yang menarik dalam hidup saya ialah saya pada satu kursus tu.. saya berdoa nak duduk di sebelah orang-orang yang Allah sayang. Asalnya saya duduk di tempat lain tetapi beg saya diubah oleh seseorang menyebabkan saya masuk ke dalam kumpulan lain.Ya benar sekali memang bila saya perhatikan mereka ni memang ada ciri-ciri orang yang disayangi Allah..
Bukannya apa kadang-kadang masa kita ni banyak dihabiskan dengan kawan-kawan. Lepas tu rahsia pun kawan-kawan kita tau banyak. Betoi dak?
Baiklah pilih kawan-kawan yang akan bersama-sama kita sampai Jannah sebab ada kawan yang kita kamcing xsangga kat dunia tetapi kat hari akhirat menjadi musuh pulak.
Berkawan dan bersahabatlah kerana Allah Subhanahuwataala..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan